Remaja terima darah HIV kini hidap AIDS
KUALA LUMPUR - Penderitaan seorang remaja yang dijangkiti virus HIV sejak 11 tahun lalu gara-gara kecuaian kakitangan Hospital Segamat, Johor semasa melakukan pemindahan darah ke atasnya berterusan setelah dia kini disahkan menghidap AIDS.
Remaja lelaki berusia 14 tahun itu dikesan menghidap AIDS sejak empat bulan lalu.
Dia dijangkiti virus HIV ketika mendapatkan rawatan di Hospital Segamat sewaktu diserang penyakit kuning ketika umurnya tiga tahun.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pemindahan darah tersebut dilakukan tanpa mendapat sebarang persetujuan daripada keluarga remaja itu.
"Pihak hospital mengakui kesilapan yang mereka lakukan dan memberi pampasan sebanyak RM100,000 bagi meringankan beban pesakit. Bagaimanapun, ia jumlah yang amat kecil dan dianggap tidak berpatutan dengan kesalahan yang mereka lakukan.
"Lebih malang, remaja itu sekarang hidup menderita apabila disahkan menghidap AIDS oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sel darah putihnya semakin berkurangan," katanya di pejabat Biro Aduan Komuniti UMNO di sini semalam.
Menurutnya, remaja tersebut kini terpaksa menjalani rawatan yang terperinci di HKL akibat implikasi penyakit berbahaya tersebut kerana terdapat jangkitan kuman pada limpanya.
Pelajar dakwa dirogol bapa kandung tiga kali
PETALING JAYA: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua mendakwa menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sekurang-kurangnya tiga kali sejak sebulan lalu di rumah mereka di Taman Medan, di sini, ketika ibunya keluar bekerja.
Bagaimanapun, mangsa hanya membuat laporan selepas kejadian terakhir Rabu lalu apabila mendapati bapanya berada di atas badannya dalam keadaan bogel, sebaik mangsa tersedar daripada tidur.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata mangsa yang terkejut dengan kejadian itu memaklumkan kepada ibunya yang bekerja sebagai operator kilang sebelum membuat laporan polis. Katanya, bertindak atas laporan yang diterima, polis menahan bapa mangsa berusia 38 tahun yang bekerja sebagai pemandu di kediaman mereka awal pagi Khamis lalu.“Suspek kini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 396 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Beliau berkata, siasatan polis mendapati, mangsa dirogol sekurang-kurangnya tiga kali sejak sebulan lalu, namun hanya menyedari perkara itu ketika kejadian terakhir, Rabu lalu. “Dua kejadian sebelum ini tidak disedari mangsa, dipercayai tidak sedarkan diri ketika perbuatan itu dilakukan dan hanya menyedari sebaik bangun pagi dia dalam keadaan bogel, namun tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk berlaku. “Suspek dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika ibu mangsa keluar bekerja bagi mengelak tindakannya dihidu isterinya,” katanya mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan masih dalam keadaan trauma. Dalam kejadian berasingan, polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun selepas melarikan wang tunai, telefon bimbit dan teksi milik mangsa yang juga pemandu teksi, di sini, Jumaat lalu. Ketika kejadian jam 12 tengah malam itu, suspek yang menaiki teksi itu di Kota Damansara meminta mangsa menghantarnya di Seksyen 7, Shah Alam. “Ketika dalam perjalanan, suspek mengacukan sebilah pisau di leher mangsa dan meminta menyerahkan semua barang berharga sebelum meninggalkan mangsa di tepi jalan dan melarikan teksi terbabit,” katanya
No comments:
Post a Comment