Tuesday, July 31, 2012

stadium yang pelik sangat2

Brazil Eco-Stadium,“Janguito Malucelli”
Stadium ni lain sedikit.Stadium ni menjadi popular sebab ianya mesra alam. Tempat kerusi diletak diatas bukit tanpa menggunakan konkrit.Stadium ini juga dipanggil Eco-Stadium.

 Bulgaria 
Bulgaria FC Chernomorets Balchik, kelab bola sepak dari bandar Balchik, sekarang bermain untuk divisyen ke-2 bola sepak Bulgaria. Mereka bermain dekat “Balchik Stadium” yang mempunyai 6,000 tempat duduk yang paling buruk pernah dilihat.

 Croatia
Gospin Dolac adalah stadium di Imotski. Dibina pada tahun 1989.Boleh memuatkan 4000 penonton.Sangat cantik dan pelik.

Japan, Osaka Stadium 
Stadium baseball ini terletak di bandar Osaka dengan kapasiti 31379 tempat duduk. Pada tahun 1988 stadium ini telah ditukar menjadi tempat “sample housing showground”.Stadium ini kemudiannya dimusnahkan pada tahun 1998 dan digantikan dengan bangunan shopping complex.

 Norway
Norway FC Aalesund adalah sebuah stadium lama yang sangat pelik mempunyai tempat duduk teres di tepi bukit.

 Portugal, Braga
Salah satu stadium yang termahal dan terpelik di Portugal. Kos sebanyak $122 juta dibelanjakan untuk membuang batu di sekeliling stadium itu. Kos ini melebihi pembinaan 10 stadium semasa European Football Championship 2004. Betul-betul rasa macam main atas gunung batu.

 Singapore, Marina Bay
Negara tetangga kita memiliki stadium yang dikenali sebagai stadium terapung. Secara keseluruhan stadium ini diperbuat menggunakan besi. Ukuran platform terapung pula 390 kaki panjang dan 270 kaki lebar.Boleh menampung berat sebanyak 1,070 tan, bersamaan berat 9000 orang atau berat 30 tan kenderaan tentera.Tempat duduk pula boleh memuatkan 30 ribu orang.

 The Faroe Islands
The Faroe Islands sebuah pulau yang berhampiran dengan Scotland dan Iceland. Stadium ini terletak di tepi pantai. Setiap kali perlawanan akan ada orang yang membawa bot untuk mengutip bola yang jatuh ke dalam laut.

 Ukraine
Stadium inilah tahap yang paling pelik punyer. Tak banyak maklumat yang ada mengenai stadium ini. Tapi apa-apa pun yang paling seronok ialah orang yang bawa kereta dekat jalan sebelah stadium tu. Dan bagaimana pula agaknya kedudukan bola yang sudah tentu mengikut hukum graviti.

Venezuela, Caracas
Dikenali sebagai “Cocodrilos Sports Park” ianya adalah sebuah stadium multi-use.Kebanyakan stadium ini digunakan sebagai perlawanan bola sepak.Stadium ini boleh memuatkan 3000 orang dan terletak di sebelah high-way.Kalau ada kemalangan kompom masuk terus ke dalam stadium.

Monday, July 30, 2012

cantik tapi pelik : tangga

Tangga Jambatan Gantung, Traversinertobel, Switzerland 
 Tangga Longchamps Store, New York, USA
 Tangga di Loretto Chapel, USA
 Tangga di Queen's House, England
 Tangga Spiral , Australia
 Tangga 'Umschreibung', Bangunan KPMG, Munich, Jerman
Tangga Seramik San Francisco, USA
Tangga Kedai Buku Lello, Portugal
Tangga Muzium Vatican , Itali

Pokok yang Pelik!!!







Kes-kes Kelahiran Pelik Di Dunia

Ibu Lelaki Pertama Dunia
Thomas Beatie dilahirkan sebagai seorang wanita sebelum dia menjalani pembedahan untuk bertukar menjadi seorang lelaki. Apabila isterinya yang berusia 34 tahun pada ketika itu tidak boleh hamil disebabkan oleh hysterectomy (pembedahan dan pembuangan rahim), Thomas Beatie mengambil keputusan yang dia sendiri akan mendapatkan zuriat melalui permanian beradas (artificial insemination).
Ibu Termuda Dunia (5 tahun)
Lina Edina ialah seorang ibu termuda yang dikenal pasti dalam sejarah perubatan. Dia dilahirkan pada 27 September 1933 di sebuah perkampungan kecil Paurange dan berusia hanya 5 tahun 8 bulan ketika melahirkan anaknya pada 14 Mei 1939. Sebelum itu, ibu bapa Lina Medina menganggap anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun menghidap tumor abdomen yang besar apabila bapanya membawanya ke hospital. Walau bagaimanapun, ia berubah apabila dia dilaporkan mengandung dan berat bayinya 2.7 kg.
Kembar Hitam Dan Putih
Ini antara kes satu dalam sejuta kembar yang masih hidup yang dilahirkan dengankulit dan warna mata yang berbeza. Marcia dan Millie Biggs kedua-duanya berumur 4 tahun mengejutkan ramai dokor, guru dan orang ramai apabila diyakinkan mereka adalah kembar. Marcia berambut perang mengikut belah ibunya sementara Millie yang berkulit hitam mengikut belah bapanya.
Bayi Terkecil Dunia
Rumaisa Rahman dilahirkan pada 19 September 2004 dengan kepanjangan 10 incidan berat 8.6 auns. Ibunya Mahajabeen Sheikh hanya mengandung selama 25 minggu dan 6 hari. 
Anak Paling Ramai Selamat Dalam Satu Kelahiran (8 orang)
Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez mendapat perhatian antarabangsa apabila dia melahirkan 8 orang bayi dalam satu kelahiran pada Januari 2009. Kesemua bayi diperoleh melalui kaedah in-vitro fertilization. Ibu tunggal yang tidak bekerja ini sudah mempunyai 6 anak kecil di rumah yang juga hasil daripada kaedah in-vitro fertilization.
Ibu Tertua Untuk Kelahiran Pertama (70 tahun)
Rajo Devi Lohan dari India melahirkan anak pertamanya pada November 2008apabila dia berusia 70 tahun.
Ibu Tanpa Kaki Dan Tangan
Melek, 24, menjadi ibu kepada bayi bernama Semih. Walaupun tiada kaki dan tangan, dia masih berjaya untuk mempunyai anak melalui pembedahan perut untuk melahirkan bayi (caesarean sention).
 Ibu Bapa Hitam Dan Anak Putih
Pasangan Nigeria, Ben dan Angela Ihegboro melahirkan seorang bayi perempuanberkulit cerah, bermata biru dan berambut perang yang mengejutkan semua pakar.Bayi ini tidak albino. Ujian saintifik juga menafikan setiap gosip ketidaksetiaan si isteri. Kes yang lebih kurang serupa seperti Jennifer Stweart.


10 Fobia Yang Paling Pelik Di Dunia


Optophobia: Fobia untuk membuka mata
Mungkin fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini, sukar untuk membuka mata sendiri. Tugasan harian adalah mimpi ngeri untuk pengidap Optophobia. Jika anda boleh membaca apa yang kami tulis ini, jangan bimbang, ternyata anda tidak memiliki tersebut, syukur.
Chorophobia: Fobia terhadap tarian
Apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.
Geliophobia: Fobia terhadap gelak ketawa
Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.
Arachibutyrophobia: Takut mentega kacang melekat pada lelangit mulut
Senarai fobia yang pelik tidak akan lengkap jika kita tidak sebut Arachibutyrophobia. Penghidapnya hampir pasti tidak akan makan mentega kacang seumur hidup mereka!
Heliphobia: Takut kepada cahaya matahari
Pastinya satu keadaan yang amat sukr untuk mengelak daripada cahaya matahari sepanjang masa. Satu ia sukar untuk dilakukan, keduanya ia juga tidak elok untuk kesihatan (jika dijauhi sepenuhnya). Bermula dari rasa takut akan bahaya yang wujud pada matahari.
Deipnophobia: Takut akan berbicara atau berbual semasa makan malam
Ini adalah antara contoh fobia yang agak spesifik, takut bercakap waktu makan malam. Pengidapnya akan hanya diam sepanjang waktu makan. Ada bagusnya juga kerana diam ketika makan sebenarnya membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik.
Neophobia: Takut kepada benda-benda baru
Ramai orang yang mahu mencuba benda baru dan pengalaman baru. Namun bagi penghidap Neophobia, mereka tidak mahu apa pun yang baru dalam hidup mereka. Penghidapnya akan kehilangan kualiti hidup dan tidak akan berani untuk merasai pengalaman-pengalaman baru dalam hidup. Kajian juga memperlihatkan mereka yang mempunyai masalah Neophobia, akan mempunya jangka hayat yang pendek. Ini terjadi akibat tekanan yang mereka lalui saban hari.
Syngenesphobia: Takut pada keluarga dan saudara mara
Rasanya ramai yang ada masalah camni, cuma ia mungkin melibatkan keluarga sebelah mentua. Semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngenesphobia menghadapai masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.
Ablutophobia: Takut untuk mandi dan membersihkan diri
Biasanya kanak-kanak yang malas mandi, namun adakalanya ia melibatkan orang dewasa. Namun harus ingat, Ablutophobia adalah fobia untuk mandi, bukannya malas untuk mandi. Ada banyak beza tu. Yang dekat hostel bau semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Ablutophobia.
Geniophobia: Takut kepada dagu
Yup…dagu, bahagian di muka kita itu. Ini mungkin fobia yang paling sengal di dunia ni. Selain itu ada juga fobia lutut (genuphobia), fobia tangan (chirophobia) dan fobia siku (ishicascadiggaphobia). Bagaimanapun, fobia-fobia tubuh badan tertentu ini boleh dirawat melalui terapi.

20 Bangunan Pelik Di Dunia.