MADINAH: Seorang lelaki mengaku membunuh anaknya sebelum mencampakkan mayat remaja belasan tahun itu ke dalam telaga di Lembah Al-Dahek di wilayah Yanbu.
Menurut laporan akhbar Al-Madinah, lelaki berusia 56 tahun itu mencekik anaknya yang berumur 17 tahun hingga mati lalu membuang anaknya ke dalam telaga.
Dia kemudian memberitahu polis mangsa hilang sejak dua bulan lalu. Polis yang menerima laporan itu melancarkan gerakan besar-besaran mencari remaja berkenaan.
Bulan lalu, polis menemui mayat mangsa di dalam telaga dan menahan beberapa suspek. Bagaimanapun, mereka dibebaskan selepas tiada bukti untuk mengaitkan mereka dengan pembunuhan itu.
Polis kemudian mengesyaki bapanya dan mula menyoal siasat keluarganya. Ibu tiri mangsa akhirnya mengaku kejadian sebenar.
Lelaki berkenaan dan isterinya itu kini berada dalam tahanan polis.
Dalam pada itu, peguam seorang suspek yang turut ditahan sebelum itu, berkata, pihaknya akan menyaman polis kerana menahan anak guamnya lebih daripada sebulan tanpa sebarang bukti.
Imej galaksi sejauh 60 juta tahun cahaya
Galaksi itu pertama kali dilihat oleh ahli astronomi Britain, William Herschel pada 1784 menerusi teleskop berukuran 47 sentimeter.
Semasa ditemui, Herschel menganggap objek itu sebagai nebula yang merupakan kepulan gas dan zarah yang kelihatan seperti tompokan cahaya kabur di langit pada waktu malam.
"Kedua-dua kepala kura-kura itu berfungsi dengan sepenuhnya dan ia makan berasingan dan kelihatan amat gembira," kata seorang penjaga di Taman Hidupan Liar Xiaoyaojin, Hefeia.
Menurut para penjaga haiwan itu, satu sahaja masalah yang dihadapi oleh kura-kura tersebut apabila ia dilihat tidak sehaluan semasa mahu memutuskan arah perjalanan.
No comments:
Post a Comment