KUALA LUMPUR – Pelakon veteran Zami Ismail, 67, yang juga popular dengan panggilan Pak Uda melalui sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Jalan Tun Razak di sini pada pukul 10.30 pagi
semalam akibat serangan jantung.
Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 38, berkata, ayahnya telah mendapat rawatan di IJN sejak seminggu lalu setelah mengalami masalah jantung. Pada bulan lepas, Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang di sini.
“Pada asalnya arwah ayah dihantar ke IJN sekadar untuk menjalani pemeriksaan sahaja tetapi dia terus ditahan dan pemeriksaan hanya dapat dilakukan pada hari keempat.
“Apabila doktor membuat pemeriksaan, keadaan jantung ayah didapati terlalu lemah dan kemudian dia terus dimasukkan ke wad Unit Rawatan Koronari (CCU),” katanya ketika ditemui di IJN semalam.
1 comment:
Nama anak dia Yamashita? Bini dia Jpon ke ek?
Post a Comment