Terdapat sekumpulan orang gila seramai 26 orang yang telah dipilih untuk dihantar ke USA untuk mendapatkan rawatan istimewa di sana.
Penerbangan menggunakan pesawat MAS ditaja oleh Syarikat Penerbangan
Malaysia. Sewaktu di dalam penerbangan, kapten merasakan bahawa kapal
terbang tersebut tidak dapat terbang dengan lancar. Kapten merasakan ada
sesuatu yang tidak kena di dalam kapal terbang tersebut.
Dengan lagak seorang kapten, dia mengarahkan pembantunya (co-pilot)
untuk membuat pemeriksaan di dalam kabin penumpang. Pembantu kapten
tersebut pun akur dan berjalan keluar menuju ke kabin penumpang.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat semua orang gila tadi sedang
sibuk bermain bolasepak di dalam kabin penumpang kecuali 4 orang sahaja
yang kelihatan duduk diam tanpa memperdulikan yang lain.
Pembantu kapten tadi terus mengarahkan semua orang gila tersebut supaya
menghentikan permainan bolasepak tersebut dan memberitahu,:"Jangan main
bola di dalam kapal terbang ini." Semua orang gila tersebut diam dan
mengangguk tanda faham. Setelah berpuas hati, pembantu kapten tadi pun
berjalan kembali ke kokpit dan memberitahu kepada kapten bahawa keadaan
telah aman di dalam kabin.
Selang 30 minit kemudian, kapten merasakan bahawa penerbangan tersebut
telah berjalan dengan lancar dan dia sangat berpuas hati dengan
kelancaran penerbangan tersebut. Pembantu kapten kemudian memberitahu
kepada kapten bahawa dia ingin kembali membuat pemeriksaan di kabin
penumpang dan melihat keadaan semua 26 orang gila tersebut. Kapten
membenarkan.
Sebaik sahaja pembantu kapten sampai di kabin penumpang, dia sangat
terkejut melihat kabin yang kosong. Tidak kelihatan seorang pun orang
gila yang bermain bola sebentar tadi, kecuali 4 orang gila yang sama
pada mulanya duduk diam di kerusi masing-masing. Pembantu kapten sangat
hairang dan mula panik dan bertanya kepada salah seorang orang gila yang
sedang duduk di situ.
Pembantu Kapten : Mana pergi yang lain nie??
Orang Gila 1 : Mereka pergi main bola....
Pembantu Kapten : Main bola?? Di mana??
Orang Gila 2 : Main kat luar... Kan awak tadi cakap tak boleh main bola
di dalam sini tadi??
Pembantu Kapten : Ha!!!! (sambil terbeliak biji mata). Abis tu awak 4
orang masih lagi di sini buat apa??
Orang Gila 3 & 4 : Kami 4 orang ni cuma pemain simpanan jer...
No comments:
Post a Comment