Ubah pelan buang bayi
KANGAR: Cubaan sepasang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini untuk membuang bayi hasil hubungan sulit mereka di sebuah masjid di sini, gagal apabila rakan mereka yang diminta membantu rancangan itu enggan berbuat demikian, semalam.
Dalam kejadian awal pagi itu, pasangan berusia 22 tahun yang bersekedudukan dengan menyewa sebuah rumah kedai di bandar ini, mulanya dikatakan terkejut dengan kelahiran bayi lelaki berkenaan pada usia tujuh bulan kandungan sebelum meminta seorang rakan membuang bayi berkenaan di sebuah masjid.
Bagaimanapun, rakan pasangan pelajar terbabit dikatakan tidak tergamak berbuat seperti diarahkan, sebaliknya membawa bayi yang masih bertali pusat itu ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.
Difahamkan, pasangan pelajar terbabit menyewa sebuah rumah kedai di Jalan Jublee Emas di sini, dan sering berulang-alik bersama mengikuti pengajian di IPTA berkenaan di Arau.
Ibu bayi malang yang masih belajar itu dikatakan cuba menyembunyikan kehamilannya daripada pengetahuan keluarga yang menetap di sekitar Kangar.
Sumber polis berkata, bayi itu dilahirkan cukup sifat ketika usia kandungan tujuh bulan itu berjaya diselamatkan daripada risiko maut berikutan tindakan bijak rakan kepada bapa bayi berkenaan apabila membawanya ke HTF, bukan dibuang di masjid seperti diarahkan.
Katanya, bayi lelaki itu kini ditempatkan di wad kanak-kanak HTF dan dilaporkan sihat selepas dilahirkan kira-kira jam 1.30 pagi semalam.
“Pasangan pelajar lelaki dan perempuan itu dikatakan panik apabila mendapati bayi mereka dilahirkan awal daripada dijangkakan. “Mereka berdua dikatakan menguruskan sendiri proses kelahiran bayi itu di rumah kedai yang disewa dan sejurus dilahirkan, bapa bayi berkenaan menghubungi rakannya untuk membantu membuang bayi berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini.
Katanya, berikutan aduan diterima daripada rakan pasangan terbabit, polis menahan pasangan itu untuk siasatan lanjut sebelum merujuk kes itu kepada Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).
“Ibu bayi malang itu turut menerima rawatan di HTF dan keadaannya dilaporkan masih lemah,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jaips, Abdul Malik Hussin, ketika ditemui di pejabatnya mengesahkan menerima laporan berhubung kelahiran bayi luar nikah membabitkan pasangan pelajar berkenaan.
Pihaknya memandang serius kes itu dan sudah mengambil keterangan pelajar lelaki dipercayai bapa kepada bayi berkenaan tengah hari semalam manakala ibu bayi itu masih dirawat di HTF.
“Pelajar perempuan yang melahirkan bayi luar nikah dan pasangannya yang bersubahat melakukan perbuatan terkutuk itu akan diambil tindakan mahkamah mengikut Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991,” katanya.
Menurutnya, ibu bayi berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1) manakala teman lelakinya pula didakwa mengikut Seksyen 46 enakmen sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Lapan tercampak
HULU SELANGOR: Seorang pemandu bas ekspres dan sembilan penumpangnya cedera parah selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang sebuah bas ekspres lain yang turut terbabit dalam kemalangan di Kilometer 420.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur berhampiran susur Bukit Tagar, di sini, semalam.
Jurucakap polis berkata, kejadian membabitkan dua bas ekspres dan sebuah lori kira-kira jam 6.15 petang semalam berlaku selepas bas ekspres yang membawa sembilan penumpang dari Setiawan, Perak, cuba mengelak melanggar lori di hadapannya yang secara tiba-tiba memasuki laluannya.
“Pemandu bas terbabit terkejut apabila sebuah lori di lorong paling kiri lebuh raya tiba-tiba memasuki laluan hadapannya menyebabkan dia cuba mengelak sambil menekan brek.
“Pada masa sama, sebuah lagi bas ekspres lain yang mengekori belakang bas berkenaan gagal mengelak sebelum merempuh bas di hadapannya itu. “Rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu bas di belakang sekali yang juga dari Setiawan, Perak menuju Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Sepang, cedera parah di kaki akibat tersepit,” katanya.
Menurutnya, lapan daripada 18 penumpang yang berada dalam bas di belakang sekali cedera apabila kebanyakan mereka tercampak di dalam bas yang remuk di bahagian hadapan.
“Kebanyakan mangsa yang cedera diselamatkan orang ramai sebelum dibawa keluar dari bas terbabit. Kebanyakan mangsa yang masih dalam keadaan terkejut dan kesakitan diberi rawatan kecemasan sementara menunggu ketibaan ambulans.
“Tidak sampai 15 minit kemudian empat ambulans dari Hospital Tanjung Malim, Hospital Kuala Kubu Baru dan Hospital Sungai Buloh tiba di lokasi kejadian sebelum membawa mangsa yang cedera ke hospital,” katanya.
Bagaimanapun, katanya semua penumpang bas ekspres yang melanggar bahagian belakang lori berkenaan terselamat.
Seorang mangsa yang cedera, Fauziah Abdilah, 41, berkata, dia terkejut dengan kejadian yang hampir meragut nyawanya dan penumpang lain.
Menurutnya, kejadian berlaku sekelip mata apabila bas berkenaan tiba-tiba bergegar sebelum berhenti mengejut.
“Akibatnya saya tercampak dan kepala melanggar kerusi di hadapan. Hentaman kuat menyebabkan kepala saya berpinar dan hampir pitam,” katanya sambil memegang dahinya yang lebam.
Fauziah berkata, keadaan mungkin menjadi tragedi lebih dahsyat sekiranya bas berkenaan dipandu laju atau tercampak ke laluan bertentangan.
“Walaupun bersyukur kerana terselamat, saya mungkin terlepas penerbangan pesawat Air Asia untuk ke Kota Kinabalu, Sabah, malam ini. Kemalangan ini boleh dielak jika bas berkenaan dipandu dalam jarak selamat,” katanya.
Sementara itu, pemandu bas, Muhammad Asraf Nordin, 36, yang terselamat berkata, dia cuba mengelak sebuah lori di hadapannya yang tiba-tiba memasuki laluannya tanpa memberikan lampu isyarat.
Menurutnya, dia cuba menekan brek, tetapi terlanggar sisi lori terbabit menyebabkan cermin hadapan bas pecah.
“Namun, belum sempat saya menarik nafas lega, sebuah lagi bas ekspres merempuh kuat belakang bas dipandu saya. Namun, saya dan sembilan penumpang lain bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya masih menyiasat punca kemalangan terbabit dan akan mengambil keterangan dua pemandu bas dan seorang pemandu lori berkenaan.

11 dibunuh kerana ‘kasihan’
MADRID: Seorang petugas pusat kebajikan mengaku melakukan ‘pembunuhan kasihan’ terhadap 11 penghuni rumah orang tua dengan meracun mereka menggunakan peluntur, memberi insulin berlebihan atau mencampurkan sejumlah ubat.
Akhbar El Mundo semalam melaporkan, Joan Vila, 45, mengaku di depan hakim dia membunuh lapan penghuni rumah orang tua itu sejak tahun lalu.
Vila yang bekerja di rumah kebajikan La Caritat di bandar Olot ditahan pihak berkuasa pada 18 Oktober lalu.
Peguam Vila, Carles Monguilod, berkata tertuduh berniat mahu ‘menamatkan penderitaan’ mangsa ketika melakukan pembunuhan itu.
Dua daripada mangsa diberi insulin berlebihan, manakala enam lagi mati hasil campuran pelbagai ubat.
Doktor menganggap semua mangsa meninggal dunia atas sebab semula jadi.
Bagaimanapun, beberapa doktor mula membuat aduan kepada polis selepas menemui kesan terbakar pada mulut dan kerongkong seorang wanita berusia 85 tahun yang mati bulan lalu.
Selepas disoal siasat, Vila mengaku memaksa wanita terbabit serta dua lagi penghuni rumah itu menelan cecair peluntur.
Akhbar el Periodico melaporkan, pembunuhan pertama Vila berlaku pada Ogos 2009, sebelum satu lagi beberapa bulan kemudian.
Sembilan lagi mangsa dibunuh tahun ini.
Pengakuan Vila dibuat 10 hari selepas seorang hakim mengarahkan lapan kubur digali semula sebagai sebahagian daripada siasatan kes berkenaan.
Monguilod berkata, hanya enam daripada mayat itu ada kaitan dengan Vila.
“Tertuduh berasa simpati melihat penderitaan penghuni rumah itu dan cuba memberi mereka sedikit kedamaian,” katanya.

Poster filem Miyabi dibakar
JAKARTA: Barisan Pembela Islam (FPI) semalam membakar poster filem ‘Hantu Tanah Kusir’ ketika menunjuk perasaan membantah kedatangan bekas atres filem lucah Jepun, Maria Ozawa atau Miyabi.
Tunjuk perasaan berkenaan yang diadakan di depan pejabat Maxima Picture, syarikat yang menerbitkan filem berkenaan, di Jakarta Tengah, disertai beruluh-puluh anggota FPI yang tiba dengan menaiki kereta dan motosikal.
Dengan sebahagian besar memakai serban putih, penunjuk perasaan itu melaungkan slogan mengecam kedatangan Miyabi ke Jakarta. Mereka turut melaungkan takbir sambil membakar poster filem yang dibintangi bekas aktres porno itu.
Penyelaras tunjuk perasaan, Habib Fahri berkata: “Kami menolak kedatangan Miyabi. Urusan dia sudah bertaubat dan tidak, itu masalah lain.” Tunjuk perasaan itu berlarutan hingga sebelah petang.
Dalam pada itu, sembilan wakil FPI dibenar memasuki pejabat penerbit Maxima Picture, Ody Mulya Hidayat.
“Kami menyerahkan surat bantahan kepadanya (Ody),” kata Habib, sambil berjalan memasuki pejabat berkenaan. Sementara itu, Ody, dalam pertemuan dengan wartawan berkata, filem 'Hantu Tanah Kusir' bukan filem terakhir yang akan dibintangi oleh aktres berdarah kacukan Jepun dan Kanada itu.
Dia berkata, aktres tu akan membintangi dua lagi filem terbitan syarikatnya. Menurut Ody, Miyabi sudah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam empat filem. Tetapi, setelah dibantah (FPI), Ody tidak dapat memastikan bila filem berkenaan akan diterbitkan.
“Mungkin kami akan menjalankan penyelidikan untuk dua filem lagi, termasuk berbincang dengan FPI mengenai filem yang mereka inginkan,” kata Ody.

Air India tawar bekas kru gemuk kerja
NEW DELHI: Selepas memecat pramugarinya kerana gemuk, Air India semalam mempelawa wanita terbabit kembali bekerja bagi mengatasi masalah kekurangan kakitangan syarikat penerbangan itu.
Jurucakap Air India berkata, mereka menghubungi sembilan atau 10 bekas pramugari yang dipecat lebih setahun lalu kerana gagal mematuhi syarat berat badan ketat ditetapkan syarikat berkenaan.
“Tiga daripada mereka membayangkan kemungkinan bersedia menerima pelawaan kami,” katanya.
Bagaimanapun, syarat ketat mengenai berat badan itu masih diguna pakai dan bekas pramugari terbabit mesti mematuhinya jika memohon bekerja semula.
Air India terpaksa menghadapi kemarahan penumpang sejak beberapa minggu lalu kerana sering terlewat berlepas.
Selain menghadapi kekurangan kru serius, masalah itu turut disebabkan sikap pekerja yang gemar ponteng.

No comments:
Post a Comment