Friday, December 31, 2010

goodbye 2010 and welcome 2011

hye there...beberapa saat lagi dah nak masuk tahun baru...
kblkgan ne jrg on9 dlm blog dsbbkan busy ngan hal2 hujung tahun dan dtambahkan lagi x'mas yg dtg....
tahun 2010 terlalu byk manisnya malahan pahit jua
tahun ini juga sy mmiliki kereta kesayangan
kerja yg tetap di company besar
ulang tahun setahun bsama + setahun bsama company ini
kakak mlahirkan jacob and abg dpt 2 anak perempuan kembar
jadi totalnya i pakcik kepada 5 anak buah
dan byk lagi
namun yg pahit jua x kurangnya....
tapi x perlu la saya catitkan disini
bagi 2011
doakan yg terbaik utk kwangan+keja+klrga
doakan mak n bapa serta adik bradik sehat + djauhkan dr yg x bagus
apa2 pun

Wednesday, December 15, 2010

ceta first time naik kapal terbang

kisah pertama kali aku naik airplane. Masa tu nak balik dari kl gi a.star.Naik Air Asia jer...Everybody can fly.Masa mula-mula sampai kat pintu kapal adalah sorang awek cun tegur. Ingatkan nak berkenalan rupa2nya sekali pramugari da.

Pramugari: Boleh saya bantu.Adik kelas apa?

Aku: Kelas..ar

Pramugari: Kelas ekonomi ker,busines ker?

Aku: Oh...masa dulu2 saya kelas sastera,n ak apply kelas sains tak lepas..

Pramugari tu terus amik tiket aku dan tunjuk kat aku tempat duduk. Ingat nak mengurat tapi tiba2 jer dia buat muka masam.Betui org kata zaman la pompuan semua mata duitan.Mentang2 la aku dulu setakat kelas sastera ja.Tapi x la semua.Mak aku walaupun aku kelas sastera tapi dia tetap masak nasi kat aku tiap2 hari.Kat sebelah tempat duduk aku, adala sorang pakcik yg dalam umur lingkungan 40-an.Aku tak berapa sure umur dia sebab aku tak la minta ic dia masa tu.Dalam 40-an agak2 aku.

Pakcik (aku tak kenal): Adik pertama kali naik kapal terbang?

Aku: oh..ar ya..nape?

Pakcik (yg tetiba buat ramah): Heh..sekali tengok pakcik dah tau..

Aku: heh..bukan tak nak naik tapi hari nie driver masuk hospital.Cirit birit..

Pakcik (yg kena tipu ngan aku): Oh..anak orang kaya nie..

Aku sebenarnya malas nak layan.Itu yg aku merapu.Tak sangka dia percaya pulak.Lurus bendul rupanya.Aku pun buat2 la nak tidur walaupun kapal tak take off lagi.

Aku: Pakcik nanti kalau dah sampai kat a.star tolong tekan loceng kat saya ya?Nanti terlepas pulak..

Pakcik (yg lurus bendul): Oh..ok..ok..no problem..

Ah sudah aku ingat nak buat lawak rupanya tak jadi.Dia percaya kapal nie ada loceng.Pakcik nie kata pernah naik kapal,rasa2nya aku kena tipu nie.

Pakcik (yg tipu aku): Ish..naper panas nie..

Aku: Kapal tak on lagi kut..nanti dia buka la aircond..

Pakcik tetiba bangkit dan tengok tepi tingkap kapal.Dengan tetiba gak dia menjerit panggil pramugari. Juga dengan tetiba pramugari yg sombong tadi datang.

Pramugari: Kenapa encik?Ada masalah?

Pakcik : La..patutlah panas sangat dalam kapal nie...naper lah korang letak kipas kat luar..panas kat dalam nie..

Masa tu gak aku bangkit dan terus minta nak tukar tempat duduk.Dalam hati aku berbisik oh,rupanya ada lagi orang lebih jahiliah daripada aku..dan itulah kali terakhir aku naik kapal terbang.

pantun

1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,masih
SENYUM lagi... memang sah GILA!

3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran...
"Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??LUAR BIASA!!!!

4. "Cinta..ibarat kentut... "
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ... .

5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"

6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!

bas

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

LEMAN DAN PELACUR

Leman sudah berusia hampir 35 tahun tetapi masih belum berkahwin. Bukannya tak hensem tetapi dia tidak tahu macam mana nak mengorat awek. Atas alasan itu, dia mengambil keputusan untuk membujang sahaja.Satu malam, dia teringin untuk melakukan hubungan seks. Satu perkara yang tidak pernah dilakukan sepanjang hidupnya. Jadi, dia telah ke pekan untuk mencari seorang pelacur. Setelah berjumpa, Leman membawa pelacur itu balik ke rumahnya.... Apabila Leman handak memulakannya, tiba-tiba pelacur itu menolak Leman...

Leman: Kenapa?
Pelacur: Awak perlu memakai Kondom dahulu...
Leman: Kondom tu hapa?
Pelacur: Nah.. ambil ni dan sarungkan pada awak punya tuuu.. Kalau awak tak pakai kondom, saya akan mengandung....
Leman: Oooo...

Lima tahun berlalu... Kisah tersebut masih dalam ingatan Leman. Tetapi masih ada perkara yang masih diragukan... Lalu Leman mencapai telefon dan mendail nombor hanphone pelacur itu.

Leman: Hello... Saya Leman, Ingat Lagi? Lima Tahun dulu saya ada booking awak....
Pelacur: Ye.. Ye.. Ingat... Kenapa?
Leman: Saya nak tanya sikit, bila boleh saya tanggalkan kondom ni?

hidup penuh duka

tertekannya i skrg ne...rasa dunia dah musnah....i decide nak bhenti kerja...nekad.....mmg bangga kerja kat sini....sykt minyak katakan...tapi dh x tahan dgn kaki2 pgampu yg hanya tau kpentingan diri and sggp mrosakkan periuk nasi org...nape la kejam btl org skrg ne....doa kat tuhan agar cepat2 la panggilan tok interview kerja lain....dh tak tahan kat sini...ini paksa diri dtg....entah la...i dh cukup baik bantu and tolong...x minta simpati or blsan...but plz respect ne...ini tak....apa i cakap mereka buat tak tau je....mcm i x ada prasaan.....yg sedihnya...baik sggh kat depan i but d blkg i mgumpat mcm pertandingan...sedih dplakukan mcm ne.....tak tahan nak tempoh...rs nak terjun bangunan lebih baik....hidup i dah musnah sama skali.....rasa x guna bbaik ngan siapa pun sbb x dhargai!

Monday, December 13, 2010

Surat Rasmi - Cara Minta Kawin Lagi

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada
3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang
akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura
binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan
komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita
masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita.
Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama
saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis,
terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye
rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya
dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan
kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini
hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat
menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah
besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika
dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum.
Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain
kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan
ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki
sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di
perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja
yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan
akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan
bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan
lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak
ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan
terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan
permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi
kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya
ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan
tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan
periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang
menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah
senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi
kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang
sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya
ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya
dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan
belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

Thursday, December 9, 2010

kongsi

Diam Ketika Makan
Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : "Ayah, di..."Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!"

Cucu & Atok
"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."
Atuk: "Tak sama apanyerr???"
Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"
Atuk: "?...?...?...?...?...?"

Biawak
Semasa saya berjalan-jalan di tepi sebuah jalanraya, saya ternampak seekor bangkai ditengah yang sangat busuk dan menjijikkan tetapi ianya mengenakkan! Saya yang masih belum bersarapan dan makan tengahari itu memang sangat lapar dan meleleh air liur saya melihatkan bangkai itu. Jalanraya memang lengang, inilah peluang saya untuk menikmati bangkai kucing yang sedap itu. Saya pun pergilah untuk menjamu selera. Bila saya sampai dekat bangkai tersebut, puhh..bau yang enak serta disulami dengan sayur(ulat) dan kuah(darah) yang pekat. Puhh..makan hotel saya hari ini. Setahun sekali pun susah nak jumpa makanan 5 bintang ni. Ketika saya menikmati makanan enak itu datang seeorang musang yang ingin nak join makanan tersebut. Saya yang lapar tahap maharaja ni sudah tentulah saya tak kasi. Tapi En. Musang tersebut nak jugak. Kami berebut2 tarik menarik bangkai tersebut sehingga bertaburan sayur-sayurnya. Sehinggalah satu ketika ada sesuatu melintasi di belakang kami. Ya! benda itu ialah En. Muhamad Lori. Lalu kami dilanggarnya sehingga kami pun menjadi lauk yang enak dan menyelarakan. "Hmmmm..Lauk ini lazat serta berlemak berkrim, mampu meningkat kekuatan badan dan awet muda!" Kata seorang harimau yang bernama Man Belang. Sememangnya daging biawak macam saya ni lazat sebab selama ni pun saya makan bangkai.

cara Berchating
Bila ada user tanya kat room:"kau orang dengar tak aku on lagu?" jawab:"kau ingat aku pekak ka?" Bila ada yang tanya:"apsal room ni tak meriah eh?" jawab:"ni bilik mayat da, kau nak meriah gie pasar sana" Bila ada yang tanya:"PC aku ni asik hang la,sape leh tolong aku?" jawab:"kau campak je PC kau tu kat sungai"

Ayaq Dalam Besi, Api Dalam Kaca

Pada satu hari di tahun 60an ada satu perkampungan di Utara Malaya. Kampung ni tak dak bekalan karen dan ayaq. Kat kampung tu tinggailah satu keluarga yg miskin, Awang, dan mak dia, Cik Kiah. Menyedari depa ni miskin Cik Kiah selalu memotivasi anak dia supaya belajaq betui-betui utk masa depan yang lebih vogue dan anggun. Apabila menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha dan kesabaran, Awang telah berjaya didalam pelajaran. Dengan kelulusan yg ada, Awang telah berjaya dapat keja dengan gomen tapi masalah dia tempat keja dia tu kat Penang. Sayu gak hati dia nak tinggai Cik Kiah sorang sorang. yalah takut gak nanti org tackel mak dia..sapa susah ? dia gak nanti yg susah tak pasai pasai dapat bapak tiri... "Mak, bolehkah Cek pi keja kat Penang tu ?" kata Awang. "Cek risaulah kat mak" sampuknya lagi. "La, kalau kat mak hang nak risau tak payah la, mak tau la nak jaga diri mak. Kalau setakat makan pakai tu bukan mak tak tau nak buat, hang pi lah, utk masa depan hang gak," balas maknya. "Lagipun bukan senang o nak dapat keja dengan gomen, hang carilah satu kampung mana dapat, hang ni kira campian oo" kata maknya bangga. " T. Q mak, Awang janji takkan lupakan mak, kalau free free tu Awang akan bawak mak pi sana" kata Awang janji kat mak dia. Maka dengan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Penang. Di sana gomen dah sediakan tempat tinggai (kuarters) utk dia. Berbeza dengan keadaan di kampung dia, segala infrastruktur yang lengkap memang terdapat kat kuartes dia duduk tu. "Wah selesanya" kata Awang. "Aku musti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit kesofisikated tempat ni" bisik Awang. Setelah sebulan di perantauan, Awang pun baliklah ke kampung dia. Balik bercuti la tu. Sampai saja di rumah, mak dia melompat lompat tengok anak dia dengan dressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock la ni). Kerinduan Awang dengan mak dia pun terubat setelah depa berjumpak. "Mak, siok la dok kat Penang, macam-macam ada. Mak tau dak kat sana kan ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca" kata Awang mengklentong mak dia. "Apa dia? ayaq dalam besi, api dalam kaca ? Awang oi hang bawak la mak pi tengok teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu" kata mak dia tergedik-gedik dan sugguh-sungguh. Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Penang. Seronoknya Cik Kiah tak terkata maklumlah tak pernah ke Penang sebelum ni. Dalam perjalanan macam macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang. Sampai temonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan mak dia ni. Sesampai kat rumah tercanggak-cangak Cik Kiah bila dok dalam rumah Awang, ada radio, ada kusyen dll. Woih memang seperti yang pernah di cerita oleh Awang, memang canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa. Proudla.. Cik Kiah dengan semua benda-benda tu. "Balik nanti bolehlah aku habaq kat semua org kampung" bisiknya. "Eh Awang hang kata nak tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia ?" bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik. " "Ni ha dia api dalam kaca tu" sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang dalam rumah tu pun menyalalah. "Eh baik-baik satni meletup pulak kaca tu" kata Cik Kiah dengan nada yang takut-takut tapi terpesona. "Eh dak aih mana boleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca, la ni mak tak payah susah-susah pasang pelita bila malam" kata Awang meyakinkan mak dia. Oh kini tanda tanya Cik Kiah ttg api dalam kaca sudah terjawab. "Memang aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni" kata Cik Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah dll yang pasti akan terpegun den terkezutt nanti. "Awang oi... tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi mana pulak ?" kata Cik Kiah tak sabaq sabaq. "Tu ha, ayaq dalam besi tu" tunjuk Awang kepada satu kepala paip dalam toilet rumah dia. "Oh ayaq dok dalam besi ni, jadi takyah la mak susah susah cedok ayaq kat telaga noo ??" kata Cik Kiah semakin bangga. Bertambah lagilah modai nak klentong jiran jiran kampung dia nanti. "Eh mak, Cek lapaq la, la ni Cek nak pi kedai sat beli makanan, mak dok sat, sat ni cek balik la", kata Awang. "Tak pa la, pi lah, mak pun nak sembahyang ni" jawab Cik Kiah. Setengah jam kemudian baliklah Awang dengan bekalan makanan. Masuk aja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex aja. "Ha, mak dah sembahyang ka ?" tanya Awang. "Dah" jawab Cik Kiah. "Ni nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat? tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau ?" tanya Cik Kiah lagi. "Telaga? mana ada telaga dalam rumah macam ni? kat kampung kita ada la" tanya Awang. "Ni apa dia ? bukan ka tu telaga kecik ? cuba hang pebesaq sikit telaga tu taklah payahla mak ka, hang ka, nak ambik ayaq nanti" kata Cik Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet rumah Awang. La Usurpadora... Awang seakan akan terpengsan bila mendengar penerangan mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia cedok ayaq dalam "telaga kecik tu" uwaaaaaaa. Demikian adanya.Rahsia Menangkap IkanAda seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."

Budak kecil, lelaki tua dan cokelat

Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi. Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah, "Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit" Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri. "Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!" Si budak berkata,"Datuk saya ada nasihat juga." "Dia pun kata jangan makan makanan ringan?" "Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN"

Wednesday, December 8, 2010

BAHANA MULUT CELUPAR

Panggilan telefon di tengah malam itu memang mengejutkan aku. Tanpa berlengah lagi aku terus bergegas menuju ke rumah Dinie, iaitu kawan karibku. Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam itu langsung tidak memenatkan diriku. Malah rasa mengantukku serta-merta hilang sebaik sahaja aku teringatkan keadaaan yang menimpa Dinie. Aku mahu segera sampai ke rumah Dinie. Setibanya di sana, aku melihat banyak kereta memenuhi perkarangan rumah Dinie. Aku bagaikan tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh ibu Dinie sebentar tadi. Menurut ibunya, sejak balik dari Gua Musang seminggu yang lalu keadaan Dinie agak berlainan. Aku menjadi tidak tentu arah, seolah-olah ada sesuatu yang menghantui fikirannya. Ada kalanya Dinie meracau-racau tidak menentu hala. Kata ibu Dinie lagi, tiga hari selepas itu, rambut Dinie tiba-tiba gugur seperti licinnya tempurung kelapa yang dimesin. Bulu kening dan bulu mata Dinie juga luruh sepeti gugurnya daun getah semasa musim kemarau. Dalam keadaan dirinya yang tidak terurus itu, Dinie juga meracau dan mengamuk tidak keruan. Semakin hari keadaan Dinie semakin parah. Wajahnya juga tidak secantik dulu. Pipinya cengkung sehingga menampakkan tulang pipi, dagu, rahang, dan dahi. Matanya bulat menonjol dan asyik meliar memandang ke kiri dan kanan. Apabila ditinggalkan keseorangan Dinie akan menjerit-jerit meminta ditemani. Dinie berasa seram sejuk apabila keseorangan. Tubuhnya serta-merta menggeletar. Dia bukan sahaja terbayang-bayang lembaga hodoh yanng cuba mencekiknya, bahkan terngiang-ngiang di telinganya apa yang telah di ucapkan ketika berada di dalam gua tersebut. Sebelum memulakan pendakian, aku sudah berpesan supaya dia menjaga setiap tutur katanya. Tambahan pula, gua tersebut dikatakan 'keras' kerana didiami oleh penunggu rimba. Namun, dia berdegil dan menganggap perkara tersebut karut. Sepanjang pendakian, mulut Dinie tidak henti-henti mengomel serta mencela setiap objek yang terdapat di dalam gua itu. Sudah puas aku menasihatinya, namun semakin dilarang semakin menjadi-jadi pula.
"Alahai... kelakarnya rupa dia. Kalau jadi boyfriend aku, aku lari tengah malam ni. Kalah rupa Jim Carey dalam cerita The Mask. Kah.. kah.. kah.. Bapak aku dua puluh kali ganda lagi 'handsome' !" Kata Dinie sambil ketawa."Eh..kau ni jangan celupar sangat. Jaga-jaga sikit mulut kau tu, kita ni kat tempat orang, " nasihat aku. "Alah .. tak ada bendanya, kau tu percaya sangat dengan karut-marut ni. Lagipun benda ni bukannya hidup. Tak ada maknanya kita takut," tambah Dinie lagi. "Engkau ni kalau cakap biar berlapik, nanti sebab mulut badan binasa. Aku tak campur...", balas aku pada Dinie sambil mengelengkan kepala. "Ye lah tu.. cakap biar berlapik, sebab dek mulut badan binasa. Aku tak campur.... he.. he..he..", jawab Dinie sambil mengejek-ejek cakapku. Sehari selepas pulang dari gua tersebut, Dinie mula berasa keanehan. Setiap kali dia cuba melelapkan mata, dia akan terbayang wajah lelaki yang melatari dinding gua tersebut. Wajah lelaki yang dikatakan hodoh seperti Jim carey dalam The Mask sentiasa bermain-main di kelopak matanya.Adakalanya dia seakan terbayangkan wajah itu berada di sampingnya. Sejak itu tidur malamnya sering terganggu. Mimpinya sering di datangi wajah yang serupa dan berlumuran darah. Dinie menjadi fobia dengan keadaan itu. kadangkala hanya dengan bayangan wajah itu sahaja sudah cukup membuatkan dia menangis dan menjerit. Selain itu, Dinie juga menderita akibat sakit kepala yang kronik sehingga dia tidak mampu untuk melakukan apa sahaja. Kepalanya bagaikan mahu pecah dan mahu sahaja dia menghantukkan kepalanya di dinding. Doktor yang merawat Dinie juga gagal untuk mengesan puncanya. Akhirnya keluarga Dinie mengambil keputusan memilih untuk berubat secara tradisional. Kebanyakkan bomoh yang ditemui rata-rata mengatakan Dinie menderita akibat terkena sumpahan penunggu Gua Musang. Kononnya penunggu itu marah dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Dinie semasa pendakian itu. Bomoh itu menjangkakan kesakitan yang ditanggung oleh Dinie itu akan sembuh sebaik sahaja penunggu gua itu memaafkan dirinya. Dengan izin Allah, kini Dinie telah kembali pulih seperti sediakala hasil ikhtiar secara tradisional. Ini kerana keluarganya tidak jemu-jemu mencari ubat untuk menyembuhkan penyakit Dinie. Pengalaman tersebut memberi pengajaran kepada Dinie supaya berhati-hati dalam menyatakan sesuatu jika berada di tempat yang orang. Kadangkala, walaupun sesuatu benda itu tidak dimiliki oleh sesiapa, kita juga perlu menghormati semangat dan asal usulnya. Ini kerana sesuatu itu boleh terjadi dengan keizinan Yang Maha Esa. Kisah yang dialami oleh Dinie ini boleh dijadikan teladan kepada kita semua.

hantu tandas

(Kisah ini dialami oleh rakan karibku... di sebuah sekolah berasrama penuh....) Tandas asrama blok B memang sudah terkenal dengan keseramannya. Ramai senior menceritakan perihal tandas itu kepada kami (junior). Ada yang nampak kepala oranglah, tangan berbululah, dan bermacam-macam lagi. Tapi aku sama sekali tidak percaya akan cerita-cerita karut itu. Pada fikiranku cerita tersebut sengaja direka-reka oleh pelajar senior untuk menakut-nakutkan kami. Lagipun aku dibekalkan tangkal oleh nenekku. Menurutnya, kegunaan tangkal ini adalah untuk menghalau syaitan dan iblis. Tetapi, suatu peristiwa telah berlaku yang menyebabkan aku tidak mempercayai nenekku lagi.............
Pada suatu malam, aku belajar seorang diri di bilik study. Kawan-kawanku yang lain semuanya sudah balik ke dorm masing-masing. Oleh kerana aku memikirkan peperiksaan sudah dekat, aku memilih untuk terus tinggal di bilik study. Selepas beberapa jam, aku mula berasa mengantuk. Aku mengemas barang - barang dan naik ke dorm. Sudah menjadi tabiatku, sebelum tidur aku mesti menggosok gigi dan membuang air kecil. Aku berjalan seorang diri masuk ke dalam tandas. Tiba-tiba lampu seluruh blok asrama terpadam.
"Ah, blackout!!,"gerutu hatiku.
Apabila kakiku melangkah ke dalam tandas. Aku dapat melihat kelibat tubuh orang sedang menggosok gigi di hadapan cermin. Aku dengan ramahnya melemparkan senyum pada orang tersebut. Sedang aku menggosok gigi, aku terdengar bunyi yang ganjil datangnya daripada orang tersebut. Aku mula berasa takut dan memandang orang itu dengan teliti. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat orang itu menggosok giginya dengan pisau dan mulutnya berlumuran darah!
Aku terkejut. Apa lagi, tidak menunggu lama aku terus berlari meninggalkan tandas tersebut sambil menjerit. Seluruh isi asrama terjaga. Oleh kerana terlampau terkejut, aku pengsan. Apabila sedar, didapati aku telah berada di dalam bilik rawatan asrama. Aku menceritakan apa yang berlaku pada malam itu. Semua kawan-kawanku tercengang dan melopong.
Mulai dari malam itu, aku berjanji pada diriku bahawa aku tidak akan belajar sehingga lewat malam lagi.

hantu muzik

Beberapa tahun yang lalu, satu pasangan suami isteri, Wong dan Mei telah pergi berbulan madu di Pulau Toba, Indonesia. Tanpa pengetahuan Mei, Wong membeli sejenis alat muzik purba yang berharga RM400.00. Setelah mereka pulang ke rumah, Wong menggantung alat muzik tersebut di dinding dan ini tidak menyenangkan Mei. Mei berasa marah kerana suaminya membazirkan wang untuk membeli alat muzik yang disifatkannya tidak berfaedah itu. Mereka selalu bergaduh kerana alat muzik tersebut. Walaubagaimanapun, pergaduhan mereka reda setelah Mei mengandungkan anak pertama mereka. Hidup mereka kembali aman. Tetapi perkara yang menggerunkan telah berlaku. Alat muzik purba itu mula mengeluarkan muzik dengan sendirinya. Mei mula berasa takut tetapi dia tidak sedar yang muzik itu datang dari alat muzik purba tersebut. Apa yang menghairankan, muzik yang dimainkan adalah mengikut emosi Mei. Apabila dia berada dalam keadaan gelisah atau bersedih, alat muzik tersebut akan memainkan lagu yang akan menggembirakan Mei. Bukan saja Mei yang mendengarnya, malah Wong juga selalu terdengar alunan merdu muzik tersebut. Wong mula mengesyaki sesuatu.
Tetapi sekali lagi kegelisahan mereka terubat. Mei telah berjaya melahirkan bayi lelaki yang comel yang dinamakan Leong. Dipendekkan cerita, Wong dan Mei menggaji seorang pengasuh untuk mengasuh bayi mereka. Pengasuh tersebut adalah seorang yang berasal dari Indonesia. Pada suatu hari, alat muzik itu sekali lagi memainkan muziknya. Kali ini muziknya seperti untuk menyambut kelahiran bayi tersebut. Pengasuh keluarga Wong terkejut dengan apa yang didengarnya. Dia segera ke tempat tidur Leong untuk memastikan keadaan bayi itu. Alangkah terkejutnya apabila didapati seorang tua sedang mendukung Leong. Pengasuh itu mula berasa takut dan segera memanggil Wong. Apabila mereka sampai ke tempat tidur Leong, mereka dapati bahawa bayi itu berada dalam keadaan selamat.
Pengasuh tersebut dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu. Tiba-tiba dia terpandangkan alat muzik yang tergantung di dinding rumah tersebut. Menurut pengasuh itu, alat muzik itu berasal dari Batak. Ia merupakan simbol perlindungan, nasib yang baik dan keharmonian. Barulah mereka tahu bahawa orang tua yang muncul itu ialah semangat untuk melindungi dan memastikan keluarga mereka berada dalam keadaan selamat.

hantu asrama

Kisah ini terjadi semasa aku berada di dalam tingkatan satu. Waktu itu, aku tinggal di asrama. Seperti kebiasaan, pada bulan Julai setiap tahun, satu asrama mesti heboh dengan histeria dan bermacam-macam lagi. Pada masa itu, seluruh asrama berada dalam ketakutan. Pada waktu malam, kami tidak berani tidur lewat seperti hari-hari biasa. Tepat saja pukul 11.00 semuanya mesti telah berselubung di atas katil... Tetapi, pada suatu malam.......
Aku dan kawan-kawan sedang bersembang mengenai hantu yang dikatakan sedang berkeliaran di asrama kami pada masa itu. Kami yang terkenal dengan sifat berani, mengutuk-ngutuk hantu yang selalu mengacau ketenteraman kami di asrama. Sedang enak kami mengutuk, kipas angin yang sedang elok berpusing dari tadi tiba-tiba meletup lalu terpelanting!
Kami berpandangan sesama sendiri. Rasa takut menyelubungi diri.
"Apa tu??,"Adnan, kawanku bersuara"Barangkali ia marah kita mengutuk-ngutuknya tak??,"
"Ah, biarkan saja! Kalau berani, marilah!!,"Ikmal menjerit sambil memandang ke syiling.
"Sudahlah, mari kita tidur,"kataku pula. Seraya dengan itu, kami pun naik ke katil masing-masing.
Jam sudah pun menunjukkan pukul 1.45 pagi. Namun aku masih tidak dapat melelapkan mata. Begitu juga dengan rakan-rakanku yang lain. Tiba-tiba kami terdengar bunyi seperti orang berjalan di koridor asrama. Semakin lama semakin kuat. Kami bergegas keluar daripada dorm. Apabila kami sampai, bunyi tersebut hilang dan tiada apa-apa di situ. Kami kehairanan. Kami mengambil keputusan untuk masuk semula ke dorm. Tetapi, belum sempat kami sampai ke pintu, jeritan pelajar perempuan kedengaran. Kami terkejut. Seluruh isi asrama terjaga. Pelajar-pelajar form five bergegas ke asrama puteri dan azan di situ. Sesetengahnya pula mengambil surah yassin dan membacanya di dorm masing-masing. Beberapa lama kemudian, barulah kami tahu yang pelajar perempuan diserang histeria. Suara azan dan ayat Al-Quran memenuhi ruang asrama. Tiba-tiba beratus-beratus cahaya yang berupa kilat keluar dari bumbung Asrama Puteri. Setelah itu, keadaan asrama kembali tenang.
Selepas dari kejadian itu, aku dan kawan-kawan tidak berani lagi bermulut celupar. Kami percaya bahawa kejadian pada malam itu adalah disebabkan oleh kami.....

Batu Berpuaka.

Pada suatu hari, ayah saya membuat perancangan untuk pergi ke pulau langkawi memandangkan cuti sekolah [cerita ini berlaku pada Mei1995] dia pun ajak ler makbapak dier pergi sama. Kami pun sampai bla...bla...
Hari 4 kami bercadang utk. ke Telaga Tujoh. Ketika kami pergi disana kena panjat/daki bukit [entah ler aku pun tak tahu]. Sampai ditengah jalan datuk aku pening dan apabila pandang belakang jauh sangat dan mintak turun balik. Kami mula panik. Ketika sedang berehat kami ternapak batu cantik berwarna biru muda dekat tempat letak kereta [sekarang ada/tidak aku tak tau].
Kami pun ambil lebih kurang 11 batu itu utk dibuat alat hiasan rumah dan pokok bunga. Hari sudah tengahari ayah mahu pulang. Malam tu..datuk aku menyimpan batu itu didalam almari berdekatan dengan tempat tidur dia. Dia pun bermimpi...suatu hari tu. Dia menebas pokok pisang dibelakang rumah tiba-tiba namanya dipanggil 'Bakar,Bakar'(bukan nama sebenar) seperti suara seorang perempuan [nak tahu tengok filem dupa cendana macammana namanya dipanggil 'dupa,dupa' begitulah lebih kurangnya]. Dia pun mendekati suara itu. Alangkah terkejutnya,apaila dia melihat seorang puteri tersenyum sambil melambai-lambai tangan kearahnya dengan bauan yang wangi serta terapung-apung diudara [pokok jambu]. Dia tersedar dan menjerit [sepert histeria tapi tak lah sangat].
Lepas dia mengamuk tu,dia menyuruh aku dan nenek pergi tengok diluar. Alangkah terkejutnya aku seorang puteri duduk di dahan itu sambil tersenyum kearah aku. Kemudian nenek mengambil payung yang berdekatan dengan aku tetapi aku menghalang nenek berbuat demikian kerana khuatir itu manusia nenek berkata itu bukan manusia tetapi makhluk ghaib. Aku memegang parang kayu nenek ambil payung sambil menjolok-jolok ke arah puteri itu. Nenek aku ni memang pantang jumpa makhluk ghaib tetapi dia mempunyai ilmu kekuatan. Dia bertempur dengan nenek entah berapa minit entah. Aku rasa ada 'can' kalau aku menyerangnya dari belakang. Aku naik keatas tangga kayu kemudian hendak membunuh puteri itu dari belakang tetapi tidak kena dia tidak sedar bahawa aku ada dibelakang dia tiba-tiba ternampaklah satu pancaran bintang-bintang turun ke tanah keluarga aku hanya mampu menengok melainkan datuk. Bintang-bintang itu membentuk seperti puteri itu juga, aku bilang lebih kurang 10 orang puteri masa tu. Apalagi seisi keluarga turun membawa parang,kayu dll. Tiba-tiba puteri itu menoleh ke arah belakang dan bergabung membentuk boleh digambarkan seperti raksasa ngeri dibuatnya. Kami cuba melawan makhluk itu setiap kali mendempangkan tangannya ke arah kami. Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.Aku teringkat akan batu itu kemudian aku ambil dirumah dan berikan pada datuk. Datuk segera menunjukkan batu itu ke arah makhluk itu kemudian makhluk itu keluar menjadi puteri balik kemudian mengundur kebelakang.
Tiba-tiba seorang daripada mereka berkata 'Kami akan kembali' datuk membaling batu ke arah mereka kena,tapi selepas itu mereka ghaib.
Keesokkanya kami berjumpa dukun untuk bertanya tentang tragedi semalam. Dukun berkata batu itu tempat puteri-puteri masa kecil dahulu bermain. Tetapi meningkat dewasa mereka dituduh mencuri batu itu. Kemudian mereka dijatuhi hukuman mati. Kini mereka hendak menntut balik barang kepunyaan mereka tetapi tidak boleh kerana batu itu datuk aku dah baca doa maka tak bolehlah.
Sekarang batu itu masih dalam tangan datukku dan keluarga ku. Kita akan saksikan kisah selanjutnya tentang puteri itu muncul kembali 3 tahun selepas itu pada masa-masa akan datang dan saya akan cerita kisah yang lain pula.

Bilik Aneh Di Rumah Atuk

Setiap kali hujan lebat dimalam Jumaat, aku pasti terkenang kejadian ngeri dirumah datukku. Kejadian ini berlaku kira-kira 13 tahun yang lalu. Aku masih ingat tarikhnya iaitu pada 13/3/86. Waktu itu cuti sekolah. Aku tinggal bersama datukku disebuah kampung pendalaman di negeri Pahang. Datukku memang seorang pawang yang terkenal. Walaupun rumahnya agak jauh dipendalaman, tetapi ramai orang datang kerumahnya untuk mendapatkan ubat dan rawatan secara tradisional. Setiap kali dia mengubati orang dia akan masuk kesebuah bilik kecil yang hanya diterangi oleh cahaya lilin. Tiada siapa yang dibenarkan masuk kecuali dia seorang walaupun pesakit itu sendiri. Sewaktu dia didalam bilik, kami yang diluar akan mendengar suara seperti orang berbual dalam bahasa yang tidak difahami. Apabila dia keluar dia akan membawa sebotol air. Katanya air itu adalah ubat buat sipesakit. Entah dari mana datangnya air itu, aku sendiri tak pasti kerana setahu aku dirumahnya cuma terdapat satu paip air iaitu di bahagian dapur.
Datukku memang sudah lama tinggal sendirian. Aku sendiri tidak pernah melihat wajah nenekku. Katanya nenekku meninggal sewaktu aku masih kecil lagi. Dia tidak akan menerima sebarang pesakit pada setiap malam Jumaat. Katanya dia ingin menghabiskan malam Jumaat dengan beramal. Dan pada setiap malam Jumaat aku dihantar kerumah Pak Cik ku yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Katanya dia tidak mahu diganggu.
Pada 13/3/86, hujan turun begitu lebat sekali dengan kilat dan guruh yang sabung-menyabung. Malam itu dia tidak dapat menghantar aku kerumah Pak Cik ku. Selepas masuk waktu maghrib, dia berpesan kepadaku supaya tidak menganggunya dan menyuruh aku membuat kerja sendiri didalam bilik bersebelahan dengan bilik kecil tempat dia beribadat. Aku tidak membantah. Sepanjang waktu itu aku terdengar datukku mengaji dan membaca Yassin. Aku tidak mengesyaki sesuatu sehingga lah kira-kira jam 9:30 malam apabila aku terdengar datuk seperti berbual dengan seseorang didalam biliknya dengan bahasa yang pelik. Tapi cuma suaranya sahaja yang kedengaran. Tiba-tiba aku terdengar datuk melaungkan azan disertai dengan dentuman guruh yang begitu kuat sekali. Aku tersintak. Segera aku keluar dan mengetuk biliknya. Datuk seolah-olah tidak memperdulikan aku. Aku cuba membuka pintu biliknya tetapi dikunci dari dalam. Aku terus mengetuk.
Tidak lama kemudian, datuk membuka pintu. Mukanya bengis. Matanya merah menyala. Dia memandang aku dengan satu pandangan seolah-olah ingin menelanku hidup-hidup. Aku terkedu. Dan mengundur beberapa langkah. Mungkin datuk faham perasaanku ketika itu. Dia tidak berkata sepatah pun. Dia terus menuju kepintu hadapan. Sebelum dia melangkah keluar didalam hujan lebat dia berpesan supaya jangan sekali-kali aku masuk atau cuba mengintai bilik kecilnya. Aku cuma mengangguk.
Setelah dia pergi, hati ku terus tertanya-tanya apa yang ada didalam bilik kecilnya itu sehinggakan tiada sesiapa yang dibenarkan masuk atau melihat isi dalamnya. Kerana rasa ingin tahu yang teramat sangat, aku tidak mengendahkan amarannya. Dengan perlahan-lahan aku menolak pintu biliknya. Suasana didalamnya terasa sejuk dengan cahaya api lilin yang berbalam-balam. Seluruh ruang bilik itu dipenuhi dengan bau keminyan. Lilin besar berwarna hitam didalam bekas tembaga diletakkan diatas para yang dilapik dengan kain hitam. Sebelahnya terdapat satu lagi bekas tembaga yang bertutup. Aku memerhati disekelilingku. Tidak ada satu perabut pun. Cuma sekeping tikar mengkuang lama dan bekas pembakar keminyan sahaja yang kulihat. Hati tu berdetik untuk melihat isi kandungan bekas tembaga yang bertutup tadi. Dengan perlahan-lahan aku membuka tutupnya. Tidak semena-mena satu cahaya kilat memancar disertai dentuman guruh yang amat kuat memekak telingaku. Aku tersangat terkejut sehingga tutup tembaga terlepas dari tanganku. Disaat itu juga aku terdengar satu bisikan ditelinga kiriku. Bulu romaku meremang. Aku bingkas bangun dan berlari keluar. Keadaan diluar gelap gelita. Mungkin kilat tadi telah menyambar kotak fius rumah datukku. Aku semakin kecut. Aku seakan-akan terdengar suara hilaian dari atas bumbung rumah. Tiba-tiba pintu bilik datukku tertutup dengan kuatnya seperti ditiup angin. Keadaan menjadi semakin gelap. Aku mengucap dan membaca segala ayat-ayat suci yang terlintas difikiran. Disaat itu juga aku terdengar seperti ada orang sedang memijak tangga dapur disertai dengan bau bunga melur bercampur dengan bau keminyan. Aku semakin panik. Aku menoleh kedapur dan terlihat sehelai kain putih yang terawang-awang di pintu dapur. Suara hilaian diatas bumbung semakin menjadi-jadi. Ketika itu aku sudah hilang pertimbangan. Aku terus berlari kepintu hadapan. Malangnya kaki ku tersangkut sesuatu. Aku tersungkur. Aku cuba bangun tetapi kesakitan menghalang aku berbuat demikian. Aku terasa ada sesuatu mencuit bahu kananku. Aku terus menoleh. Apa yang aku lihat sungguh mengerikan. Ada sekujur tubuh budak perempuan yang teramat kurus berdiri tegak disebelahku. Oleh kerana jarak antara kami begitu dekat aku dapat melihat matanya besar dan bulat tetapi tidak ada mata hitam dan baunya sungguh busuk seperti bau bangkai. Semangatku terus hilang.
Apabila aku tersedar, aku telah berada dikatil hospital. Ibubapa dan datukku ada bersama. Mata ibuku merah mungkin kerana terlalu banyak menangis. Katanya aku telah tersantar disitu hampir 4 hari. Kaki kiriku bersimen. Menurutnya datuk menjumpaiku dihalaman rumah sewaktu hujan lebat sekembalinya dari kedai untuk membeli rokok daun. Ibu diberitahu oleh datuk yang aku mungkin terjatuh dari tangga ketika aku cuba untuk kerumah pakcikku diwaktu hujan. Katanya lagi mungkin aku takut tinggal sendirian ketika itu waktu keadaan rumah yang gelap dan hujan lebat. Aku tidak pasti samada datuk menceritakan perkara yang sebenarnya.
Datuk tidak pernah menanyakan peristiwa yang berlaku sehinggalah dia menghembuskan nafas yang terakhir 6 tahun lalu. Cuma satu pesanannya yang aku ingat sehingga sekarang. Hendaklah kita mematuhi segala pesanan orang tua untuk kebahagian diri sendiri dan orang-orang yang disayangi dan menyayangi diri kita ini.

Kisah Di Hostel

Assalamualaikum.... aku ada cerita nak kongsi ngan kengkorang semua... cerita nih dialami sendiri oleh abang angkat aku dan kawannya masa zaman sekolah dulu... (sekarang nih aku dah blaja kat U). Dulu aku blaja silat, begitu gak ngan abang angkat aku.. kitorang dulu sekolah asrama penuh, biasa la... famous ngan cerita-cerita hantu. Masa tu aku form 2, abang aku form 5. Kira senior la nih... dia la yang ganti cikgu ngajar bebudak junior silat. Satu malam tu... masa tengah buat latihan silat.. lebih kurang pukul 12 lebih.... dia nak buat latihan silat olahrag.. saja nak test power. Kebetulan cikgu kitorang ada... so apa salahnya mintak tunjuk ajar lebih sikit, lagipun kitorang ada pertandingan silat olahraga tak lama lagi. So dia dengan kawannya pun balik la ke hostel kejap nak ambik pad dan barang-barang lain. Masa dia balik tuh, tengah syok berborak ngan kawan dia.. ada la sorang budak pompuan pakai baju putih tak bertudung lalu menuju arah bersetentangan.... kira macam budak ni dari hostel la kiranya....Diorang pelik la pehal lak ada budak pompuan jalan memalam, tak pakai tudung pulak tuh.... tau la budak sekolah sains kan... korang pepaham je la. Bila budak pompuan tuh dah jauh sikit diorang bercakap la pasal budak pompuan tu.. pect apa-apa pun. Then tetiba dua-dua tersenyap... Budak pompuan yang sama lalu untuk kali kedua dari arah hostel... terkujat diorang.... tapi diorang tak lari mencicit la.. kira berani la jugak.. budak silat... yang part seram sikit tuh, budak pompuan tu siap senyum pulak kat diorang, macam tau2 je yang diorang cakap pasal budak pompuan tuh tadi. Daripada hostel tuh diorang paksa lagi 2-3 orang kawan diorang ikut sekali gi latihan silat. Takut jumpa lagi budak pompuan tuh gamaknya. Degar cerita yang selalu kena kacau ngan hantu budak pompuam nih bebudak laki jek. Ntah kenapa....
Aku pun banyak cerita hantu nak cerita kat korang semua... nanti la...kang aku tolong collect cerita hantu yang penah berlaku kat kengkawan aku lak.

Hantu Telefon

Kali ni aku nak cerita pasal kisah hantu di hostel sebuah universiti tempatan. Idak ler seram sangat sampai hantu tu menunjuk muka... tapi kira cara halus ni la yang buat orang bertambah suspen. Ceritanya pendek jer... benda ni berlaku kat hostel perempuan.. masa tu girlfriend kawan aku baru balik discussion. Biasa la.. budak U. Malam tu room mate dia takde, buat assignment ngan kengkawan dia yang lain. Dia dah tak kisah dah sebab dah biasa kena tinggal. Entah kenapa malam tu dia terasa mengantuk sangat padahal waktu tu kira masih awal untuk dia tidur. Dia tidur kat katil tingkat atas. Dia tidur katil double decker, kat tingkat atas. Biasanya kalau dalam bilik tuh dia la operator telefon... sebab biasanya ramai yang tukang telefon dia... Petang tu dia ada la buat panggilan. Okay jek... Esoknya bila dia bangun, dia tengok atas meja gagang telefon dia dah tercabut. Dia ingat room mate dia tak boleh tido sebab telefon selalu berdering peh tuh cabut gagang telefon. Tapi pelik la jugak.. biasanya orang kalau nak cabut pun dia cabut wayar belakang, tapi nih cabut wayar gagang telefon. Ah, lantak la.. dia fikir. Lepas tu room mate dia masuk. Baru balik. Dia tanya la kenapa kawan dia tu cabut wayar gagang telefon. Kawan dia terkejut sebab dia baru balik dari bilik kawan yang satu course ngan dia. Dia tidur kat sana. Yang minah nih terkejut la... sapa pulak yang cabut wayar gagang telefon nih? Nak kata dia tak kunci bilik... bilik diorang nih memang takleh bukak dari luar... unless kalau ada kunci. Nak kata dia mengigau..... dia la yang paling rajin nak angkat tipon.. lagi pun takkan dia boleh terfikir nak cabut wayar gagang telefon... (gagang telefon terletak jauh dari telefon dan dalam keadaan terlentang). Paling tidak angkat gagang telefon letak tepi atau cabut wayar telefon tu sendiri. Aku tak tau la benda apa yang mengganggu dia... tapi dah dua kali dia alami benda yang sam sejak baru bukak semester kedua nih.

BIDAN PUAKA

Pengalaman seram yang ingin aku kongsi bersama kalian adalah satu pengalaman yang mungkin tidak akan ku lupa sepanjang hayat. Waktu itu aku mengikut kawanku balik kekampungnya disatu daerah berdekatan dengan Kota Baru, Kelantan. Waktu itu cuti penggal persekolahan dan kebetulan pula musim durian. Menurutnya dusun datuknya memang banyak pokok durian. Aku terus bersetuju kerana aku memang penggemar durian.
Kami tiba dikampung pada petang Sabtu setelah semalaman didalam perjalanan menaiki keretapi. Sesampai sahaja dirumah kami telah disambut mesra oleh keluarga kawanku. Mereka sungguh ramah, meskipun aku menghadapi kesukaran untuk memahami setiap patah perkataan yang dituturkan. Setelah berehat seketika, kawanku mengajak aku mandi disungai yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Waktu itu hari sudah lewat petang. Ibunya melarang kami pergi kesungai kerana hari sudah hampir gelap. Tetapi kami tetap berdegil untuk mandi disungai. Lagi pun jarak sungai dengan rumahnya lebihkurang 500 meter sahaja. Kalau kami melaung pun boleh didengar. Begitulah kata kawanku kepada ibunya. Ibunya hanya menggelengkan kepala melihat gelagat kami tetapi menyuruh kami balik semula sebelum 7:30.
Sebaik sahaja kami menuruni tangga rumah, adik kawanku yang berumur dalam lingkungan 9 tahun berpesan kepada kami supaya balik sebelum hari gelap kerana sekarang ni orang kampung tengah heboh memperkatakan tentang hantu tok bidan yang berkeliaran dikampung itu pada waktu malam. Meremang bulu romaku apabila mendengar pesan adiknya itu. Mahu sahaja aku membatalkan niat untuk mandi disungai. Tetapi kawanku sedikit pun tidak mengendahkan kata-kata adiknya itu. Dengan hati yang berat, aku mengekori kawanku dari belakang. Mataku liar melihat semak-semak dikiri-kanan. Ketika itu matahari sudah hampir terbenam. Cahaya kilauannya berbalam-balam dipermukaan air. Aku merasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada sepasang mata yang sedang memerhati gerak-geri kami. Sesampai sahaja digigi sungai, kawanku terus terjun. Kocakkan airnya mengenai tubuhku. Terasa dingin sungguh. Aku turun keair dengan berhati-hati. Perasaanku merasa tidak tenteram. Ada sesuatu sedang memerhati kami. Aku memberitahu kawanku supaya cepat naik dan balik. Tetapi aku diketawakan. Katanya aku ini pengecut sangat. Katanya lagi adiknya cuma bergurau. Sedang kami leka mandi, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu benda jatuh kedalam air tidak jauh dari tempat kami. Masing-masing senyap dan berpandangan sesama sendiri. Keadaan manjadi sunyi seketika. Cuma kedengaran suara riang-riang hutan bersahut-sahutan. Bulu romaku berdiri. Aku menggigil kesejukan. Tanpa sepatah kata, kami berdua berlari naik kedarat dan terus mencapai barang-barang dan berlari kerumah. Ibunya hairan melihat kami termengah-mengah apabila sampai kepintu dapur. Adiknya cuma tersenyum menyindir. Aku memberitahu mereka apa yang telah berlaku. Ibunya cuma tersenyum mendengar ceritaku. Menurutnya mungkin dahan dari pokok kayu yang jatuh kedalam sungai tadi. Tetapi adiknya pula mengingatkan kami tentang hantu tok bidan yang diceritakannya sebelum kami kesungai tadi. Aku sendiri kebingungan. Kalau dahan kayu yang jatuh, tidak mungkin bunyinya sekuat seperti mana yang kami dengar.
Selepas makan malam, aku duduk berehat diruang tamu bersama adiknya. Aku mengambil kesempatan ini untuk mengetahui akan lebih lanjut lagi cerita hantu tok bidan yang diceritakannya petang tadi. Menurut katanya, ada seorang perempuan tua yang tinggal dikampung yang berdekatan baru meninggal dunia. Orang-orang kampung memanggilnya Tok Bidan kerana dia seorang bidan kampung. Semasa dia dalam keadaan nazak, keadaannya amat tersiksa. Dia sentiasa kehausan. Entah berapa banyak air yang diberi, dia tetap kehausan. Sehinggalah dia menghembus nafas terakhir, dia meronta-ronta minta diberikan air. Menurut orang kampung semasa hayatnya, dia telah banyak melakukan dosa seperti menggugurkan kandungan secara haram dan melakukan pemujaan untuk meningkatkan lagi ilmu kebidanannya. Menurut mereka lagi, dia ada membela hantu raya. Pernah beberapa kali orang-orang kampung terserempak dengannya merayau-rayau diwaktu malam dengan keadaan tubuhnya yang bongkok. Tetapi pada waktu yang sama ada juga orang-orang kampung yang sedang berubat dirumahnya. Setelah meninggal dunia, orang-orang kampung menghadapi berbagai masalah untuk menguruskan mayatnya. Sewaktu mayatnya hendak ditanam, hujan turun dengan selebat-lebatnya dan liang lahatnya terpaksa digali berkali-kali kerana tanah runtuh akibat hujan yang amat lebat dan bacaan talkin cuma dihadiri oleh beberapa orang sahaja kerana keadaan cuaca yang buruk pada waktu itu. Pada sebelah malamnya, orang-orang yang lalu-lalang berdekatan dengan kawasan tanah perkuburan seakan-akan terdengar suara orang sedang meratap disertai dengan bau yang amat busuk. Pada malam yang sama juga beberapa buah rumah telah diketuk pintu berkali-kali dan apabila dibuka, tiada sesiapa diluar. Jika dibiarkan, ketukan pintu menjadi bertambah kuat dan bau busuk memenuhi ruang rumah. Badanku terasa seram sejuk apabila mendengar cerita adik kawanku itu.
Jam baru menunjukkan pukul 10:30. Keadaan sekitar terasa sunyi. Cuma bunyi cengkerik dan jam dinding yang kedengaran. Mataku pun sudah terasa berat. Kawanku sengaja mahu menyakatku. Dia menyuruh aku tidur didalam biliknya manakala dia hendak tidur diruang tamu. Aku terus tidak bersetuju. Apa lagi setelah mendengar cerita dari adiknya sebentar tadi. Katanya dia cuma bergurau. Kami sama-sama tidur didalam bilik. Tempatku bersebelahan dengan daun tingkap. Oleh kerana terlalu mengantuk, aku tidak peduli, asalkan dapat tidur. Entah pukul berapa, tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi ketukan halus dari luar daun tingkap kayu disebelah aku. Aku tetap memejamkan mata tetapi jantungku berdegup laju. Ketukan tadi menjadi semakin kuat disertai dengan bau seperti bau bangkai yang teramat busuk. Aku menahan nafasku dan berpaling dari arah daun tingkap. Aku cuba mengejutkan kawanku. Tetapi dia tiada disebelah ku. Mungkin dia tidur diruang tamu. Jantungku berdegup laju. Peluh sejuk membasahi tubuhku. Daun tingkap terus diketuk dan digoyang. Aku menjadi kaku. Tiba-tiba aku terdengar suatu suara halus menyuruhku membuka tingkap. Katanya dia ada membawa anak kecil. Dia hendak menumpang minum air. Aku menjadi bertambah kecut. Aku tidak mempedulikannya. Ketika itu aku telah berada dihujung katil diselimuti gebar sambil memeluk bantal. Suara yang halus tadi bertukar menjadi serak dan akhirnya menjadi parau. Katanya lagi kalau aku tidak mahu membuka tingkap, dia tetap akan masuk untuk mencari air. Waktu itu cuma tuhan yang tahu bagaimana perasaanku. Dengan tiba-tiba aku terasa seperti ada angin lembut bertiup dimukaku dan pada waktu yang sama tiba-tiba daun tingkap terbuka luas. Apa yang aku lihat sungguh menggerunkan. Diluar tingkap kelihatan seorang perempuan tua tersengeh memandangku. Dengan giginya yang jarang dan merah serta rambutnya yang penuh uban mengurai. Dia menghulurkan sebelah tangannya kepadaku manakala sebelah lagi memegang janin bayi. Pandanganku menjadi kelam, cuma yang kudengar ialah suara parau yang menggigil-gigil menyebut perkataan "air" berkali-kali.
Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil dan bunyi daun tingkap dibuka. Cahaya matahari pagi menyucuk mataku. Rupa-rupa hari sudah siang. Kawanku mengajak aku bersiap untuk kedusun durian datuknya. Aku terpinga-pinga. Dalam perjalanan kedusun aku bertanya kepada kawanku adakah dia tidur diruang tamu malam tadi. Dia mengaku. Katanya dia tidak dapat tidur dibilik kerana panas. Katanya lagi waktu itu aku sedang nyenyak dibuai mimpi. Aku bertanya kepadanya lagi adakah tingkap bilik terbuka atau tertutup sewaktu dia masuk kebilik pagi tadi. Katanya tertutup. Dia menyoalku kembali, kenapa aku banyak bertanya. Aku cuma menggelengkan kepala sambil berkata tidak ada apa-apa. Sehingga kehari ini aku tidak pasti adakah kejadian ngeri itu benar-benar berlaku, atau cuma aku yang bermimpi. Bagiku setiap detik yang berlalu ketika kejadian itu memang seperti ianya benar-benar berlaku.

Kereta Busuk

Cerita ni dah lama jugak, masa tu aku tingkatan satu. Nak cerita secara detail aku pun tak berapa ingat cerita ni. Cerita yang aku nak cerita ni pun takdelah seram sangat pun, tak taulah aku kalau ada daripada pembaca yang rasa seram jugak. Masa tu aku ingat lagi kecoh kat sekolah aku pasal ada sebuah kereta Proton Saga Aeroback yang dijual dengan harga murah, tak sampai RM 500 pun. Memang murah gila, yelah mana nak dapat kereta murah macam tu dan masih baru lagi. Kereta tu second hand tapi baru je pakai beberapa bulan dan pemiliknya telah menjual pada satu kedai kereta terpakai. Tapi kereta tu takde seorang pun mahu membelinya. Heran bukan? Memang heran pun aku sendiri pun heran, mesti ada udang disebalik batu.
Sebab musabab kereta tu tak laku bukannya kerana dah tak boleh digunakan atau rosak, kereta tu masih sempurna lagi dari segi zahir dan batinnya… cewahhh. Tapiiiiiiii ni aku nak kaboo ke mung ni (terengganu pulak aku ni) bila bukak je pintu kereta tu, peeehhhh mengeluarkan satu bau yang amat busuk, masyaAllah tak taulah nak kata macammana dia punya busuk, aku rasa bau taik aku pun kalah. Memang busuk sangatlah. Itulah puncanya kereta tu tak laku. Nak ikutkan puas juga orang kedai tu bersihkan, macam-macam jenis syampu pakai tapi memang bau tu tak mahu hilang jugak.
Ceritanya macamni, aku pun ingat-ingat lupa sebenarnya. Lebih kurang macam ni la, pada suatu hari pemilik kereta asal ni balik dari kerja (nak mudahkan cerita aku bagi nama kat pemilik ni Zues lah, senang sikit tapi bukan nama sebenar), si Zues ni balik pada hari ni agak lewat sikit, yelah banyak kerja la katakan pada hari tu. Dalam perjalanan pulang si Zues akan melalui satu tanah perkuburan, memang tiap-tiap hari dia ikut jalan tu. Tapi dah biasa agaknya si Zues ni takdelah rasa apa-apa lalu kat situ. Kebetulan selepas saja melalui tanah perkuburan tu ada seorang wanita tahan kereta si Zues ni, masa tu lebih kurang pukul 8:30 malam. Pada mulanya si Zues ni tak mahu berhenti yelah dah malam-malam macam tu, entah kenapa pulak hati dia ni tergerak pulak nak berhenti. Si Zues menekan butang auto windowsnya,
"Nak kemana ni cik adik?", tanya Zues pada wanita tu.
"Saya nak baliklah bang, dari petang tadi saya tunggu bas, takde satu pun yang lalu, kalau abang tak keberatan boleh saya tumpang?", tanya wanita tersebut pada Zues.
"Emm boleh jugak, rumah cik adik ni kat mana?", tanya si Zues lagi.
"Alaa bang tak jauh pun, dekat kawasan perumahan yang dekat dengan restoren lj tu."
"Ohhh restoren tuuuu, emm kat situ nasi lemak dia memang sedap tu, emm naiklah saya pun memang lalu tempat tu", Tanpa berlengah lagi si Zues pun membuka pintu keretanya.
Wanita tadi pun naiklah kereta si Zues. Wangi jugak, ntah minyak wangi apa entah dia pakai. Si Zues tak banyak tanya dengan wanita tu, malulah tu konon yelah boleh tahan jugak lawanya. Tak sampai satu kilometer wanita tu suruh berhenti.
"Opssss, berhenti sini bang", dengan nada yang agak kuat.
"Eh! Apsal berhenti kat sini pulak? Kan ke belum sampai lagi", Zues hairan.
"Tu ha, rumah saya", dengan menuding jari kearah satu tempat.
"Takde pun?", Zues kehairanan.
"Adalah bang, takpalah saya turun sini ye, terima kasih kerana tumpangkan saya nah ambil lah kain ni tanda terima kasih saya, simpan elok-elok ye bang jangan buang pulak simpan je kat dalam kereta ni". sambil menyerahkan sepotong kain pada Zues.
Si Zues ni pun tanpa banyak tanya dia pun terima kain tu. "Oklah, Baik-baik jalan tu" dengan agak kehairanan dengan apa yang terjadi. Si Zues ni pun baliklah rumahnya dengan kain yang diberi oleh wanita tadi. Untuk pengetahuan, si Zues ni dah berkahwin.
Keesokan harinya pula, kebetulan besok tu hari minggu si Zues ni banyak menghabiskan masa dirumah bersama keluarga. Si Zues ni biasalah dah hujung minggu ni takde keje lain dia basuh kereta la, kereta barulah katakan baru je sebulan pakai, dia basuh kereta dengan bini dia. Tengah bini dia dok vacumm dalam kereta, "Eh kain apa ni bang? Wangi je kain ni, abang keluar dengan perempuan mana pulak ni bangggg???" Zues pandang pada kain tu, dia teringat pasal wanita tu, "Takdelah Nazira, semalam masa abang balik ada sorang perempuan nak tumpang, lepas tu dia bagilah kain tu tanda terima kasih, alaaa takde apa-apalah biar jelah kat situ jangan dibuang" si Zues cuba menenangkan keadaan isterinya. "Abang jangan memain dengan saya bang" dengan keadaan yang agak marah si Nazira buang kain tu kedalam tong sampah. Si Zues membiarkan saja apa yang dilakukan oleh isterinya tu, yelah karang dilarang lain pulak jadinya (takut bini jugak mamat ni). Si Nazira ni pun terus masuk ke dalam rumah meninggalkan si Zues yang sedang memegang berus, Zeus diam tak terkata apa dengan sikap bininya tu, merajuklah tu biasalah orang perempuan cemburu, cemburu tandanya sayang tu.
Berlalulah bab tu, pada keesokannya seperti biasa si Zues ni bangun pagi dan bersiap-siap nak pergi kerja. Tengah dok nak buka pintu kereta, Zues terbau bau yang sangat busuk bau tu datang dari kereta dia, bila dibukanya pintu kereta bau tu semakin kuat pulak. Terus si Zues ni panggil bini dia, "Naziraaaa!!!! Mari cepatttt!, "Ye bang" jawab bininya "Ada apa abang panggil saya?" "Kenapa kereta ni bau busuk sangat ni? Kamu basuh macammna kereta ni semalam sampai keluar bau busuk macamni?" dengan nada yang agak tinggi. "Apa pulak bang, manalah saya tahu abang yang sudahkan basuh kereta ni semalam". "Ish macammana boleh busuk macam ni?" serba tak kena si Zues dibuatnya.
Di pendekkan cerita, Zues mengambil keputusan menjual kereta tersebut setelah puas berikhtiar menghilangkan bau pada keretanya itu. Zues telah menjual kereta itu di salah sebuah kedai kereta terpakai dekat Cheras kalau aku tak silaplah. Lama jugak kereta si Zues tersadai kat kedai tu, takde sorang pun nak beli. Emm begitulah serba sedikit ceritanya, tak taulah aku apa cerita kereta tu, tapi ada jugak terdengar cerita kereta tu dah ada orang yang beli, yang beli tu pulak aku dengar cerita orang yang ada ilmu jugak la, tah macammana dia buat kereta tu pun hilang baunya.

Penunggu

Kisah ini terjadi lebih kurang 23 tahun yang lalu. Walaupun kisah ini telah lama berlalu tetapi tetap segar dalam ingatan aku. Semasa kejadian itu berlaku, aku masih bekerja di salah sebuah kilang di kampung aku, kilang ini didirikan di kawasan kebun, tetapi kawasan ni telah dimajukan untuk kawasan perkilangan. Dahulunya tanah ini adalah milik persendirian.
Pada suatu petang, lebih kurang pukul 5 seperti biasa pekerja-pekerja akan bergegas untuk pulang. Tapi pada hari tersebut agak kelam kabut kerana mengejarkan rancangan kegemaran dekat tv iaitu cerita jepun, aku pun dah lupa tajuk cerita tu. Memang cerita tu menjadi kegemaran ramai ketika itu. Dalam keadaan yang agak tergesa-gesa tu adalah sorang minah ni terjatuh tah mana silapnya aku pun tak tau, terlanggar batu kot. Kepala minah tu terkena dekat pagar, kepalanya berdarah dan darahnya tu pulak boleh tahan jugak banyaknya mungkin kena tang urat kot aku pun tak pasti, habis merah lantai kat situ dengan kesan darahnya. Keesokan harinya, minah yang terlanggar pagar tu pegi keje, heran jugak aku takkan tak cuti, tengok pada dia yang luka tu dah nampak elok, emmm camne boleh kejap sangat elok tak tau lah, masa tu dah tengahhari kalau tak silap aku, minah yang terlanggar pagar tu tetiba menjerit-jerit macam orang kena histeria. Lama jugak dia macam tu kelam kabut jugak, orang lain ingat minah ni ada problem agaknya, kesian jugak sampai menarik-narik rambut sendiri. Pengurus kilang terpaksa menghantar minah tu pulang.
Pada keesokkan harinya pulak, kejadian menjerit-jerit ni berlaku lagi tapi pada orang lain pulak lepas sorang reda kena pada orang lain pulak. Macam pesta pulak, ada yang mengilai, ada yang menjerit, ada yang ketawa, seram pulak aku tengok perangai masing-masing nasib baik aku tak kena. Kejadian ni pulak berlarutan hampir setengah bulan, ramai yang berhenti kerja sebab takut. Kalau nak ke tandas pulak nak kena berteman, yelah takut terkunci dengan sendiri sebab pernah terjadi kat aku sebelum ni, nasib baik tak jumpa apa-apa, melaung-laung jugak la aku kat dalam tu mujur ada orang yang dengar.
Setelah diselidik rupanya ada sebab apa yang telah berlaku. Cerita ini diceritakan sendiri oleh pak guard kat tempat aku bekerja tu. Dia ada melihat satu lembaga putih terbang dari pokok saga di depan kilang dan terus menjilat pada kesan darah minah yang terlanggar pagar tu. Dan pak guard tu cerita, dulu tempat ni kebun milik seorang yang kaya kat kampung ni dan dia takut hartanya di ceroboh maka dia telah menanam tengkorak di setiap penjuru kebunnya sebagai guard la tu kot. Dan bila orang tu meninggal lupa pulak dia nak halau guard dia tu, sampai la kilang tu didirikan kat situ, kira marah la penunggu tu agaknya. Konon-kononnya lembaga tu mengamukla, mengamuk kerana apa pak guard tu pun tak berapa pasti. Tapi yang pastinya semenjak dari itu lah kejadian histeria tu terjadi. Pihak atasan tidak berapa percaya dengan perkara ni. Budak-budak yang terkena histeria tu ada cerita katanya dada mereka seolah-olah dipukul dengan kepala-kepala tengkorak tanpa henti, tu yang menjerit-jerit tu.
Dan untuk menghalau penunggu tu kata sepakat telah dibuat, maka diadakan "samak" entah apa samak tu pun aku pun tak tau. Dipanggilnya bomoh tak mana-mana punya bomoh nak halau hantu tu. Entah apa yang bomoh tu meraban aku pun tak tau, selepas daripada itu kilang aku tu pun kembali aman. Lebih kurang tu la citenye, tapi banyak yang khurafat.... tak taulah aku setakat mana kesahihan kejadian yang sebenar.

Pontianak

Pengalaman ini aku lalui bersama tiga orang sahabat baikku, Azhar, Asyraf dan Halim sewaktu kami berada di Melaka. Ketika itu kami baru sahaja selesai menduduki peperiksaan STPM. Kami rasa seolah-olah baru merdeka. Dengan itu, kami bertiga buat rancangan ronda seluruh semenanjung Malaysia. Kebenaran ibu bapa sudah kami perolehi, lesen kereta aku dan Asyraf dah ada. Apa lagiiii... raya sakanlah nampaknya!
Perjalanan berkereta dari Johor Bahru tidak begitu membosankan memandangkan kami sepakat untuk tidak melalui lebuhraya. Kami bertolak pagi lagi. Destinasi pertama kami ialah Muar. Kebetulan pula, musim durian sedang 'menjadi', maka kami tak lepaskan peluang, lahap sepuas-puasnya. Sebelum tu singgah Batu Pahat sekajap, jumpa member, Rin.
Kami teruskan perjalanan ke Melaka, dan bercadang untuk bermalam di Taman Rekreasi Ayer Keroh. Sebelum itu kami singgah di Umbai, makan ikan bakar. Azhar yang memang kuat makan berjaya menghabiskan tiga ekor ikan bawal bersaiz sederhana dan empat ekor ketam besar.
Selepas makan, kami berehat mengambil angin di pantai Kelebang. Satu masa dulu, aku ingat lagi, sewaktu kecil aku selalu ke sini dengan abangku. Tapi sekarang, nampaknya pantai ini tak meriah lagi. Banyak sampai tersadai di sana sini. Apa boleh buat...
Jam dah hampir menunjukkan pukul 11:00 malam. Oleh kerana agak keletihan, kami ubah rancangan. Kami batalkan rancangan bermalam di Taman Rekreasi. Sebaliknya, kami sewa bilik di Ayer Keroh Country Village, bersebelahan Mini Malaysia. Mini Malaysia ni pun dah tak semeriah dulu... takde orang pun datang. Aku pun tak tahu kenapa. Arghhh... peduli apa semua tu. Aku nak tidur. Esok nak bangun, nak jalan lagi...
Keesokannya, aku bangun paling lambat. Dia orang ni, bangun awal pun bukannya boleh harap. Aku jugak yang ditugaskan pergi cari sesuatu yang boleh dibuat sarapan. Takpe laa... lagipun memang aku yang pandu kereta. Lepas mandi, aku keluar beli roti canai di Taman Muzaffar Syah, dekat dengan kawasan tu. Roti canai? Huh! Roti canai mamak tu jual rasa macam kulit tapak kaki ada laa... liat nak mampus!
Aktiviti selanjutnya... mandi kolam sampai tengahari sebelum kami check-out. Perjalanan untuk ke destinasi selanjutnya ditangguhkan. Kami ambil keputusan untuk terus berada di Melaka hari ni. Lagipun aku nak jugak singgah di rumah mak angkat aku kat sini.
Lepas meronda ke sana sini, kami menghala pula ke lebuhraya. Asyraf yang memandu mengambil keputusan untuk menggunakan lebuhraya, kerana dia ni rabun malam. Susah sikit kalau ikut jalan lama. Azhar pulak tiba-tiba nak terkencing. Dah alang-alang berhenti, kami pun lepak seketika. Jam dah menunjukkan lebih kurang 8:50 malam masa tu. Kawasan tempat kami parking kereta tu memang agak suram.
Seketika kemudian, mata aku tertumpu ke sebuah rumah yang kelihatan begitu usang. Entah sapa la yang duduk kat rumah tu. Aku ingatkan aku sorang je yang tengok, rupanya Asyraf pun terperasan jugak.
Azhar dah selesai menunaikan hajatnya. Sambil hisap rokok, aku ajak dia orang semua pergi ke rumah tu, sebab tadi aku terdengar semacam suara orang menjerit. Pada mulanya, Halim menolak. Penakut agaknya mamat ni... hehe... Akhirnya dia pun bersetuju sebab kami bertiga dah setuju. Sah! Memang penakut dia ni. Takut tinggal sorang-sorang kat kereta. Hehee...
Setelah memastikan kereta berkunci, kami melangkah ke arah rumah tersebut dengan semangat berani mati la kononnya. Pergi ramai-ramai boleh laa... cuba kalau pergi sorang, huh! Hehehee...
Azhar masuk dulu, diikut Asyraf dan aku. Halim mengekori belakangku sambil tarik baju. Apa ni oiii, tarik baju orang! Dengan perlahan kami berjalan. Suasana di dalam rumah tersebut sungguh muram, tak ubah macam cerita drakula yang biasa kita tengok tu. Suasana yang gelap tak mengizinkan aku untuk mengecam sepenuhnya apa yang ada di sekitarku.
Tiba-tiba aku dengar Asyraf menjerit. Maaakkkkkkkkk...! Kami semua terdiam, kecuali Halim yang sejak mula tadi sibuk ajak kami keluar. Sayup-sayup kedengaran suara perempuan ketawa. Halus je bunyinya, tapi dah cukup untuk membuatkan bulu roma aku sendiri meremang. Arghh, nyesal pulak aku masuk. Tapi takpe... bila lagi nak tunjuk hero, terutamanya kat budak Halim ni. Keluar kang, kena kutuk pulak aku, hehehe...
Kami terus berjalan perlahan-lahan. Seketika aku terasa ada sesuatu merayap di belakangku. Arghh... apa pulak ni? Semakin lama semakin kuat dan aku rasa benda tu dah hampir sampai ke leher aku. Aku jadik terkedu. Ehh... Halim mana? Pada masa yang sama juga, aku dengar macam-macam suara orang menjerit kat dalam sana.
Ziiii....! Kedengaran suara Halim memanggil nama aku. Aku tak dapat menyahut sebab aku sendiri pun tengah layan benda merayap ni. Arghhhh... spontan aku tepis benda merayap tu dah aku lari ke depan. Asyraf dan Azhar dah hilang tah kemana. Aku tinggal sendirian. Tiba-tiba aku nampak sesuatu di hadapan! Aku tak dapat lari lagi, sebab aku sedang berada di sebuah lorong sempit, dan perjalananku dihalang oleh lembaga yang aku nampak tu.
Seorang perempuan cantik sedang berjalan perlahan-lahan ke arahku, memanglah cantik tapi yang tak sanggup tu ada taring pulak. Uwaaa... apa aku nak buat ni... Aku cuba baca apa-apa ayat yang aku ingat, tapi biasa la kan, kalau dah sampai peringkat menggelabah betul ni, satu apa ayat pun tak ingat. Baca lain keluar lain. Arghhh...
Lembaga tersebut semakin hampir. Aku jadi terpaku. Kakiku seolah-olah terikat di lantai, tak boleh diangkat. Ohh ibuuu... apalah nasib anakmu ini. Aku tak dapat buat apa-apa lagi melainkan berserah sahaja. Lembaga itu dah dekat betul. Aku pejamkan mata. Aikk... tak ada apa pun. Aku buka mata semula dan... lembaga tu dah hilang!
Aku berpaling ke belakang dan nampak Halim. Disebabkan gelap, aku tak dapat pastikan muka Halim tu pucat ke tidak. Aku paling ke depan semula dan berjalan terus. Zusssss...! Betul-betul depan muka aku, lembaga tadi muncul semula. Aku hampir terjerit, tapi sebenarnya dah memang menjerit pun. Lembaga tu mengilai dan hilang semula.
Aku rasa makin lama aku makin jauh masuk ke dalam, dan makin gelap pula tu. Arghhh... tak boleh jadi ni, aku kena keluar cepat. Halim masih di belakangku, berpaut kat baju aku. Abih laaaa baju aku. Arghhh... tak peduli, janji aku keluar. Berpeluh jugak aku ni.
Dalam dok mencari jalan keluar tu, aku tersepak suatu benda keras. Aku tunduk dan cuba mengamat-amati benda tu. Haaaa? Batu nesan? Arghhh... aku pulak yang jadi takut. Tak fikir panjang, aku terus berjalan, dengan harapan pintu keluar dah tak jauh dari situ. Halim masih 'melekat' kat belakang. Nak berlari, risau jugak aku, kot tersepak apa-apa lagi ke, tak ke naya kalau tersungkur!
Dalam pada tu, bunyi pintu dibuka tutup tak berhenti-henti. Aku dah semakin takut sebenarnya, tapi cuba buat rilek. Seketika, aku sampai di satu ruang yang agak luas. Kelihatan beberapa keping papan bertaburan di atas lantai. Aku perhatikan papan tu... arghh... nampak macam papan keranda. Aku lari. Tak pedulik dah... lantaklah Halim kena tinggal pun!
Aku betul-betul dah takut. Aku terus berjalan di ruang berhabuk tu, sampailah nampak cahaya kat depan. Aku berjalan lagi, dan aku lihat daun pintu di hadapanku bergerak secara tiba-tiba. Cepat oiii... Arghhh... rupanya Asyraf yang buka pintu tu. Aku berjaya keluar akhirnya. Tak lama kemudian aku nampak Halim keluar, sambil berlari!
Asyraf dan Azhar dah cucuh rokok. Masing-masing terdiam. Kami kemudiannya berjalan ke kereta dalam keadaan separuh sewel. Amacam? Ko nampak apa Azhar? Hehehe... dia gelak je. Cheh... mamat ni berani betul! Halim diam aje, sepatah pun tak bersuara.
Kami sampai kat kereta. Aku hidupkan enjin. Setelah semua masuk ke kereta, kami teruskan perjalanan. Halim kena duduk depan, jadik co-pilot, temankan aku. Tapi dia diam je. Aku pandang ke sebelah, dan... kah kah kah kah kah kah... terburai gelak. Halim terkencing dalam seluar! Kah kah kah... semua pakat gelak. Chehh.. aku gelakkan orang, aku pun kecut jugak sebenarnya. Cuma nasib baik, aku tak kencing lam seluar macam dia... hehehe.
Plaza Tol Ayer Keroh dah kami lepasi dan sekarang kami menghala ke Port Disckson. Bersama gelak yang tak henti-henti, kami tinggalkan 'Rumah Hantu' di Tapak Pesta Ayer Keroh bersama cerita haru Halim terkencing dalam seluar.
Aku gelak lagi... kah kah kah kah kah kah kah kah... apa la ngkorang baca cerita ngarut aku niii... kah kah kah kah kah! Buang masa je... kah kah kah kah kah kah kah kah...

Langsuir

Salam sejahtera. Manusia merupakan sebaik-baik makhluk ciptaan tuhan di alam maya ini. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran bermaksud: "Sesungguhnya kami telah jadikan manusia sebaik-baik ciptaan". Manusia juga dikurniakan sesuatu yang tidak ada pada sebarang makhluk lain... sesuatu yang disebut sebagai akal. Namun seringkali manusia sendiri tidak tahu menghargai pemberian tersebut, lalu mempersia-siakannya.
Hari sudah melangkah ke petang. Sebaik selesai menunaikan fardhu zohor, aku bergegas ke belakang rumah. Persediaan belum aku buat, sedangkan bila-bila masa dari sekarang bapa saudaraku akan sampai. Kami sudah sepakat untuk pergi memancing di Pulau Indah. Cuti persekolahanku kali ini dimulakan dengan aktiviti yang memang aku minat semenjak kecil lagi, memancing.
"Assalamualaikum...! Lan!." Ahh.. pakcikku dah sampai. "Dah siap ke belum?", laungnya lagi.
"Waalaikumussalam. Sini pakcik! Dah siap dah."
Setelah memeriksa semua keperluan, kami berangkat meninggalkan perkarangan rumah. Empat batang joran bersama keperluannya seperti mata kail, batu ladung dan sebagainya ada kami bawa bersama.
"Kita cari umpan dalam perjalanan nanti", kata pakcik.
"Okey", kataku sepatah. "Cantekkkkk," hatiku pula bersuara.
Perjalanan melalui lebuhraya agak membosankan. Aku menghidupkan radio bagi menghilangkan suasana sunyi. Pakcik terus memandu dengan tenang.
"Yeaaa... kita bersama lagi petang ini dengan lagu pembukaan yang digilai ramai sekarang, Isabella...".
Suara juruhebah kesukaan ramai, Jond, berkumandang di udara. Aku juga salah seorang peminat setianya. Persembahannya memang hebat.
Aku melayan perasaan sendiri. Pakcikku bersiul kecil mengikut rentak lagu yang sedang berkumandang. Aku ikut terhibur.
Selang beberapa minit, pakcikku menghentikan kereta di bahu jalan.
"Ada orang jual umpan tu. Mari kita tengok."
Sebaik selesai urusan membeli umpan, kami meneruskan perjalanan. Kami hanya memerlukan lebih kurang setengah jam sahaja untuk sampai ke tempat tujuan.
Kehijauan pepohon bakau melenyapkan terus keletihan. Alangkah cerianya beburung berterbangan bebas. Terlupa seketika bahawa aku akan menduduki peperiksaan PMR tak lama lagi.
"Meh sembahyang asar dulu."
Aku mengambil wudhuk dan kami berjamaah. Selesai berdoa, kami mengambil joran masing-masing dan mula memasang mata kail. Aku yang sudah biasa dengan joran dan kail, tidak berasa kekok lagi. Semuanya aku buat sendiri.
Kelihatan beberapa orang sedang leka dengan kail masing-masing. Ada juga yang sekadar menonton.
Zuuppppp... Aku melepaskan tali pancing. Kami mula menunggu, setelah semua joran dipasang. Moga-moga kami berjaya hari ini, insya Allah.
Matahari sudah mula terbenam, namun joran kami masih belum terusik. Sesudah beberapa kali memasang umpan, hanya riak halus air yang kelihatan. Kami ambil keputusan untuk bersolat dahulu.
Sesudah solat, kami makan nasi bekal yang disediakan oleh ibu di rumah tadi, sambil sedia untuk bertindak andainya pancing terusik. Sesudah makan, kami kembali tumpukan perhatian kepada pancing.
"Isy... kenapa tak ada sekor pun naik ni?", bisik hati aku. "Belum rezeki agaknya..."
Ketika aku asyik memerhatikan permukaan air, mataku tertumpu ke arah sesuatu yang kelihatan seperti cahaya, kira-kira 5 meter dari tempat aku duduk. Aku mula memerhatikan objek tersebut yang berkelakuan seperti seekor pepatung yang seringkali kelihatan bermain-main di permukaan air.
"Apa tu aaa...? Kalau pepatung takkan cerah sangat cahayanya tu." Namun kata-kata itu tidak aku tuturkan.
Cahaya tersebut semakin pudar dan dengan perlahan terbentuk suatu objek lain yang sesunggunya menyebabkan aku tergamam. Jelas di hadapanku, kelihatan satu lembaga berbentuk kepala. Mukanya hodoh dan berambut panjang mengurai.
Aku mula menggigil, tapi mulutku benar-benar terkunci. Pakcikku yang tadi berada tidak jauh dariku kini sudah hilang. Aku berasa amat takut. Lembaga tersebut menggebang-gebangkan rambutnya seperti sayap burung dan memandang ke arahku. Matanya yang merah membuatkan aku semakin takut.
Tiba-tiba aku rasa seluarku basah. Serentak dengan itu, bahu aku ditepuk dari belakang.
"Lan! Lan oii...! Kau tengok apa tu?"
Mulutku cuba untuk-untuk berkata-kata tapi tak berdaya. Mataku tetap memandang ke arah lembaga tersebut yang kelihatan semakin kabur. Seketika kemudian, ia lenyap sepenuhnya. Aku tetap tak boleh bercakap, walaupun aku sedar dengan apa yang berlaku di sekelilingku. Pakcikku terus memanggil-manggil namaku.
Semakin lama aku rasa semakin lemah dan akhirnya aku pengsan.
Keesokannya, aku mula sedar. Aku berada di rumah dan ibuku berada di sebelah.
"Mana pakcik?" spontan aku bersuara.
"Pakcik ada kat luar tu...", ibuku menjawab.
Aku rasa badanku lemah, tapi aku masih boleh melangkah perlahan-lahan ke serambi rumah.
Pakcikku yang sedang leka menghembuskan asap rokoknya, lantas membetulkan duduknya apabila aku bersila berhampiran dengannya.
"Kau kena sampuk semalam agaknya". Pakcikku bersuara sambil tergelak kecil.
Aku cuma mendengar apa yang diceritakannya. Katanya, dia lihat aku seolah-olah dipukau sesuatu dan langsung tak hiraukan panggilannya. Dia terus mengangkat semua joran dan mengemaskan barang. Aku kemudiannya didukung masuk ke kereta dalam keadaan kejang, seperti terkena kejutan elektrik.
Aku tak dapat huraikan sepenuhnya bentuk lembaga tersebut kerana setiap kali teringat, aku akan berasa takut. Sehingga ke hari ini, aku tidak berani memancing pada waktu malam. Mungkin aku dah kena fobia agaknya.

Kepala Atas Kubur

Masa kecik-kecik dulu aku selalu ikut abah aku pergi usrah. Kadang-kadang pergi dekat, kadang-kadang jauh. Sebagai anak yang baik, chewahh, aku ikut la... dan memang aku sendiri pun suka bonceng motor abah aku malam-malam. Sejuk berangin je... best. Tau tak usrah tu apa? Bagi sesiapa yang tak tau, usrah tu macam perjumpaan la. Dalam perjumpaan tu, macam-macam perkara diperbincangkan, terutamanya berbentuk ilmiah. Perjumpaan begini sebenarnya menggalakkan pengeratan silaturrahmi sesama kita selain satu cara menyampaikan ilmu. Itu maksud usrah tu. Usrah tu sendiri adalah satu perkataan arab yang memberi makna keluarga.
Satu hari tu, macam biasa, aku ikut abah. Kami tak naik motor. Kerana mak aku ikut sekali, kami berkereta malam tu. Sebenarnya, sebelum tu kami pergi Melaka. Saja la jalan-jalan sambil shopping lebih kurang... Dalam perjalanan kami balik tu, singgah la kat tempat biasa sebab abah aku memang ada usrah malam tu. Kebetulan pulak, ada banyak kereta yang dah parking tepi jalan dekat surau tu. Ada satu ruang kosong kat tepi jalan, sebelah dengan kawasan kubur. Abah aku letak kereta kat situ. Aku dan mak tak keluar, sebab cuma ada setengah jam je lagi majlis tu nak bersurai. Kami sampai lewat sebenarnya...
Mak aku suruh kunci semua pintu kereta. Aku, sebagai anak yang menurut perintah, (huh!), buat la sebagaimana mak aku suruh. Dah lepas tu, aku pandang ke luar tingkap sebelah kiri. Ada banyak kubur kat situ. Ustaz aku ajar, kalu kita berada di kawasan kubur, ucapkanlah salam untuk ahli-ahli kubur tu. Kerana aku anak yang taat, maka aku pun buat la... "Assalamualaikum ya ahlal-qubr".
Aku ngan mak kat dalam kereta masing-masing buat hal sendiri. Mak diam aje kat depan. Aku kat belakang pun tak buat apa, cuma mata je melilau ke seluruh kawasan kubur tu. Hmmm... banyak pokok pisang kat situ. Ada buah ke?
Dengan tak semena-mena mata aku terpaku ke satu kubur berhampiran. Kubur tu terletak lebih kurang 3 meter je dari aku. Aku jadi tak sedap. Apa tu haa...? "Makk...!." Mak aku tak menyahut. Aku, nak kata takut tu tak jugak sebab aku tak nampak sepenuhnya benda tu, cuma samar-samar je. Tapi, dalam samar-samar tu pun, aku masih dapat mengecam. Aku nampak semacam kepala orang sedang memandang tepat ke arahku! Letaknya di atas kubur, sebelah batu nesan.
"Makk..." Aku panggil mak, tapi mak diam jugak. Aku dah mula rasa nak nangis, tapi tak terkeluar. Apa yang aku buat, cuma pandang aje kat kepala tu. Sekarang memang aku yakin dengan apa yang aku nampak. Kepala tu pulak seolah-olah senyum kat aku.
Tok! tok! tok!. Aku terkejut tak terkata. Rupanya abah dah sampai, suruh bukak kunci pintu. Mak aku yang bukakan, dan aku berpaling semula ke arah kubur tu. Kepala tu masih ada. "Mak.. Abah.. tengok tu!", sambil aku tunjuk ke kubur tu. Mak abah aku tengok ke situ. "Apa benda ada kat situ?", tanya abah. "Tak nampak ke? Ada kepala orang kat situ". Aku berpaling, pandang abah aku. Dia beriya-iya cari muka orang yang aku kata tu. Mak pun sama. Aku berpaling semula ke arah kubur tu. Tapi... aikkk! dah hilang! Kepala tu dah tak ada... macam biskut pulak. Aku tak nampak apa-apa lagi. "Dah hilangla abah. Tadi ada... betul...". Aku takkan nak bohong abah aku pulak, sedangkan aku ni memang seorang anak yang baik, yang tak reti langsung nak berbohong.
"Alaa... takde apa. Saja along nampak je tu. Takde apa. Along ngantuk tu kot." Abah aku mungkin taknak aku berasa takut, sebab tu dia cakap gitu. Aku memang tak takut pun...! Tapi itu cuma cakap kat mulut je la kan... dlm hati, tuhan saja yang tahu.
Bila dah sampai kat rumah, aku tanya mak, kenapa dia tak menyahut aku panggil tadi. Mak kata dia tertidur laaa... Alaahai, kesian mak aku. Dia penat agaknya. Takpela. "Tapi betul ke mak tak nampak kepala tu tadi?". "Mana ada... takde apa pun. Kubur tu memang la ada...". Entah. Aku diam je.
Tak lama lepas tu, aku dah lupa sebab apa, aku singgah kat surau tu waktu zohor. Senyap-senyap, aku pergi semua ke tempat abah parking kereta hari tu. Aku perhatikan betul-betul. Aku tak nampak kepala, tapi aku nampak ada huruf nun besar kat kubur tu. Alaa... kan sesetengah orang ada pasang macam dinding kubur yang warna putih tu... tapi sekarang dah kurang dah kan. Ada tertulis ayat kat dinding tu, hujung ayat tu ada huruf nun. Aku dah lupa ayat apa yang tertulis kat situ. Aku pergi panggil abah, dan tunjukkan kubur tu. Haahahaha... dia gelakkan. "Kan abah dah kata, takde apa-apa. Along nampak huruf nun tu je hari tu...". Sebagai anak yang tak melawan mak bapak, aku diam je. Tapi dalam kepala aku, dah ada jawapan. Kalau aku nampak huruf nun, macam mana dia boleh naik bertenggek atas kubur? Dah tu senyum kat aku pulak tu... Nun tu duduknya kat dinding kubur, bukan atas kubur!
Kisah kepala atas kubur ni berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Tapi aku tak boleh lupa sebab aku sendiri yang mengalaminya. Sampai ke hari ni, aku tak tau apa sebenarnya yang aku nampak tu. Tapi kalau pun betul memang ada makhluk sebegitu yang aku nampak, aku tak heran. Makhluk halus memang dicipta. Kuasa Allah tu teramat besar.
Sekarang aku tak tinggal kat bandar tu lagi. Ikut abah aku pindah. Aku ni kan setia, ikut abah aku... Tapi sekali-sekala ada jugak aku ke sana. Kali terakhir, lebih kurang sebulan yang lalu. Secara spontan aku akan terpandangkan kubur tepi parit tu setiap kali aku lalu jalan tu, walaupun sekarang aku dah pandu kereta sendiri. Wallahu a'lam.

Kepala Berambut Panjang

Kisah ni berlaku ketika aku berada di tingkatan satu. Ketika itu aku tinggal di asrama. Macam biasa, aku mula letakkan kepala atas bantal ketika jam hampir menunjukkan 12:00 tengah malam. Tapi malam tu aku rasa sedikit gelisah. Entah apa puncanya, tak dapat aku pastikan. Aku cuba pejamkan mata, tapi tak berjaya. Akhirnya, lebih setengah jam berhempas-pulas, kelopak mataku berjaya juga dirapatkan.
Tak lama kemudian, aku dikejutkan oleh suatu bunyi aneh yang agak kuat. Bunyi sebegitu tak pernah aku dengar sebelum ni. Aku cuba pastikan arah datangnya bunyi tersebut. Seketika kemudian aku tergamam. Berbantukan cahaya samar-samar dari kaki lima dorm, kelihatan satu kepala tanpa badan sedang menyikat rambutnya, betul-betul di atas katil bersetentang dengan katilku. Rambutnya panjang mencecah siling. Ngeri jugak aku. Dalam separuh sedar tu, aku cuba kejut rakanku yang sedang tidur di katil sebelah. "Ina! Ina! Ina..!". Ina tersedar. "Apa hal kejut aku tengah sedap tidur ni?" ngomel Ina sambil menggenyeh matanya. Tanpa memandang ke arahnya, aku memuncungkan mulutku. "Tengok tu." Ina memandang ke depan, dan sesaat kemudian memandang ke arahku semula.
"Takde apa pun! Engkau mengigau la... Dahlah, tidurlah! Aku ngantuk ni." Ina tak pedulikan kata-kata aku, dan terus menarik selimutnya semula. Aku berasa takut. Makhluk itu terus menyikat rambutnya. Semakin kuat sikatannya, semakin kuat pula bunyinya. Aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Aku cuba nak kejutkan Ina sekali lagi, tapi kali ni mulutku seolah-olah terkunci. Aku memusingkan badan. Sambil meniarap, aku memekup telinga dengan bantal. Aku takut. Bunyi tersebut semakin kuat.
Selang lima minit kemudian, bunyi tersebut semakin perlahan, dan akhirnya terus lenyap. Aku masih tak berani pusingkan kepala. Manalah tahu, tiba-tiba je makhluk tu dah terpacul depan aku, tak ke naya!
Tiba-tiba suasana sekeliling menjadi hingar. Ruang dorm yang tadinya gelap, kini terang benderang. Aku lihat ada makhluk di kanan kiri aku. Ada yang bawa baldi dan ada yang bawa tuala serta berus gigi.
"Bangun Yati oiiii! Mandi. Sembahyang subuh." Aku mengangkat bantal yang memekup telinga, dan dengan perlahan aku bangun lalu ke hujung katil sambil mataku tak berkelip memandang ke katil depan. Apa yang aku nampak? Tak ada apa, melainkan suatu lakaran di dinding yang tak pernah aku nampak sebelum ni!

TANGLUNG SIAPAKAH DI LANDASAN KERETA API ITU. . . ?!!!!!

Sebuah kereta api meluncur laju merentasi Mississippi, Amerika Syarikat pada lewat malam 1926. Cuaca agak dingin, sunyi dan gelap. Ketika kereta api milik Central Illinois Railroad itu hampir tiba di Beauregard, sebuah bandar kecil di pinggir Mississippi, sebuah tanglung tiba-tiba dilihat terawang-awang di tengah landasan tersebut. Ia dihayun ke hadapan dan ke belakang sebagai isyarat supaya kereta api berkenaan berhenti. "BERHENTI!!! Ada orang di landasan!" penjaga brek menjerit ke arah pemandu yang duduk di sebelahnya. Kereta api itu diperlahankan dan kemudian berhenti di stesen kecil tidak jauh dari tempat tanglung tersebut dilihat. Tanpa turun dari kereta api, pemandunya yang sejak tadi memerhatikan tanglung tersebut menjengah ke luar. "Siapa tu?!" Dia menjerit, namun tidak dijawab. Mereka memanggil beberapa kali, juga tidak bersahut. Tiada sesiapa di situ. Malah tanglung tersebut juga hilang begitu sahaja. Lalu mereka berdua turun dari kereta api dan mencari di sekitarnya kalau-kalau orang yang membawa tanglung tersebut sudah meninggalkan landasan. Puas dicari namun mereka gagal mengesannya. Tanglung juga lenyap entah ke mana. Pemandu kereta api dan pembantunya mendiamkan diri seketika. Mereka memasang telinga bagi mengesan kalau-kalau ada pergerakan seseorang di situ. Sunyi. Yang didengari hanyalah bunyi cengkerikserta geseran daun ditiup angin. Mereka naik semula ke kereta api dan memecutnya. Sampai di Stesen McComb, mereka melaporkan kejadian tersebut kepada penyelia, tetapi ditertawakan sahaja. Malam esoknya, mereka membuat satu lagi laporan kerana terserempak dengan tanglung tersebut di kawasan yang sama. Aduan itu juga tidak diendahkan oleh penyelia berkenaan. Bagaimanapun, apabila pemandu-pemandu lain pula membuat aduan mengenai perkara tersebut,penyelia itu mula mengubah fikiran.Lalu dia menghantar dua kakitangan untuk menyiasat. Temu bual dengan saksi-saksi mendapati kesemua mereka memberikan cerita yang sama.Kata mereka,tanglung itu muncul pada waktu dan tempat yang sama,berhampiran sebuah rumah besar tidak berpenghuni di pinggir Beauregard. Siasatan ke atas rumah tersebut pula mendapati,ia pernah dimiliki oleh seorang doktor bernama Dr.Elias Alford Rowan.Ia terbiar begitu sahaja selepas Dr.Rowan terbunuh pada 1912. Perabot -perabot di dalamnya terbiar dipenuhi sawang dan habuk. Apabila ditanya kepada penduduk sekitar, mereka memberitahu, tiada sesiapa yang berani mendekati rumah berkenaan kerana sering melihat lembaga-lembaga aneh dan menakutkan.Siasatan selanjutnya mendapati rumah tersebut,termasuk Dr.Rowan sebagai bekas biliknya,menyimpan sebuah kisah tragis. Dr.Rowan sengaja membina rumah yang besar, tiga tingkat dan mempunyai 23 bilik kerana dia merancang untuk menjadikannya sebagai hospital. Satu hari minggu pada 1883, bandar Beauregard telah dilanda ribut taufan yang dahsyat mengakibatkan banyak salun, sekolah, gereja, pejabat pos, dewan dan 35 buah rumah musnah. Cuma tiga buah rumah sahaja yang terselamat daripada bencana itu. Salah satunya milik Dr.Rowan. Kemusnahan harta benda, kematian dan kecederaan yang dialami penduduk Beauregard menyebabkan Dr.Rowan terus menjadikan rumahnya sebagai hospital biarpun dia belum bersedia sepenuhnya, baik dari segi kelengkapan, ubat mahupun pekerja. Dengan peralatan setakat yang ada itulah dia merawat penduduk Beauregard yang cedera. Ini menambahkan lagi rasa hormat penduduk sekitar kepadanya. Selain keikhlasannya itu Dr.Rowan juga sebenarnya disenangi kerana dia mudah mesra dan gemar melibatkan diri dalam kerja-kerja sosial. Sikapnya yang berkhemah dan menghormati orang lain menharumkan lagi nama dikalangan masyarakat Beauregard. Bagaimanapun, selepas Dr.Rowan meninggal dunia, jiran-jiran beliau serng melihat lembaga menyerupai doktor itu berjalan di dalam rumah yang ditinggalkannya. Pada malam hari, terdengar pula bunyi-bunyi menyeramkan seolah-olah ada orang yang menghuninya. Kerana itu, tiada siapa yang berani memasuki rumah tersebut. Tinggal di dalamnya, apatah lagi. Apakah punca Dr.Rowan meninggal dunia? Menurut maklumat daripada pihak berkuasa Illinois Tengah, Dr.Rowan meninggal dunia akibat dilanggar oleh sebuah kereta api milik syarikat itu. Ia berlaku pada lewat malam ketika Dr.Rowan ingin mengambil pesakitnya yang datang dengan kenderaan tersebut. Selepas meninggalkan rumahnya, Dr.Rowan berjalan menyusuri landasan bagi menuju ke arah sebuah stesen kecil tempat kereta api berhenti. Tangannya menjinjing sebuah tanglung bagi menerangi jalan yang gelap gelita. Bagaimanapun, tanpa Dr.Rowan sedari, sebuah kereta api meluncur laju dari arah belakang beliau. Jurutera kereta api itu meniup wiselnya berkali-kali namun, kerana usianya yang sudah lanjut serta masalah pendengaran yang dihadapi, Dr.Rowan tidak dapat mendengar amaran itu. Kereta api terus meluncur laju dengan breknya ditarik manakala wisel ditiup berkali-kali... Apabila ia terlalu hampir, barulah Dr.Rowan menyedarinya. Dia menoleh ke belakang, mengangkat tanglung dan dibawa dan menjerit "BERHENTI!!!!"... tetapi sudah terlambat. Tanglung itu tercampak dan Dr.Rowan itu meninggal di situ juga dengan tubuh remuk dirempuh kenderaan tersebut.
Sejak kejadian itulah, penduduk sekitar dan pemandu kereta api kerap terserempak dengan sebuah tanglung di tengah landasan Beauregard. Ia dilihat berayun ke hadapan dan ke belakang seolah-olah memberi isyarat "BERHENTI!!!!!"...

daily news pick by me - 08/12/10

Ibu, anak samun 5 bank
METZ: Seorang peniaga wanita dan anak lelakinya didakwa kerana merompak lima bank untuk ‘membalas dendam terhadap negara’, semalam.
Bekas penuntut undang-undang, Fabienne Levy, 51, dan Jeremie, 21, dituduh melarikan kira-kira RM736,000 dari dua bank di Jerman dan tiga lagi di Perancis pada 2006 dan 2007.
Jeremie - masih di bawah umur ketika rompakan dilakukan - dituduh bersubahat dengan Fabienne dengan menjadi pemandu kepada pemilik kedai berkenaan ke tiga bank yang akan dirompak.
Jeremie berdepan hukuman penjara 10 tahun, manakala ibunya 20 tahun.
Dalam perbicaraan, Fabienne memberitahu mahkamah di Metz, dia tiba di bank berkenaan memakai rambut palsu serta cermin mata gelap.
Senjata yang digunakan - satu penyembur lada.
Katanya, dia menggunakan bahasa Jerman dan tidak ganas ketika melakukan rompakan berkenaan.
“Saya mengucapkan ‘Helo’ ketika tiba,” katanya.
Menurut Fabienne, dia meluat dengan sistem keadilan selepas dikecewakan pada 2005 apabila keretanya dicuri bekas suaminya.
Pegawai penyiasat berkata, bagi Fabienne, bank adalah institusi yang mewakili sistem sebuah negara yang menindas orang tidak bernasib baik.
Hidup Fabienne musnah selepas dia diisytihar muflis pada awal tahun 2000.
Menjelang perbicaraannya, Fabienne memberitahu sebuah stesen radio dia mahu ‘membalas dendam’ dan mendapatkan haknya semula.
Bagi Fabienne, dia tidak pernah menyesali perbuatannya itu.
“Ketika memiliki kedai dulu, bank melayan saya dengan sangat baik, tetapi apabila saya kesempitan wang, mereka menganggap saya tidak lebih daripada sekadar sampah,” katanya.

Suami didakwa rancang bunuh isteri
CAPE TOWN - Seorang ahli perniagaan Britain, Shrien Dewani, 30, merancang komplot untuk membunuh isterinya, Anni Dewani, 28, ketika mereka berbulan madu di Afrika Selatan, menurut beberapa keterangan di sebuah mahkamah semalam.
Tuduhan itu dibuat pendakwa raya, Rodney de Kock bahawa Shrien membayar dua pembunuh upahan sebanyak £1,400 (RM6,958) untuk membunuh isterinya selepas dua minggu mereka berkahwin.
"Mangsa dibunuh atas arahan suaminya," kata De Kock.
Menurutnya, ahli perniagaan itu mengupah pemandu teksinya, Zola Tongo supaya mengaturkan kedua-dua pembunuh upahan itu untuk menyerang teksi mereka ketika ia melalui bandar raya di sini pada 13 November lalu.
Kelmarin, Tongo dihukum penjara 18 tahun kerana terbabit dalam pembunuhan wanita Britain itu manakala dua lelaki yang dituduh membunuh Anni akan dihadapkan ke mahkamah pada 25 Februari depan.
Pihak pendakwa raya mendakwa Shrien membuat perancangan supaya dia dan pemandu teksi itu tidak dicederakan.
Dalam rancangan itu, isterinya perlu kelihatan mati dalam satu kes rompakan.
Mayat mangsa ditemui di satu kawasan di bandar raya itu.
Maklumat tersebut diperoleh daripada ketiga-ketiga lelaki terbabit sebagai persetujuan dengan pihak pendakwa raya supaya pertuduhan lebih ringan dikenakan ke atas mereka.

Dakwa doktor silap punca bayi mati
BAYAN LEPAS - Hati ibu mana yang tidak luluh apabila kelahiran cahaya mata yang amat dinanti-nantikan berakhir dengan tragedi.
Kepiluan itu menyelubungi Saadiah Sulaiman, 33, selepas kematian puteri tunggalnya semasa dilahirkan dikatakan berpunca daripada doktor yang menyambut kelahiran bayi tersebut gagal membuat keputusan yang betul.
Dia yang tinggal di Flat Taman Seri Bayu dekat sini dijangka melahirkan bayi seberat 3.4 kilogram dan sepatutnya dibedah, tetapi diminta lahir secara normal oleh pihak hospital atas alasan lebih mudah dan selamat.
Akibatnya, bayi perempuan yang sepatutnya menjadi pelengkap kepada dua puteranya lemas dalam kandungan dan terpaksa dibedah, tetapi meninggal dua hari selepas dilahirkan.
Menceritakan detik memilukan itu, Saadiah berkata dia dimasukkan ke Wad Bersalin Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 6 Ogos lalu setelah kandungannya berusia 40 minggu 10 hari.

Mati digilis selepas tercampak
PETALING JAYA - Tindakan seorang lelaki membuat pusingan 'U' di kawasan yang tidak dibenarkan mengundang padah apabila dia dan dua lagi rakannya mati dalam kemalangan di Kilometer 27.3 Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Shah Alam di sini semalam.
Kejadian pukul 3.20 pagi itu mengakibatkan pemandu kereta tersebut, Chong Jin Kong, 27, putus kaki kiri sebelum dia mati enam jam selepas mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Dua lagi rakannya, Liew Yuh Fen, 27, dan Fong Mun Fai, 18, pula mati di tempat kejadian.
Yuh Fen dan Mun Fai digilis sebuah treler selepas mereka tercampak ke laluan bertentangan manakala Jin Kong tersepit di dalam kereta akibat dirempuh sebuah kereta Proton Waja.
Pemandu Proton Waja, Sukvinderjit Singh Juwinder Singh, 27, pula cedera parah apabila tersepit di tempat duduk.

Lelaki mati dipijak gajah liar
GUA MUSANG – Keseronokan lima rakan mencari buah keranji di Hutan Bring dekat Pos Pasik di sini kelmarin berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati dipijak gajah liar.
Mangsa, Muhamad Adnan Iberahim, 26, dari Kampung Bertam Lama di sini dipijak gajah liar di bahagian badan dan kepala. Dia meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pukul 5 petang.
Muhamad Adnan bersama empat rakannya dipercayai memasuki kawasan hutan tersebut untuk mencari buah keranji dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda kira-kira pukul 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata, sejurus sampai di hutan tersebut, kelima-lima sahabat itu kemudian berjalan kaki untuk mencari pokok keranji.
Bagaimanapun, menurutnya, mereka kemudian telah terserempak dengan sekumpulan gajah yang dikatakan mengejar mereka.

Monday, December 6, 2010

pengajaran

Gini.....ada orang cerita....kejadian kat sebuah pekan di Johor. Lebih kurang macam cerita mayat bertukar jadi khinzir...gitulah lebih kurang. Kisah seorang anak yang tak pernah ngikut kata kedua orang tuanya.
Bak kata orang, dah berbuih dah mulut bagi nasihat, tapi si anak ini (seorang lelaki) tetap dengan kedegilan dan perangai samseng serta kurang ajarnya.
Nak jadi cerita, ayah si pemuda ini pun meninggal dunia dan beberapa bulan selepas kematian ayahnya, baharulah timbul keinsafan di hatinya tentang segala salah-laku dan perangai buruk yang diperbuatnya selama ini. Terlintas dihatinya untuk minta ampun kepada ayahnya tetapi si ayah sudahpun bersemadi di liang lahad. Barangkali, kerana desakan keinsafan yang semakin menebal dalam diri anak muda itu, akhirnya dia menemui seorang lebai di sebuah masjid di kampungnya. Lalu diceritakannyalah perihal keadaan dirinya di masa lalu dan keinginannya untuk meminta keampunan daripada ayahnya yang sudah menjadi arwah itu. Lalu berkatalah si lebai kepada anak muda itu.
" Tidak mungkin kau boleh meminta maaf pada ayah kau yang dah meninggal itu,tapi keinsafan yang menjelma dalam dirikau sekarang ini sudah cukup membuatkan roh ayah kau itu tidak teruk menderita dan tersiksa. Kalau kau masih sayangkan ayahkau itu, pergilah ke kuburnya dan bacakanlah talkin serta siramlah air di atas pusaranya. "
Semasa kecilnya anak muda ini kurang mendapat didikan agama. Nak baca talkin macam mana, sedangkan membaca al-fatihahpun masih merangkak. Namun si anak muda ini tetap ikhlas terhadap hasratnya ke kubur ayahnya dan menyiram pusara ayahnya dengan air mawar yang diberikan oleh si lebai tadi. Sepulangnya anak muda itu ke rumahnya, lalu diletakkannyalah bekas air(mawar)itu di suatu sudut di dapur rumahnya. Beliau bercadang untuk ke kubur ayahnya selepas solat asar nanti. Entah macamana, tertidurlah dia dan sedang dia tidur itu, emaknya memasak air (mawar) tadi dan dibancuhnyalah teh susu. Si anakpun, kerana tekadnya, bangun dan segera ke dapur untuk mengambil bekas air (mawar) itu. Alangkah cemasnya anak muda itu apabila didapatinya bekas itu sudah kosong. Lalu bertanyalah anak muda itu kepada emaknya.
" Di mana air di dalam bekas ini ? " tanya anak muda. " Emak dah masak dan buatkan teh susu " jawab si emak. " Haaa...dah buat teh susu ? " tanya anak muda itu terperanjat. " Iya...tu atas meja tu, kenapa kau terperanjat ?" tanya si emak. " Itu air mawar...saya nak siram atas kubur ayah. " ujar anak muda. Barangkali si emak juga kurang pendidikan agama lalu keluarlah jawapan ini kepada anak lelakinya itu. " La...mana mak tau, alah kau bawa aje teh susu itu ke kubur ayah kau dan siramkan atas kubur ayah kau itu." jawab si emak. Si anak muda yang lurus bendul itupun membawalah cerek berisi air teh susu itu ke kubur ayahnya lalu disiramnya air teh susu itu di atas pusara ayahnya.
Maha Suci Allah, sebaik sahaja air teh susu itu disiram di atas pusara ayahnya,lalu tiba-tiba bumi yang dipijaknya bagaikan bergoncang dan bergegar.Dia melihat sekeliling kawasan perkuburan itu, tiada apa yang dilihatnya yang boleh membawa kepada goncangan yang sebegitu kuat itu. Pun begitu, anak muda itu tidak panik dan tidak pula lari kerana dia tahu, itu ialah kubur ayahnya. Dia terpaku apabila dilihatnya, kubur ayahnya merekah dan keluarlah asap memutih dan dari celahan retakan kubur ayahnya itu, keluarlah sebelah tangan iaitu tangan yang sebelah kanan berdasarkan kedudukan jari-jemari tangan itu. Anak muda itu semakin tercengang apabila tangan itu mula merapatkan jari-jarinya dan hanya ibu jari yang terhala ke atas seolah-olah menunjukkan tanda "bagus good " kepadanya. Tiba-tiba, kedengaran satu suara ghaib dari dalam kubur itu :
" BOH ADA UMPHH!!.. ".
THE END.