x salah share s/thing yg maybe jd pgajaran atau pgalaman sbb hasilnya memberi pengetahuan kan....
so for today...my first new pick by me :
26/10/10
Kegiatan maksiat atas bumbung berakhir tragedi
PETALING JAYA – Seorang gadis sunti berusia 12 tahun yang menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat enam Blok E dekat Apartmen Lestari di Damansara Damai di sini kelmarin dikatakan selalu berada di situ untuk melakukan perbuatan sumbang.
Perkara tersebut didedahkan oleh penduduk di situ yang sebelum ini sering melihat mangsa bersama beberapa remaja lelaki naik ke bumbung bangunan itu.

Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, penduduk kemudian bersepakat untuk memasang perangkap bagi mengetahui aktiviti mereka.
“Alangkah terkejutnya kami apabila melihat mangsa sedang berasmara dengan tiga remaja lelaki di situ.
“Kami kemudian menyergah mereka menyebabkan mereka terkejut dan cuba melarikan diri. Ketika itulah mangsa cuba turun dengan memanjat dinding tetapi dia gagal lalu terjatuh ke tanah,” ceritanya ketika ditemui semalam.
Pemuda OKU maut dipercayai dipukul
PETALING JAYA: Seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) mati dipercayai kerana perbuatan aniaya di sebuah rumah kebajikan di Seksyen 18, di sini semalam.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Bagaimanapun sejurus tiba di PPUM, mangsa disahkan meninggal dunia dan berdasarkan rekod mangsa yang berusia 19 tahun baru lima bulan menetap di rumah kebajikan berkenaan.
“Laporan bedah siasat mendapati mangsa mengalami pendarahan pada anggota badan dan keluarga mangsa mendakwa mangsa dipukul sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Arjunaidi berkata pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu tiada individu ditahan.
Beliau berkata, polis mengambil keterangan keluarga mangsa serta rumah kebajikan berkenaan bagi membantu siasatan.
Jururawat aniaya pesakit
LONDON: Kecuaian seorang jururawat mematikan alat sokongan hayat pesakitnya berjaya dirakamkan melalui kamera tersembunyi dan membolehkan siasatan ke atasnya dijalankan.
Melalui rakaman berkenaan, jururawat itu, Violetta Aylward, dilihat mematikan suis alat yang disambung kepada Jamie Merrett dan lelaki terbabit terpaksa bertarung nyawa sebelum pasukan paramedik tiba membantu. Mengalami lumpuh dari leher ke bawah, Merrett, 37, memasang kamera itu kerana bimbang terhadap layanan diberikan ke atasnya.
Insiden itu berlaku hanya beberapa hari selepas kamera itu dipasang tanpa pengetahuan Violetta.
Rakaman itu menunjukkan Violetta mengusik-usik alat sokongan hayat itu beberapa ketika sebelum terdengar bunyi amaran kuat menandakan ia dimatikan kedengaran. Merrett kemudian kelihatan tercungap-cungap sebelum keadaan itu disedari Violetta. Melihat keadaan itu, jururawat dari Reading itu segera cuba memulihkannya sebelum pasukan para

Merapi letup bila-bila masa
JAKARTA: Kerajaan Indonesia semalam memberi amaran Gunung Merapi, gunung berapi paling aktif negara itu, mungkin meletup pada bila-bila masa sahaja. Sehubungan itu, gerakan

Kegiatan volkanik Gunung Merapi meningkat sejak minggu lalu dan pegawai meningkatkan paras berjaga-jaga untuk gunung setinggi 2,968 meter itu kepada yang tertinggi, kata pakar gunung berapi, Surono. Kali terakhir ia meletup ialah pada 2006, menyebabkan dua orang mati.
Letupan serupa pada 1994 meragut 60 nyawa sementara 1,300 penduduk terbunuh apabila gunung itu meletup pada 1930.
“Pegawai meramalkan, jika gunung itu meletup kali ini, magma akan mengalir di bahagian selatan,” kata Sri Purnomo, Ketua Daerah Sleman, Pulau Jawa, tempat gunung berapi itu terletak. Menurutnya, 11,400 penduduk di lereng selatan gunung itu sudah diarah bersiap sedia untuk berpindah. Kira-kira 40,000 orang tinggal berhampiran gunung itu. Khemah sementara untuk menempatkan mereka didirikan di bangunan kerajaan dan padang sukan, kira-kira 10 kilometer dari gunung itu.
Marah ibu suruh taubat
KUALA LUMPUR: Seorang anak yang mabuk sanggup bertindak luar batasan apabila mendukung dan cuba mencampakkan ibu kandungnya sendiri dari tingkat 14, sebuah flat di sini, selepas tiba-tiba naik berang mendengar syarahan ibunya agar bertaubat, malam kelmarin.
Bagaimanapun, wanita berusia 47 tahun dan bekerja sebagai pekerja pembersihan itu terselamat daripada maut apabila sempat meronta dan melarikan diri sebelum membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan sikap liar anak lelakinya yang berusia 22 tahun itu. Sumber Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam apabila suspek dalam keadaan mabuk pulang ke rumah ibunya di Flat Sri Sarawak, Jalan Kenanga, Cheras.
“Difahamkan, suspek yang tidak dapat berfikir waras mengamuk tanpa sebab di dalam rumah dengan sengaja menjerit dan membuat bising. Tidak cukup dengan itu, suspek turut merosakkan perkakas rumah.
“Walaupun diminta ibunya supaya menghentikan perbuatan itu, suspek bertambah ganas apabila mula membaling barang kaca seperti pasu hingga pecah. “Tidak cukup dengan itu, suspek turut memecahkan tingkap kaca rumah menyebabkan ibunya hilang sabar dan menjerit mengarahkan anaknya berhenti daripada berkelakuan liar,” katanya. Difahamkan, mangsa cuba menasihatkan anaknya itu supaya berubah dan menjadi anak yang baik, selain menghentikan tabiat buruknya yang gemar pulang mabuk. Namun, nasihat ibunya itu menyebabkan suspek menjadi bertambah ganas sebelum mengugut mahu membunuh wanita berkenaan dengan mencampakkan mangsa ke bawah. “Bagaimanapun, mangsa yang cuba ditarik suspek melarikan diri sebelum segera menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan selepas bimbang dibunuh anaknya sendiri. “Polis yang segera datang sebaik menerima laporan kemudian memberkas suspek yang ketika itu masih berada di rumah,” katanya. Menurutnya, polis menahan reman suspek selama tiga hari sebelum dihantar ke Balai Polis Bukit Jalil di sini, untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. “Bagaimanapun, suspek yang bekerja sebagai penjual tiket wayang dibebaskan pada hari sama selepas ibunya tidak sampai hati dan menarik semula laporan polis yang dibuat. “Susulan penarikan semula laporan polis terdahulu yang dibuat mangsa, polis melepaskan suspek yang berjanji berkelakuan baik,” katanya.
No comments:
Post a Comment