Monday, August 29, 2011

sangat² sedih.. Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

[baca kisah benar kat bawah ini...btl2 menyentuh hati]

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.
Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.
"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terakhir," begitulah kata mak pada abah.
Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.
"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"
Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.
Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.
Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"
Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.
Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.
Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.
Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.
Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?
Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.
Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.
Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.
Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.
Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.
Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,
Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.
Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.
Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.
Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.
Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"
Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.
Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.
Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"
Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.
Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"
Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"
Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"
Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.
Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.
Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.
Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!
Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!
Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.
Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"
Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"
Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.
Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.
Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.
Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.
Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.
Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.
Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.
"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia
Abang pada tahun 2007.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.
Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"
Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.
Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.
Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.
"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."
Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!
Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"
Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"
Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"
Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.
Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.
Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?
Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.
Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.
Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.
Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.
Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.
Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.


Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)

Saturday, August 27, 2011

JALAN TAR DI BULAN RAMADHAN

taun ne dah 4 kali i ke jalan tar....
mula2nya survey barang raya and baju raya....
meriah gak taun ne...fashion x banyak brubah...
terutama baju lelaki.....
yang baru adalah parking2 haram....
tmpt yg x spatutnya dibayar...tiba2 adapenjaganya....
yang bestnya...tmpt i byr parking rm7 but sblh tu rm10...
ermmm...mereka x tfikir ker haram makan duit dgn mnipu org...
i lak prefer dtg masa mlm...sbb ramai org and x panas
bukan apa..siang kan keja...jd lbh baik ge ramai2 ngan kwn2
tapi taun ne x sakan sgt sbb x dpt cuti lor...huhuhu
tapi i berpesta makan kat jalan tar....
leh la mcm2 mknan yg djual...hehehe
x byk tok diri taun ne....bsahaja sj


Tuesday, August 23, 2011

Tarikh Lahir dan makna-maknanya

¤ Januari 01-09 ~ Anjing
¤ Januari 10-24 ~ Tikus
¤ Januari 25-31 ~ Singa
¤ Februari 01-05 ~ Kucing
¤ Februari 06-14 ~ Merpati
¤ Februari 15-21 ~ Kura-kura
¤ Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
¤ Mac 01-12 ~ Monyet
¤ Mac 13-15 ~ Singa
¤ Mac 16-23 ~ Tikus
¤ Mac 24-31 ~ Kucing
¤ April 01-03 ~ Anjing
¤ April 04-14 ~ Harimau Bintang
¤ April 15-26 ~ Tikus
¤ April 27-30 ~ Kura-kura
¤ Mei 01-13 ~ Monyet
¤ Mei 14-21 ~ Merpati
¤ Mei 22-31 ~ Singa
¤ Jun 01-03 ~ Tikus
¤ Jun 04-14 ~ Kura-kura
¤ Jun 15-20 ~ Anjing
¤ Jun 21-24 ~ Monyet
¤ Jun 25-30 ~ Kucing
¤ Julai 01-09 ~ Tikus
¤ Julai 10-15 ~ Anjing
¤ Julai 16-26 ~ Merpati
¤ Julai 27-31 ~ Kucing
¤ Ogos 01-15 ~ Monyet
¤ Ogos 16-25 ~ Tikus
¤ Ogos 26-31 ~ Kura-kura
¤ September 01-14 ~ Merpati
¤ September 15-27 ~ Kucing
¤ September 28-30 ~ Anjing
¤ Oktober 01-15 ~ Monyet
¤ Oktober 16-27 ~ Kura-kura
¤ Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
¤ November 01-16 ~ Singa
¤ November 17-30 ~ Kucing
¤ Disember 01-16 ~ Anjing
¤ Disember 17-25 ~ Monyet
¤ Disember 26-31 ~ Merpati


ANJING: Anda seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan didalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu.. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.



TIKUS: Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

SINGA: Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan.. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

KUCHING: Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu, sukakan keadaan yang senyap dan damai. Dalam kehidupan, kamu suka mempelajari perkara baru dan sentiasa melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Dalam situasi normal, kamu nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.
KURA2: Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

MERPATI: Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

HARIMAU BINTANG: Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm…kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.
MONYET: Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan

Tuesday, August 9, 2011

"siapa aku...hatiku berbicara"

"aku menangis lagi,untuk sekian kalinya"...entag mengapa lirik tersebut cukup dekat dengan hatiku....aku tahu sebabnya...cuma aku tidak berani mengiakannya...mungkin aku malu...mungkin aku cuba menidakkan...tapi itulah hidupku...bukan sekarang...bukan sedikit masa dahulu...tapi sejak azali lahirku...
"lahir sendiri,mati pun sendiri"...perumpamaan yang acap kali diluahkan...entah kenapa hidup ini sukar...sukar hingga aku tidak mengerti mengapa sebabnya harus ada...dari kecil aku selalu berdoa dan mengharap...agar memiliki hidup yang diingini..agar punya teman yang setia dimasa susah senang...agar ada insan yang sudi mencinta sepenuh hati dan menerima baik buruk,kurang lebih diri ini...tapi semuanya sebalik..dari kecil aku tidak memilik seorang yang bernama kawan...kawan yang boleh dianggap kawan masa susah senang...kawan tempat aku menangis atau berkongsi segalanya...erti kata lainnya...kawan sebenarnya...kenangan aku masa kecil....sekolah+kelas tambahan dan rumah...paling dekat aku dengan kanak2 seusiaku adalah cuma ditingkap rumah...aku hanya mampu melihat keriangan mereka bermain dan berkawan...dan aku cuba bertemankan buku...namun aku terpaksa akur..buku dan ilmu saja cara aku meraih perhatian dari saudara mara ku yang asik memandang rendah...walaupun aku melakukan yang terbaik..tetapi tidak pernah mencukupiatau setaraf dengan mereka...membuatkanku kadang kala terfikir...bodohkah aku...adakah aku darah daging yang sama...kerna perbezaan jauh ketara....sehingga kini...hidup mereka penuh dengan kejayaan, yang berjawatan tinggi dan kedutaan dan berkedudukan tinggi...tapi aku?...mungkin pandangan orang luar tentang diri ini...kerjaku...sudah cukup gah namun bagi mereka ini...aku sekadar "nothing to be proud"...walaupun penat aku berusaha agar dihargai...akhirnya airmata saja sebagai peneman hidup...
bila aku mula hidup sendiri...jauh dari kawalan...belajar berdikari...akhirnya aku punya kawan...kehidupan yang diingini selama ini...dihargai dan dicintai...aku mula rasa bahagia...aku memperlajari bermacam-macam pekara...aku melihat segalanya...aku mencuba segalanya tanpa sedetik keraguan...dari ke club..pil...mabuk...melncong ke luar negara dan macam-macam lagi...namun akhirnya aku terduduk...dari apa yang aku ada...rupanya aku masih mentah dalam hal duniawi ini...bukan semuanya indah...rupanya disebalik keindahan itu tersembunyi kejahatan hakiki...akhirnya aku mendapat tahu rupanya aku mangsa diperbodoh-bodohkan oleh beberapa insan yang aku panggil seorang "kawan"...aku dipergunakan atas kelebihanku...dan tanpa disedari...maruahku dipijak-pijak dan diludah...akhirnya aku terduduk sendiri lagi...menangis bertapa odoh dan dan butanya aku...betapa aku tidak layak utnuk bahagia...bertapa aku hidup untuk dipijak...untuk diludah..untuk dijadikan bahan tawa...kerna aku tidak pandai melawan....kelemahan terbesar aku....aku tidak tegas...aku mudah ditunduk dan aku bodoh!...walaupun apa yang aku katakan...
walaupun apa yang cuba aku ingin lakukan atau buktikan...tidak ada siapa yang ingin percaya...semuanya salah...semuanya negatif sahaja tentang aku dimata mereka...hidup ini cukup tidak adil...hidup ini membuatkan aku rasa tidak ingin hidup lagi...aku mula mencari jalan keluar...aku cuba untuk menamatkan saja hidup ini...aku telan pil....masuk hospital...telan pil lagi...tidak jua mati...aku pandu kereta laju...aku kemalangan...namun nyawaku masih melekat dengan tubuh yang aku panggil sial ini...kadang-kadang aku marah pada tuhan...apa dosa aku dari kecil sampai sekarang...cuma pedih hidup kau berikan kepadaku...kadang-kadang aku merayu agar cabut saja nyawa ini...aku penat dan lelah...aku tidak mampu bertahan lagi...kerna ia asik berulang...makin teruk...macam mana teruk aku berusaha...tiada siapa yang mempercayai...entah bila masanya aku akan baring dan lena selamanya....aku pun tidak pasti...aku tidak pasti aku berpeluang mengecapi kebahagian tersebut...atau hidupku berakhir sebelum hari yang aku impikan menjadi kenyataan...

Monday, August 8, 2011

menuju puncak.MP4

hahahah....waktu ne dlm pukul 3pm kot....x pasti...saja jalan2 kat sini...
i slalu lepak kat sini...saja nak simpan buat kenangan...sapa tau kan...

bila aku kebosanan lalu pegi ker...

waktu ne kebosanan & tertekan...jadi i selalu melepak kat bukit komanwell kat bkt jalil...
tmpt ne la tmpt i slalu jogging or lepak kat pondok kat atas bukit....
tmpt ne b'angin sangat...luas pemandangan...paling penting i lari dr masalah

miss A "Good-bye Baby"


great song dr miss a...dulu mereka dtg dgn lagu bad girl good girl...rentak yang senang diikuti....luv u miss a

axis soho...mandi time


selepas seminggu berpuasa

dah seminggu berpuasa...kali ini tidak ada halangan bagi tahun ini...seminggu berlalu...i masih kuat lagi berpuasa...yang indahnya...i d turun 12kg sebulan buat latihan dan senaman diet yang teratur....syukur sekali lagi...harap kekal penuh puasa tahun ini...walaupun banyak rintangan yang mendatang...doakan yang i mampu mengharungi halangan ini dengan tabah dan sabar...semalam ge jalan tar ngan kwn2....hehehe...
qaira & adreanna busy melaram tapi haram tak beli
harris,qaira,rina & adreanna hepi tak terhingga akhirnya sampai jugak
adreanna pemenang kanak2 riang 2011...hehehe
pose wlupun kepenatan
busy.....

Saturday, August 6, 2011

aku cuma "teman" dimata mereka

sudah sekian lama aku cuba untuk berusaha agar aku disayangi atau dicintai sepenuh hati...segigih mana pun usaha ku...cuma kburukan sj yang dipandang...cuma hinanya aku saja diperhatikan...kebaikanku tiada harga dihati mereka...aku cuba senyum...aku cuba tunjukkan kkuatan ku menangkis kata-kata hinaan yang dilemparkan kepadaku.

bila aku dengar lagu daripada natasha bedingfield "i bruise easily"...cukup tepat mengambarkan siapa sebenar diri ini.... sorg yang melindungi siapa dirinya agar tidak dicaci atas kelemahannya...sorg yang cuba mengemis kasih sayang wlupun dr org yg tidak dikenali...

"bisakah" semua org cuba faham siapa aku?
"bisakah" aku menjadi siapa yang aku mimpikan...
"bisakah" aku senyum kembali....
"bisakah" aku akan difahami....

bila fikir kembali...ia hanya angan2 kosong....aku menangis lagi....lirik lagu "bisakah" dari dato siti betul2 mengetuk hati yang cuba aku tutup...liriknya sayu menikam hati namun pedihnya tak mampu menandingi keperitan hidup yang aku tanggung dr kecil....

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu
Bila Senduku Berlinang Sayu
Dalam Rindu Ku Tertanya

[ aku hanya buangan...aku hanya sampah dimata mereka...aku tiada nilai...aku bdiri tanpa kasih... ]

kenapa? sbb semua org ingat aku mmiliki hidup yang cukup indah cukup lengkap...mereka tidak pernah terfikir...aku lbh byk memendam duka dan tangisanku umpama teman sejak aku kecil lagi...entah mengapa umur ku masih panjang untuk terus menadah kesakitan yang dipikulku dr dulu...

BUNUH DIRI?....salah satu dari keperitan yang selalu melayang difikiran seperti apa yang sedang belaku skrg ini...kenapa usaha dan segala yang dilakukan tidak pernah dianggap baik....sesalan bukan jawapannya....namun aku akui.

entahlah....aku benar2 keliru dan tetekan sekarang ini....
tarikh 5.8.2011 aku mendapat mcm2 pekara....berita sedih dr klrg....aku ksorgan....entah la....mungkin pagi ini terakhir tok ku....entahlah...dah bbrapa kali....tapi tak pernah mjadi....samaada aku benar2 pengecut atau tuhan masih ingin melihat aku t'seksa

or i'll says

sat:6 august:04.10am:2011


Tuesday, August 2, 2011

2PM i like.............

2PM is a South Korean boy band, originally a seven-member group, but currently consisting of six members due to the sudden contract termination of leader Jaebeom following an Internet controversy in September 2009. They are managed by JYP Entertainment. The current members are Junsu, Junho, Nichkhun, Taecyeon, Wooyoung and Chansung.
2PM is one of the two subgroups branched out from the eleven-member (before Jaebeom’s departure) boy band One Day, the other being 2AM. They debuted with the song “10 Jeom Manjeome 10 Jeom” (10점 만점에 10점, lit. 10 Points Out of 10 Points), which showcased their acrobatic dance styles. They achieved their first No. 1 song with “Again & Again”.
The members of 2PM all auditioned (except Nichkhun, who was scouted) to become part of JYP Entertainment, to which the Wonder Girls & 2AM also belong. Some members held their auditions in other countries; for example, Park Jaebeom auditioned in the United States. Other members already had experience in the entertainment industry prior to their acceptance into JYP Entertainment, such as Kim Junsu, who had won various singing competitions, and Ok Taecyeon, Lee Junho and Hwang Chansung, who had participated in the show ‘SuperStar Survival’.
2PM’s and 2AM’s training days were filmed in a documentary called Hot Blood Men, which aired on Mnet. The show documented the time by time training program of the JYP trainees who were to be part of the group “One Day”, as well as the elimination of three trainees from the group during the time.

Unlike other Korean record labels, their record label JYP Entertainment opted to promote them with a more mature than “pretty-boy” image.

2PM debuted with their single “10 Jeom Manjeome 10 Jeom” (10 Points Out Of 10 Points) on September 4, 2008. On October 17, 2008, they began promotion of “Only You”, another song from their debut mini album “Hottest Time of the Day.”

On April 16, 2009, the group released their second mini album 2:00PM Time For Change, which they began promoting on April 23. On May 9, 2009, they won their first Mutizen Song award on M!Countdown since their debut; in the same week, they won their second Mutizen on SBS Inkigayo.

The group earned their third Mutizen the following week, completing the triple crown and making them ineligible to win for the following weeks. However, the award that had been eluding them – Music Bank – was quickly won soon after. On June 11, 2PM began promotions for “Niga Mipda” (I Hate You) on M!Countdown. On July 2 and 3, 2PM achieved first place on the M!Countdown and Music Bank charts for the song “Niga Mipda”. They achieved the triple crown for the song on M!Countdown by July 16. On July 30, 2PM won the ‘Only One Song’ award on M!Countdown.

On September 4, 2009, articles surfaced on the internet regarding Jaebeom’s posts from 2005 on his personal Myspace account, in which he expressed his dislike for Korea while still a trainee for JYP Entertainment. Jaebeom issued an apology regarding this matter. Although outraged protesters demanded that Jaebeom should be forced out of 2PM, JYP Entertainment CEO Park Jin-young stated on September 7 that he was going to continue to remain part of the group. The following day, Jaebeom announced on his official fancafe that he would be leaving the group and returning to the United States, with plans of going back to school and bettering his understanding of music, and also apologized to the other 2PM members for not being a good leader and older brother to the group. Park Jin-young has confirmed that he will respect the singer’s decision, and that 2PM will continue on as a 6-member group. Additionally, due to the sensitive topic of Jaebeom’s departure, all 2PM members were withdrawn from their regular appearances on variety shows.

The group finished re-filming their music video for “Heartbeat”, the title song of their first full-length album, without Jaebeom on October 31, 2009. During a press conference, it was revealed that Jaebeom’s vocals would not be removed from the songs. The day after the now 6-member 2PM’s full-length album was released, Park Jin-young released a statement that Jaebeom would return as a member of 2PM if he wanted to make a comeback, while indicating that his return was not imminent. In further support of Jaebeom’s place in the group, the six 2PM members have also decided to distribute their income from their 1st album with him, sending him an equally divided amount of the earnings.

The group’s first full length album, titled 1:59PM, was released on November 10, 2009. Both the album and title track, “Heartbeat”, quickly rose to the #1 position on multiple music sales charts. The group made their first comeback performance, signifying the beginning of their promotional activities for the album, on M.Net’s ‘O Good Concert’ on Thursday, November 12, 2009, subsequently making their KBS Music Bank, MBC Music Core and SBS Inkigayo comebacks on Friday, November 13, Saturday, November 14 and Sunday, November 15, respectively.

On November 20, 2009, 2PM performed at and was honored with two awards by the M.net Asian Music Awards (previously known as M.net KM Music Festival): the award for Best Male Group and Artist of the Year (the latter being one of the three most prestigious awards, or “Daesang”s, at the show, which also include Song of the Year and Album of the Year). The group paid homage to him during their performance of “Again & Again”, in which a spotlight was shown over Jaebeom’s usual position in the dance formation and his vocals were not replaced.

2NE1 is the # 1

“2NE1 is really one girl band to watch out for—even if you can’t understand a damn thing in Korean.

Composed of CL, Bom, Dara (Sandara Park, yes), and Minzy, their music is a unique mix of pop, hip-hop, and a bit of reggae—definitely something anyone would love to dance to! More than their music, the production of their music videos; their creative concert performances; and most importantly, their out-of-this-world fashion sense really make them stand out from other singing groups. It’s also remarkable how veeery different each of them is from the rest (think Spice Girls). The group is led by the powerful and foxy CL together with the crazy and boyish Minzy, the uber-cute and comedic Dara, and the seductive doe-eyed Bom.”

Leader CL, the coolest girl and the best rapper.
Best vocalist, Park Bom with God’s voice (nickname given by GD)
My favourite among the favourite, Sandara Park aka Dara. Prettiest, cutest, funniest
Best dancer and the youngest, Minzy

Re blogged from tumblr. TOTALLY AGREE!

2NE1 is just so AWESOME!