Para ilmuan yakin mereka telah menemui ‘sex toys’ atau alat bantu seks tertua di dunia. Alat ini tertanam bersama batuan lain yang dipercayai telah berusia lebih dari 30,000 tahun lalu. Seperti dilaporkan dalam laman orange.co.uk, jurucakap Universiti Tubingen, Jerman mengatakan penemuan ini menjadi sesuatu yang mengejutkan.
Salah satu batu ‘mencurigakan’ berbentuk batangan berukuran lapan inci. Bentuknya mirip alat kelamin lelaki atau dalam bahasa Sansekerta dinamakan lingga. Batu ini bentuknya seperti alat membuat api purba, namun ukurannya yang mirip ukuran alat kelamin lelaki, membuat pengkaji meragukan fungsinya. Apalagi, ada bentuk seperti lingkar cincin dibahagian hujung.
Pengkaji berpendapat umur alat ini paling tidak lebih 28,000 tahun. Alat ditemukan di sebuah gua dekat Ulm di Jerman. Menurut para pengkaji alat ini dibuat dari batu lanau dan seperti dibuang kerana rosak.
Sementara seperti disiarkan di laman BBC, 14 Mei 2010, penyelidik Universiti Tubingen di gua yang sama juga menemui pahatan gading setinggi 6 inci yang membentuk tubuh perempuan dengan payudara dan bokong besar, dan alat kelamin ditonjolkan — yang paling tidak berumur lebih dari 35,000 tahun.
Namun, profesor prasejarah Universiti Tubingen, Nicholas Conard memperingatkan agar tak terlalu cepat menganggap benda-benda itu sebagai sesuatu yang ‘porno’.
Pengkaji, hingga kini belum membuat kesimpulan. Dipercayai, barang-barang ini dibuat oleh manusia yang tergolong moden (Homo sapiens) bukan sepupunya yang lebih tua, Homo Neanderthalensis
No comments:
Post a Comment