BOLGATANGA - Pihak berkuasa baru-baru ini melaporkan seekor
anjing di Ghana digelar sebagai wira kerana melindungi bayi baru dilahirkan
yang dibuang di bawah jambatan di Winkongo berhampiran ladang tuannya untuk
sepanjang malam.
Tujuan asal pemilik anjing itu untuk mencari haiwan
peliharaannya membawa kepada penemuan bayi tersebut.
Penduduk kampung terkejut melihat anjing itu memeluk bayi
yang masih bertali pusat tersebut seperti anaknya sendiri.
Pengarah Kesihatan Daerah Talensi- Nabdam, Rosemary Azure
berkata, bayi malang itu semakin pulih daripada jangkitan dan dia kini
ditempatkan di pusat jagaan kesihatan.
Difahamkan, pihak berkuasa masih menyiasat untuk mengesan
identiti ibu bapa bayi tersebut yang dipercayai adalah pasangan remaja di
kawasan itu.
No comments:
Post a Comment