
HIGHLANDS - Empat ekor kura-kura gergasi yang dirampas dari sebuah rumah di sini kelmarin kini diperiksa di Zoo Popcorn Park sini untuk mengetahui keadaan kesihatannya.Kura-kura itu dirampas dari rumah milik Richard Hines Jr. selepas dia memiliki haiwan tersebut tanpa mendapat permit.Cangkerang beberapa ekor kura-kura itu didapati retak.Jurucakap Jabatan Perlindungan Alam Sekitar New Jersey, Larry Ragonese menyatakan bahawa jiran-jiran Hines mendengar bunyi seperti tangisan kura-kura tersebut, sebelum memberi haiwan tersebut makan.Kura-kura itu yang salah seekornya seberat lebih 225 kilogram kini dijaga di zoo tersebut.
No comments:
Post a Comment