KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki memanjat balkoni di tingkat 36 sebuah kondominium untuk memujuk isterinya yang mengurung diri dalam sebuah bilik membawa maut apabila dia terjatuh di Brickfields, di sini jam 8 pagi semalam.
Mangsa berusia 30-an warga Indonesia mati di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata mangsa memanjat balkoni itu dikatakan tergelincir sebelum terjatuh dan dia juga mengalami masalah rumah tangga kerana sering bertengkar hingga isterinya mengurung diri sejak beberapa hari lalu. “Ketika kejadian, isteri mangsa mengurung diri dalam bilik utama dan enggan bertemu suaminya walaupun mangsa beberapa kali memujuk supaya membuka pintu. Akibatnya mangsa keluar melalui balkoni kediaman itu untuk memanjat masuk ke bilik berkenaan melalui tingkap sebelum tergelincir dan terjatuh,” katanya ketika dihubungi, semalam. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, manakala saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Budak empat tahun dibenar kena saman
NEW YORK: Mahkamah di sini memutuskan seorang kanak-kanak perempuan empat tahun, yang dituduh merempuh seorang wanita tua berusia 87 tahun menggunakan basikalnya di kawasan pejalan kaki di Manhattan, boleh disaman atas alasan cuai. Insiden itu berlaku pada April 2009, apabila mangsa, Claire Menagh dilanggar oleh dua kanak-kanak berusia empat tahun yang menunggang basikal dikenali sebagai Juliet Breitman dan Jacob Kohn yang jelas berlumba menggunakan basikal mereka di kawasan pejalan kaki East Side.
Menurut satu aduan, ibu kanak-kanak itu Dana Breitman dan Rachel Kohn berada bersama anak masing-masing ketika insiden dan mangsa cedera parah akibat terjatuh selepas dilanggar. Malah, laporan menyatakan wanita itu mengalami patah tulang peha dan menjalani pembedahan. Pihak berkuasa berkata Menagh meninggal dunia tiga minggu kemudian.
Keputusan itu, dibuat secara rasmi oleh Hakim Mahkamah Tinggi Daerah King, Paul Wooten Khamis lalu, mencetuskan perpecahan besar-besaran di kejiranan itu. Pihak Menagh dan kemudian anak lelakinya menyaman kedua-dua kanak-kanak terbabit dan ibu mereka kerana ‘kecuaian ketika mengendali dan mengawal basikal.’ Bagaimanapun, peguam Breitman, James Tyrie, mempertikai bahawa usia empat tahun terlalu muda untuk bertanggungjawab, memetik hakikat bahawa mahkamah pernah menyatakan pada masa lalu bahawa kanak-kanak di bawah usia empat tahun ‘tidak berupaya melakukan kecuaian.’

Merapi meletus lagi pagi semalam
YOGYAKARTA - Lahar sejuk yang mengalir deras selepas Gunung Merapi meletus pada tengah malam kelmarin membanjiri sungai-sungai di sekitarnya dan menyebabkan penduduk di kota ini cemas, lapor sebuah akhbar semalam.
Gunung Merapi terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar ini yang dihuni kira-kira 400,000 penduduk.
Hujan lebat yang turun semalam membawa lahar sejuk yang mengandungi lumpur, pasir, belerang dan abu volkanik melimpahi tebing Sungai Code di sini semalam.
Seorang pegawai tempatan berkata, amaran berwaspada sudah dikeluarkan tetapi sama ada banjir lahar sejuk itu bakal membawa kemusnahan banyak bergantung sama ada berlaku hujan lebat pada hari ini.
Terdahulu, lahar panas yang mengalir deras sejurus selepas letusan Gunung Merapi pada tengah malam kelmarin telah memusnahkan tujuh buah dusun di sekitar lerengnya selain padang Kelab Golf Merapi.
"Tujuh dusun sudah hancur dibakar lahar panas selama dua hari dari Jumaat hingga Sabtu," kata seorang pegawai tempatan, Heri Suprapto, di Sleman dekat sini semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, angka kematian keseluruhan sejak Gunung Merapi mula meletus pada 26 Oktober lalu kini meningkat kepada 138 orang.

Seorang pegawai di Hospital Sardjito di sini, Sigit Priohutomo berkata, sekurang-kurangnya 94 orang terbunuh dalam letusan Gunung Merapi kelmarin.
Sejumlah 44 lagi terkorban dalam letusan pertama gunung berapi berkenaan.
Kelmarin Gunung Merapi yang memiliki ketinggian 2,914 meter dari aras laut mengganas dengan memuntahkan lahar dan menghambur awan panas sejauh beberapa kilometer di udara.
Terbaru, Gunung Merapi kembali meletus pada pagi semalam dengan mengeluarkan awan panas dalam jumlah besar sekitar pukul 7 pagi waktu tempatan. Gunung berkenaan mengeluarkan awam hitam yang menyelubungi udara manakala beberapa bunyi dentuman kuat turut didengari dari puncak gunung itu. Penduduk dilihat memenuhi jalan-jalan raya dengan menaiki trak, kereta dan motosikal untuk meninggalkan zon berbahaya.
Selain manusia, binatang ternakan seperti lembu dan kambing turut dipindahkan.
Sementara itu, sukarelawan dan warga tempatan turut berkawal bagi melarang orang ramai daripada menghampiri zon berbahaya di sini.
Setakat pukul 1 tengah hari semalam, Gunung Merapi dilihat masih menyemburkan awan panas ke udara manakala sekitar 200,000 orang telah mencari perlindungan di beberapa penempatan sementara di sini dan Jawa Tengah.
"Ia menakutkan. Letusan Gunung Merapi tak kunjung kebah," kata seorang penduduk, Wajiman, 58, yang berlindung di sebuah penempatan di Jawa Tengah.

4 comments:
dunia oh dunia.... mcm2...
singgah2 tengok2 member.
rajin2 le komen..
datang buat lawatan memember..
jalan2 lah ke blog saya...
Post a Comment