Thursday, November 4, 2010

daily news pick by me - 04/11/10

Paul II ganti sotong peramal Piala Dunia

BERLIN - Sotong kurita Paul II menjadi pengganti seekor sotong peramal lapan perlawanan Piala Dunia 2010 yang mati 26 Oktober lalu di Akuarium Sea Life Centre di bandar Oberhausen, Jerman.
Paul II dipamerkan kepada jurugambar semalam dan ia kelihatan lebih malu berbanding sotong peramal Piala Dunia yang telah mati, Paul.
"Kami memperolehi sotong itu dekat Montpellier di selatan Perancis," kata jurucakap akuarium tersebut, Tanja Munzig.
Bagaimanapun, pihak akuarium menolak kemungkinan Paul II akan mengikuti jejak langkah Paul dengan membuat ramalan pertandingan bola sepak.
"Tidak ada sesiapa yang tahu lagi bahawa Paul II akan mengikuti jejak langkah Paul ," kata Munzig dalam satu kenyataan.
Paul mencipta kegemilangan apabila meneka dengan tepat lapan perlawanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan termasuk kemenangan Sepanyol ke atas Belanda pada perlawanan akhir.
Budak 10 tahun lahirkan bayi
MADRID: Seorang budak perempuan berusia 10 tahun melahirkan bayi di Jerez de la Frontera, selatan Sepanyol, kata seorang pemimpin tempatan, semalam.
Menteri Hal Ehwal Sosial Andalusia, Micaela Navarro, berkata pihak berkuasa kini mengkaji sama ada budak itu dan keluarganya layak menjaga bayi berkenan.
“Bapa kepada bayi itu juga seorang budak,” katanya. Bagaimanapun, Navarro enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai kes itu, termasuk jantina bayi terbabit.
“Setakat ini pihak berkuasa tidak menganggap kes ini sebagai rogol dan tiada sebarang siasatan jenayah dijalankan,” katanya.
Sementara itu, media melaporkan, budak perempuan itu berasal dari Romania dan ketika tiba di Sepanyol, dia memang hamil. Tidak pula dinyatakan bila budak itu dan keluarganya tiba di Sepanyol.

4 comments:

Syed Nizam Syed Omar said...

ni berita baru keluar,nice post..tengok2 member2..
harap dapat komen2 kat blog member2..tolong each other..ok
Kita Umpana Pinggan

Syed Nizam Syed Omar said...

Sila kekalkan komen di blog member

nun beauty empire said...

ryess i nti dde masa i g opis u...hahhaahaa..semua ky opis ok ke?

Unknown said...

hye nizam..i dah comment dah....
nurol...hahahah...gelap je tpt wk skrg ne