Tuesday, March 12, 2013

Maklumat Terkini Siasatan National Bureau of Investigation (NBI)

Maklumat Terkini Siasatan National Bureau of Investigation (NBI) Filipina berkenaan Konspirasi Di Sabah
========================================

1) Penasihat Sultan Pastor “Boy” Saycon di panggil untuk siasatan di atas dakwaan beliau menjadi dalang dalam konspirasi ini. Saycon ialah Setiausaha General of the Council for Philippine Affairs or COPA.

2) Saycon mengaku menjadi penasihat Sultan dalam hal berkaitan usaha Sultan mengheret isu Sabah ke PBB. Tetapi menolak dakwaan ada kaitan dengan pencerobohan Sabah.

3) Saycon telah menjadi penasihat hubungan luar, ekonomi dan kebudayaan untuk Sultan selama 12 tahun

4) Kerajaan Filipina telah berjanji kepada kerajaan Malaysia untuk mengumumkan hasil siasatan ini dan memberitahu siapakah sebenarnya dalang dibelakang Sultan Sulu.

5) Pengikut Sultan Sulu yg bertindak menceroboh Sabah telah dijanjikan US$600 seorang.

6) NBI mempersoalkan dari mana dana yang banyak diperolehi oleh Sultan Sulu.

7) Kemungkinan pencerobohan ini bukan sahaja bersebabkan oleh tuntutan Sabah malah untuk memalukan kerajaan Malaysia & Filipina

http://www.philstar.com/headlines/2013/03/10/917844/palace-justifies-sabah-probe

No comments: