Wednesday, December 1, 2010

daily news pick by me - 01/12/10

Bayi hidap 11 penyakit
JOHOR BAHRU: “Faiz mengalami 11 masalah kesihatan termasuk empat penyakit kronik dan hospital kini umpama rumah pertama kami,” kata Nor Azifa Othman, 26 di sini, semalam.
Anak bongsunya, Muhammad Faiz Irfan Mohammad Fauzi, setahun, menderita saluran jantung berlubang, paru-paru berair, leukimia, pendarahan otak dan pelbagai lagi.
Pada masa sama, Faiz turut mengalami kecacatan di mana dia tidak mempunyai cuping telinga kanan.
Keadaan kesihatan anak kecil itu menyebabkan Azifa dan suaminya, Mohd Fauzi Harun, 36, hidup dalam kebimbangan terutama ketika Faiz sesak nafas.
“Ada kalanya kami merayu pada doktor supaya memasukkan Faiz ke wad kerana tidak sanggup berulang ke hospital memandangkan ia bukan saja membuang masa, malah membabitkan kos perjalanan.
“Namun, sekiranya keadaan Faiz bertambah baik, kami diminta untuk membawa pulangnya ke rumah di Kampung Sinaran Kempas,” katanya.
Akibat sering mengambil cuti kecemasan dan sebagainya, Mohd Fauzi pula hilang pekerjaan di sebuah kilang dan ia menambah beban keluarga berkenaan.
Menurut suri rumah sepenuh masa itu, Faiz juga pernah diserang sawan hingga koma tiga hari pada Mei lalu selain dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selama lebih lima hari di Hospital Sultanah Aminah (HSA) minggu lalu berikutan sesak nafas.
Keadaan kesihatannya semakin kritikal dari sehari ke sehari dan akibatnya, Faiz tidak berupaya untuk berjalan mahupun menggerakkan anggota badannya secara normal menyebabkan dia sentiasa dalam keadaan tidak bermaya dan terlantar. Doktor pula menasihatkan keluarga berkenaan mendapatkan tong dan mesin membekal oksigen mudah alih untuk kegunaan Faiz di rumah kerana ia boleh menjimatkan kos perjalanan ke HSA.
“Bagaimanapun, kami tidak mampu menanggung kosnya yang mencecah RM5,000 memandangkan kami tidak bekerja, manakala anggota keluarga lain pula bukan orang senang.
“Bantuan kewangan dihulur Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanya mampu menampung kos perubatan Faiz dan kami berharap ada pihak sudi tampil membantu membolehkan Faiz menjalani kehidupan selesa,” katanya.

Lori 'tergantung' di atas gaung
QINGZHEN - Seorang pemandu lori nyaris maut apabila kepala lorinya 'tergantung' dari atas gaung sedalam lebih 100 meter di China, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kejadian cemas baru-baru ini, brek lori tersebut gagal berfungsi ketika ia membelok di sebatang jalan raya.
Kenderaan itu yang membawa muatan 40 tan metrik arang batu terbabas lalu merempuh penghadang keselamatan dan sebuah beting pasir yang menyebabkan ia terhenti.
"Pemandu itu yakin dia akan mati dan kami memujuknya supaya bertenang dan keluar dengan memanjat bahagian belakang lorinya," kata seorang jurucakap polis.



Ribut salji ganjil di London
LONDON - Ribut salji yang berlaku buat pertama kali di luar musim sejuk melanda bandar raya ini semalam telah menjejaskan jadual penerbangan, ratusan sekolah ditutup dan menyebabkan dua mati manakala perlawanan bola sepak Liga Scotland terpaksa ditangguhkan.
Seorang pegawai ramalan kaji cuaca, Tom Morgan memberi amaran bahawa suhu akan kekal berada antara satu darjah Celsius hingga dua darjah Celsius dengan tiupan angin yang kuat.
Dua kematian berlaku dalam ribut itu melibatkan seorang lelaki berusia 53 tahun yang maut apabila sebuah trak penunda melanggar dua kenderaan lain di lebuh raya berdekatan Concater di utara England.
Seorang lagi lelaki maut apabila keretanya terbabas ke dalam parit di Lincolnshire, timur England.
Lapangan Terbang London dilaporkan membatalkan dan menunda beberapa penerbangan namun lapangan terbang tersibuk Britain, Heathrow meneruskan operasinya seperti biasa.
Anggota-anggota polis dan seorang petani turut menyelamatkan kira-kira 60 buah kenderaan yang terkandas di kawasan sama.

Telur sambut Miyabi
JAKARTA: Anggota Front Pembela Islam (FPI) berikrar mengadakan bantahan dan ‘menyerang’ pejabat majalah lelaki dewasa, Maxim, kerana menguruskan kedatangan bintang filem lucah Jepun, Maria Ozawa.
Sejak berita kedatangan Maria - juga dikenali sebagai Miyabi - tersebar, pelbagai pihak memberikan pandangan terhadap kewajaran rancangan itu.
Bagi FPI yang berfahaman radikal, kedatangan Maria wajar dibantah.
Pemimpinnya, Habib Salim Alatas, berkata awal petang ini mereka bakal mengadakan demonstrasi dan membakar gambar bintang filem lucah dari Jepun itu.
“Kami juga akan menyerang pejabat Maxim dengan telur dan tomato busuk serta bangkai ayam sebagai protes terhadap kedatangan Maria,” katanya.
Maria, 24, dilahirkan di Hokkaido, Jepun, adalah pelakon berdarah campuran Jepun di sebelah ibu dan Perancis dan Kanada (bapa).
Dia mendakwa aktiviti seksualnya sangat tinggi ketika berusia 13 tahun dan pernah menguasai 48 posisi seksual hasil pembelajarannya sendiri melalui buku.
Kata Habib, FPI berazam menimbulkan kekecohan di pejabat syarikat Star Media yang menerbitkan majalah Maxim versi Indonesia.
“Sekurang-kurangnya dengan melontarkan telur dan tomato busuk serta bangkai ayam itu, pejabat Maxim haru-biru,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

jadi reporter pula ya? hehe... jalan2la d blog kitorang... sunyilah korang mendiamkan diri..

Aku MamaGlam said...

dasyat gila artikel kali ni..