Dia ni selalu bangun awal pagi untuk chatting dengan awek dia. Tak pasti awal macam mana, sebab aku tak sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita ni daripada mulut ke mulut je. Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam biasa untuk chatting dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah tidur. Maka duduklah dia seperti biasa kat meja, chatting sambil buka webcam.
Hari tu sejuk dia lain sikit. Tinggal kat hostel ni, kalau duduk kat floor yang lagi tinggi, kesejukan tu makin kurang terasa. Tak taulah kenapa malam tu sejuk dia memang lain macam sikit walaupun bilik dia kat tingkat 15. Rasa macam ada angin tiup je.. perlahan. Dingin. Kadang-kadang kalau angin kuat sikit rasa macam ada orang je tiup kat tepi tengkuk. ishh.. Tapi kawan aku ni relax je. Dah bermalam-malam kot dia online waktu-waktu ni, jadi benda macam ni dah boleh kata biasa pada dia bak kata orang dah jadi alah bisa tegal biasa. Untuk menghilangkan sikit kesejukan malam, dia bancuh Nescafe 3-in-1. Waktu sejuk ni memang best dapat minum air panas.
Lepas bancuh Nescafe, dia terpandang kat tingkap. Tingkap takde langsir jadi memang boleh nampak hutan belakang yang besar dan paya. Belakang hostel ni ada paya, tapi air dia kotor sangat. Kalau tengok dalam Google maps pun boleh nampak paya tu. Bila datang musim sejuk paya tu beku, tapi awal-awal ni belum beku sepenuhnya. Bahaya kalau main-main atas paya yang tak cukup beku ni.. Malam tu bulan mengambang penuh. Jadi memang terang semacam je hutan belakang tu. Baru kawan aku perasan tingkap tu tak tutup rapat. Patut la sejuk je..
Dia duduk menghadap laptop Acer tu balik. Webcam terbuka dari tadi. Jadi si awek nampak la apa yang berlaku kat sini. Mereka sambung chatting. Lampu ditutup, barulah ada feel sikit kan. Tengah chatting sekali si awek bukak baju tanya:
“Eh kawan you pun tak tidur lagi eh?”
“Mana ada, semua dah tidur la..”
“Tapi ada je I nampak orang lalu lalang belakang you”
“….”
Bila ditanya balik, sepanjang mereka chatting sebelum tu memang si awek nampak kelibat orang belakang kawan aku tu. Tapi tak nampak siapa sebab gelap kan. Ingatkan kawan sebilik yang tak tidur lagi padahal dah lama diorang tidur. ish..
di malam hari
Satu malam, sorang mamat ni baru habis kerja malam dalam pukul 1 pagi,jalan nak balik rumah adala dalam 30 minit, sepanjang jalan keadaangelap, senyap, sunyi, hujan rintik2, sejuk..ramai dah orang cakap katjalan ni ada penunggu tapi mamat ni buat selamber jer, sambil bersiul,mamat ni terus pecut motor rxz dia, sampai kat tengah jalan kat bus-stopmamat ni nampak sorang awek cun, awek ni pulak pakai baju kurung, rambutpanjang, dia tahan motor mamat ni, mamat ni pun berentilah, tanya katawek tu ” saudari ni nak pergi mana tengah2 malam ni?”awek tu jawab ” saya tunggu ayah saya tapi dia tak datang2, rumahsaya kat depan tu, boleh tumpangkan saya?”“errrr…bolehlah, nasib baik saya ada helmet spare”, mamat nitakut dalam berani, dia pecut motor dia, sekejap dia tengok side mirrordia..alamak !!! mana pegi awek ni…” aaaaaaaaahhhhhhhh…tak kepala!!!hantu tak de kepala!!!!aaaaahhhhhhhhhhh!!!!” mamat ni punya ler pecut sebab kecut perut adahantu tak ada kepala kat belakang dia, dah tu suara mengilai-ngilaikedengaran, lagi kuat dia pecut, lagi kat suara tu ketawa, sampai rumahmamat ni terkejut bukan main sampai putih muka dia “naper abang pecut,sampai nak terkeluar anak tekak saya ni jerit, kan dah terlepas rumahsaya”, rupanya mamat tu bagi awek tu pakai helmet full-face warnahitam, memanglah tak nampak kepala….
drive malam2
Kawan aku pernah memberitahu tahu aku kalao korang suker berjalan mlm di Mesia menuju ke KL jgn singgah ke perhentian Pagoh biler dah lepas midnite. Menurutnyer banyak hal yg menakutkan terjadik di perhentian itu. Dia ceritakan pernah terjadi pader pakcik dia punyer kawan. Waktu itu beliau memandu seorang diri pader waktu mlm untuk ke KL kerana ader urusan penting. Jam ditangan menunjukan pukol satu pagi...dia bercadang untuk berehat sebentar di Perhentian Pagoh. Setibanyer di saner dia memesan minuman dan duduk di hujung perhentian itu. Suasaner sunyi....tiader orang di situ melainkan dirinyer dan beberaper org penggerai yg sibuk berkemas di gerai masing masing. Sedang dia minum kupi, dia teraser nak terkencing. Lau berjalan dia menuju ke arah tandas. Sedang dia berjalan, tetiber kedengaran suara tapak kaki manusia dibelakangnyer. Dia tidak menghiraukannyer keraner dia sangker ader org lain yg ingin ke tandas jugak.
Tup....tup....tup...tup..tup.....tup Bunyik tapak kaki semakin kuat.....didengarnyer betul betul, seakan akan bunyik tapak kaki kuder. Bulu roma di tengkuk tetiber berdiri...dia dpt raserkan satu gugusan angin yg sejuk melepasi tengkuknyer. Hatinyer tak sedap..dia tahu nie mesti ader bender yg tak baik di belakangnyer. Mulutnyer kumat kamit membacer ayat ayat suci yg dia tahu. Dgn sepantas kilat dia menoleh kebelakang. Alangkah terperanjatnyer dia melihat ader satu lembaga yg amat menggerunkan....kepaler manusia tapi badan kambing. Maternyer merah menyaler, ader darah mengalir keluar dari kelopak mater lembager yg bertubuh kambing itu. Dia menjadi gamam biler melihat lembaga itu merenung ke arahnyer.
"Se....se.....se.....seiaper kao?" Lembaga itu merenung ke arahnyer sambil menjawab
"Satuk..dua tiga ampat!...........Dimana dia anak kambing saya, anak kambing saya yg makan daun palas. Di mana dia buah hati saya...buah hati saya bagai terlur dikupas" Diikuti dgn muzik dan suara background.. "Oho oho ho Can Mali can (2x) can mali can ketiponggg payong"
2 comments:
kenapa tiada kunjungan balas?
heehe..mcm2 lah..tapi yang video cam tu seram cikit..tapi kat malaysia ni..paya beku ke?
Post a Comment