Beberapa masa yang lalu, aku terasa akan kebahagian yang aku cari selama ini. Ingatkan aku telah menemui cinta yang aku cari, rupanya ia jua sekadar pesinggahan yang menyakitkan dalam hidupku. Dia mulanya amat mengambil berat terhadapku, penuh dengan kasih sayang yang tiada sempadan. Aku menerima dirinya seadaanya, tidak mengira siapa dirinya, yang aku tahu aku cinta kepadanya dan dia jua mencintaiku. Malahan dia menperkenalkan ibunya kepadaku malah ibunya sendiri memanggilku menantunya,teramat bahagia ketika itu,membuatkan aku yakin kini akhirnya saat yang aku idam-idamkan selama ini kini dihadapan mataku.
Namun pemulaannya cinta ini sebenarnya penuh dengan penipuan, apabila aku menerima kabar dari kekasih dia. Malah aku dituduh macam-macam fitnah yang aku sendiri tidak lakukan, salah satunya sebagai perampas kekasih orang. Rupanya dia masih bersama kekasihnya dan barulah aku tahu bahawa dia seorang yang suka mempermainkan perasaan orang dan mengambil kesempatan. Aku atur pertemuan bersama kekasihnya. Aku tidak ingin mendengar dari satu pihak sahaja.
Aku berhadapan dengan kekasihnya dan rupanya mama ada sekali bersama, itulah pertama kali aku bersua dengan mama yang selalu berhubung melalui telephone. Bagai runtuh dunia hatiku, bagai kecewa yang tidak mungkin berganti, bagai tangisan yang tidak mampu dihentikan.
Setiap satu perbohongan dia terbongkar, rupanya aku cuma tempat untuk dia memenuhi nafsunya dan aku cuma dipergunakan untuk kepentingan dirinya.
Aku mula membenci dirinya walau hatiku teramat cinta padanya. Kenapa harus aku diuji sebergini teruk. Malahan aku bodoh memberi peluang untuk dirinya dan akhirnya aku dipukul, ditampar dan dilukai hanya kerna aku tidak memenuhi kehendak nafsunya, mungkin inilah namanya harga sebuah cinta.
Aku maafkan bukan kerna cinta
Aku doakan agar dia dimaafkan oleh ibu kandungnya
Aku mengharap agar inilah terakhir penderitaan dalam cinta
Dan
Aku menginginkan kehidupan dan cinta yang aku impikan dari dulu
No comments:
Post a Comment