BESUT - Seorang lelaki yang memadu asmara dengan isteri orang cedera dibelasah
penduduk kampung dekat sini kerana disangka pencuri ketika dia melarikan diri
selepas terserempak dengan suami wanita itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, lelaki berumur 22
tahun itu cedera di seluruh badan apabila dibelasah penduduk kampung yang
kebetulan sedang menonton perlawanan bola sepak di sebuah warung.
Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung kira-kira enam
kilometer dari Kampung Raja itu, lelaki tersebut melarikan diri apabila suami
wanita berkenaan yang berumur 26 tahun pulang
ke rumah
daripada menjala udang.
Sebelum
itu, dikatakan wanita berumur 22 tahun itu meminta suaminya pergi menjala udang
di pantai dan suaminya yang bekerja sebagai petani memenuhi permintaan
tersebut.
Sebaik
suaminya keluar rumah, wanita berkenaan memandu kereta bagi mengambil
kekasihnya di rumah keluarga lelaki itu di sebuah kampung beberapa kilometer
dari Kampung Apal, Jabi.
Bagaimanapun,
pada malam berkenaan air laut pasang menyebabkan suami wanita itu pulang awal
dan sebaik tiba di rumah dia mula mengesyaki sesuatu yang kurang baik apabila
beberapa kali pintu rumah diketuk tetapi tiada jawapan.
Lelaki itu
pergi ke bahagian belakang rumahnya mengintai melalui celah lubang rumah dan
melihat seorang lelaki keluar dari bilik tidur bersama isterinya.
Geram
dengan apa yang dilihat menyebabkan dia bertindak memecah pintu dapur rumah dan
berlaku pergelutan dengan kekasih isterinya.
Lelaki itu
berjaya melarikan diri dengan terjun melalui tingkap namun berjaya ditangkap
penduduk kampung yang kemudian membelasahnya sebelum diserahkan kepada pihak
polis.
Lelaki itu
mengalami calar di badan dan bengkak pada muka.
Difahamkan,
pasangan suami isteri itu belum mempunyai cahaya mata dan sudah dua tahun
mendirikan rumah tangga.
Sementara
itu, wanita curang itu dikatakan telah mengadakan hubungan sulit dengan lelaki
berkenaan sejak beberapa bulan lalu selepas sekian lama terpisah.
Pasangan
kekasih yang sebaya ini pernah belajar di sekolah yang sama dan dikatakan kali
pertama membawa balik lelaki itu ke rumahnya.
Sebelum ini
mereka sering bertemu dan difahamkan memadu asmara di dalam kereta di tempat
sunyi di kawasan sawah padi.
Sumber memaklumkan pasangan tersebut akan didakwa di
Mahkamah Syariah atas kesalahan melakukan perbuatan khalwat.
No comments:
Post a Comment