KISAH LAHAD DATU
1. Saya tahu agensi perisikan Singapura,
Indonesia, Filiphina dan Amerika Syarikat (AS) telah menarik nafas panjang
apabila melihat kejayaan Malaysia khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengerakkan operasi bersama (Joint
operation) sehingga berjaya melumpuhkan pengganas-pengganas Sulu yang telah
menceroboh kedaulatan negara.
2. Malaysia sudah memberikan peluang yang
sebaiknya kepada pengganas ini yang jumlahnya lebih kurang 150 ke 200 orang
selama tiga minggu dan dunia telah menyaksikan pengganas-pengganas ini
menganiaya anggota pasukan keselamatan kita.
3. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Syahid)
terbunuh apabila pengganas Sulu melakukan sikap keji apabila berpura-pura
mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mahu menyerah diri.
4. Zulkifli yang merupakan ketua pasukan,
menyangka musuh berniat baik lantas bangun dari posisi bertahan dan serentak
itu, peluru dari penembak tepat dilepaskan dan menembusi kepala Allahyarham.
5. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid)
yang bangun membantu turut terkena peluru dari penempak tepat, maka gugurlah
kedua perwira bangsa.
6. Rupanya pasukan peninjau polis yang
menjalankan tugas recce dalam ladang kelapa sawit disitu telah dikepung oleh
ratusan pengganas Sulu.
7. Tanpa ketiadaan ketua pasukan, anggota lain
terus membalas tembakan dan bertahan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum
tiba pasukan bantuan dan hasil dari kecekalan mereka yang terkepung ini, lebih
kurang 12 pengganas Sulu ditembak mati.
8. Pengganas juga menganianya wira-wira polis
kita yang gugur di Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna.
9. Wira-wira polis ini yang berpakaian biasa
merupakan unit Cawangan Khas (SB) bergerak ke kampung tersebut untuk melakukan
tinjauan risik tetapi kedatangan mereka seperti sudah dapat dihidu.
10.Pengganas yang bersenjatakan raifel
automatik M16 menghamburkan peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga bangsa,
darah pekat mengalir dari celah-celah jeti kampung tersebut.
11.Yang tinggal hidup, hanya nyawa-nyawa ikan.
12.Ketika ini, musuh menerpa dan mengerat-gerat
serta memotong kepala ketua pasukan polis ini, ada jenazah polis yang
dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang dipotong kepala di ditetak
berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua tangannya.
13.Yang sialnya, akhbar Filiphina yang
menyokong pengganas ini meletakkan mereka yang mati dikalangan penyokong Kiram
sebagai imam-iman tempatan dari kaum Sulu yang syahid.
14.Senarainya kecederaan dan penganiayaan pada
mereka yang mati ini saya ada tetapi demi menjaga maruah mereka yang gugur,
tidak perlulah saya siarkan, saya jamin, kalau anda membaca…anda akan
berdendam.
15.Saya sendiri tidak tahu, tonik apa yang
mereka makan atau jin mana yang mereka damping sebelum pergi berperang sehingga
memaksa mereka itu bertindak diluar batas kemanusiaan.
16.Yang anehnya, ada juga penyokong
pengganas-pengganas ini dari negara jiran dan komen mereka terpaksa saya buang
untuk mengelakkan nama negara mereka yang besar itu tercemar dan kotor di atas
komentar rakyat mereka ini.
OPERASI DAULAT
17.Saya memohon maaf kerana tidak dapat update
setiap butiran operasi.
18 Ingin saya melahirkan rasa kesal kepada
sebahagian besar pembaca saya yang tidak sabar dan terlalu banyak
mempertikaikan operasi ATM dan PDRM ini seolah-olah mereka ini lebih tahu.
19. Mereka beranggapan perang seperti yang
mereka lihat dari kaca TV atau permainan video game.
20.Saya pula memilih jalan selamat untuk menantikan
satu tindakan konkrit yang saya tahu pasti akan berlaku sedangkan setiap hari
maklumat dari medan tempur masuk ke dalam talian saya setiap jam, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada para kontek saya dan juga kepada Anak Sabah
yang menjadi mata dan telinga saya di negeri itu.
21.Maklumat-maklumat ini pula tidak dapat saya
siarkan kecuali kerana tidak ada siapa yang boleh mengesahkan data yang saya
terima, dan saya pula tidak mahu menganggu operasi yang sedang dijalankan
termasuk menyebarkan khabar yang tidak benar.
MALAYSIA BUKTIKAN KEUPAYAAN MELAKSANAKAN JOINT
OPERATION
22.Operasi Daulat dimulakan dengan serangan
jet-jet F/A 18 Hornet dan Hawk Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ke atas
Ground Zero pada jam 0700
23.Ia diikuti dengan tembakan dari mortar 81mm,
mesingan berat dan kemaraan 4 buah APC yang diikuti dengan PGA, VAT69, Para 10,
serta unit khas lain.
24,Bagi saya, serangan jet-jet ini lebih kepada
“Power Projection” oleh Malaysia kepada negara jiran padah apabila kita hilang
sabar dan menunjukkan kemampuan bajet operasi ketenteraan negara apabila
berlaku situasi kecemasan.
25.Ia juga adalah bukti kemampuan negara untuk
melaksanakan Joint atau Combined Force Operation yang menggabungkan tentera
laut, udara, komando, tentera darat, polis serta agensi kerajaan lain.
28.Negara-negara jiran lain secara teorinya
mungkin ada kemampuan untuk membuat “Combined Force Operation” ini tetapi belum
pernah dibuktikan secara nyata kecuali dalam latihan.
52 PENGGANAS SULU TERBUNUH SEHINGGA ARTIKEL INI
DITULIS PADA 8 MAC
29.Apabila kita hilang sabar, inilah akibatnya,
52 pengganas Sulu terbunuh sejak dari kali pertama pertempuran bermula.
30.Pengganas ini menyangka mereka sedang
berperang dengan askar-askar Filiphina, mereka lupa, mereka sedang berhadapan
dengan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA dan POLIS DI RAJA.
31.Saya sendiri menyaksikan gambar-gambar
kematian pengganas ini (gambar baru dan bukan gambar dalam lubang), tetapi saya
gagal memperolehi kebenaran untuk menyiarkan gambar ini, ia akan disiarkan
dalam sebuah blog lain.
SERANGAN PENGGANAS TIDAK ADA KOORDINASI
32.Maklumat tidak rasmi yang saya terima,
pengganas-pengganas ini mempunyai kekuatan seramai 1,000 orang di mana sekitar
200 dari mereka berada di Lahad Datu.
33.Bakinya dipecahkan ke enam daerah yang lain
termasuk Semporna.
34.Ramai yang mempertikaikan keberkesanan
sistem jammer atau kenderaan Electronik Warfare yang kita ada iaitu CommJam
Fuch 6×6 hanya kerana ketua pengganas berjaya membuat panggilan telefon ke
Manila.
35.Bagaimana kejayaan sistem ini terbukti
kerana rancangan awal pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk menimbulkan
huru hara di tempat-tempat seperti di Kunak, Tungki, Tingku, Kinabatangan,
Sandakan dan Semporna lain gagal kerana masalah komunikasi.
36.Sejak awal rakyat dibawa menumpukan
perhatian ke Lahad Datu sedangkan pada masa yang sama pasukan tentera di atur
gerak ke tempat lain.
37.Kegagalan rakyat dan pembaca memahami
bagaimana operasi tentera dijalankan memang saya sudah jangka kerana rata-rata,
banyak forum pertahanan hanya suka membicarakan kecanggihan sesuatu aset tetapi
kurang menyentuh dari sudut operasi ketenteraan.
PENGGANAS MERAYU MINTA GENCATAN SENJATA
38.Kelmarin media-media di Filiphina dan
Indonesia meletakkan harapan yang tinggi kepada pengganas Sulu ini untuk
mendatangkan kerosakkan yang besar kepada pasukan keselamatan negara kita.
39.Tajuk-tajuk seperti “Experience versus Fire
Power” (klik sini) disiarkan, dan mengangkat pengganas Sulu ini seperti
pahlawan yang tidak terkalah.
40.Bongkaknya elemen dengki dan cemburu di
negara-negara dunia ketiga ini dihancurkan dengan rayuan ketua pengganas
sendiri yang memohon ehsan dan belas dari pasukan keselamatan Malaysia.
41.Kalau kelmarin mereka bongkak, hari ini
ketua pengganas iaitu Sultan Kiram merayu meminta gencatan senjata dari
Malaysia.
42.Perdana Menteri Datuk Seri Najib semalam menegaskan,
serah senjata tanpa syarat. Anda (pengganas) sedang berhadapan dengan negara
berdaulat.
SYABAS MALAYSIA
- Ditulis 8 march 2013 -
DIPETIK DARI
Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia's
No comments:
Post a Comment