Tuesday, July 31, 2012

Hotel Paling Pelik Di Dunia

Hotel de Glase,Quebec, Canada
Setiap bulan Disember, para pengukir ais mula membina hotel yang unik ni. Dibuka dari 7 Januari hingga 27 Mac setiap tahun, hotel ini memerlukan 400 tan ais dan 12,000 tan salji dan direka bentuk dan dibina semula setiap tahun. Semua benda dibuat daripada ais termasuk gelas untuk minum.

V8 Hotel,Baden-Württemberg, Germany 
Hotel V8 adalah destinasi yang paling sesuai untuk peminat kereta yang menawarkan bilik dengan tema kereta seperti Mercedes Benz, Garasi Morris Minor dan Route 66. Keseluruhan hotel termasuk penyambut tetamu dan restoran mempunyai tema kereta.

Propeller Island City Lodge,Berlin, Germany
Hotel yang pelik ni mempunya tema yang berlainan pada setiap bilik. Contohnya jika pelanggan berminat dengan Vampire, dia boleh memilih bilik dengan tema Vampire yang menyediakan keranda sebagai katil.

Utter Inn,Lake Malaren, Sweden
Ia seakan rumah terapung di atas tasik tapi sebenarnya bilik tidur terletak 3 meter di bawah tasik dan boleh diakses dengan menggunakan tangga. Terdapat tingkap di sekeliling untuk melihat ikan-ikan berenang.

Karostas Cietums Hotel,Liepaja, Latvia
Sebenarnya Cietums Karostas adalah sebuah penjara Rusia. Sewaktu check-in, kita akan digari dan akan memberi semua barang kepunyaan untuk simpanan. Hotel ini hanya dibuka dari 1 Mei hingga 1 Oktober setiap tahun. Terdapat laporan bahawa hotel ni berhantu, jadi sewaktu menginap korang boleh mendengar bunyi ngeri dan mungkin juga melihat beberapa bekas banduan.

The Library Hotel,Manhattan, New York
Kalau korang kaki buku, hotel ni memang sesuai dengan jiwa korang. Setiap tingkat hotel mempunya tema buku yang berlainan seperti seni, agama, falsafah, matematik dan banyak lagi.


The Giraffe Manor -> Nairobi, Kenya
The Giraffe Manor telah dibina pada tahun 1932 oleh Sir David Duncan, terletak di Nairobi dengan pemandangan Gunung Kilimanjaro dan Ngong Hills. Kemudiannya dibuka sebagai hotel pada tahun 1984. Zirafah telah berpindah ke kawasan hotel selepas kehilangan habitat semulajadi mereka, semasa menginap sesekali zirafah akan datang ke tingkap di mana korang boleh memberi mereka makan dan mengambil gambar.



No comments: